Ketua Bahagian Menjadi Hantu Raya Di Bahagiannya Sendiri

Daud Tarihep selaku Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor memang sudah lama menyimpan angan-angan untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kalangan ahli politik Umno Selangor rata-rata sudah maklum akan angan-angan Mat Jenin tersebut.

Bekas SU Sulit Kanan Tan Sri Muhammad Rahmat itu, baru saja hidup semula di dalam arus politik Kuala Selangor setelah dimatikan oleh Dato Seri Abu Hassan Omar dari tahun 1988-98. Pada pemilihan Umno Bahagian tahun 2000, Daud memenangi jawatan Ketua Bahagian setelah menewaskan Dato Hanafi Sulaiman dan Hj. Jahaya Ibrahim, berikutan keengganan Dato Seri Abu Hassan mempertahankan kerusi yang telah disandangnya hampir 22 tahun.

Selepas menjadi ketua Bahagian Daud gagal menyatu-padukan Umno Kuala Selangor disebabkan stail kepimpinannya yang dikatakan sebagai kera mendapat bunga. Sejak itu atas nasihat beberapa orang pembodek setianya, Daud memusuhi semua wakil rakyat Umno di bahagiannya dengan alasan mereka tidak pandai bekerja.

Untuk memperkuatkan kedudukan politiknya, Daud telah bertindak mewujudkan banyak cawangan baru. Tindakan beliau mencetuskan lagi kemarahan di kalangan ketua-ketua cawangan lama yang tidak bersetuju cawangan mereka dipecahkan.

Bukan sahaja wakil rakyat,pemimpin dan ahli Umno bahagian yang dimusuhi, malah pegawai-pegawai kerajaan termasuk PDRM menjadi seteru Daud, kerana katanya mereka enggan bekerjasama dengan beliau.

Nama beliau dikatakan hampir-hampir tidak disenaraikan sebagai Ketua Penaja kalau tidak diselamatkan oleh Tan Sri Mohammad bin Mohd.Taib, Naib Presiden Umno.

Daud yang mengaku sebagai orang kuat PM Pak Lah kini telah dicalonkan sebagai calon ADUN BN di Dun Bukit Melawati satu kawasan baru berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Orang-orang kuatnya begitu yakin Daud bakal MB Selangor, sedangkan kebanyakan ahli Umno Kuala Selangor menganggap perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana khidmat Dato Seri Khir Toyo masih diperlukan.

Yang menghairankan,kalau Daud konfiden sangat beliau bakal MB,mengapa beliau meminta YB Ustaz Sayuti Said Ahli Parlimen Kuala Selangor,supaya mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Daud.

Apakah Daud akan bertanding kerusi Dun dan Parlimen sekali gus? Mustahil begitu! Menurut pendapat sesetengah pihak, Daud pada mulanya memang ghairah untuk bertanding di kerusi Dun kerana menyangkakan Dato Seri Dr Khir akan ditukar ke parlimen tetapi setelah mendapat tahu perkembangan terbaru perkara itu tidak akan berlaku, Daud mula tawar hati.

Beliau memikirkan jika bertanding di Dun, Dr Khir tidak akan melantiknya sebagai Exco. Jawatan wakil rakyat biasa tidak akan menjamin bahawa Hj. Jahaya dan Dato Hanafi tidak akan menentangnya semula untuk jawatan ketua Bahagian pada tahun hadapan.

Namun ada juga pendapat yang mengatakan Daud akan tewas jika bertanding di Dun Bukit Melawati disebabkan stail politiknya yang tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno sendiri.

Bagi menjamin kedudukan politiknya terselamat, Daud telah merubah pendirian untuk bertanding di peringkat parlimen. Dengan andaian bahawa YB Ustaz Sayuti akan mudah tunduk kepada kemahuannya, Daud telah mula memukul gendang kosong bahawa dia kini bakal Menteri atau Timbalan Menteri di bawah kabinet Pak Lah.

Mana satu yang betul? Sekejap MB, sekejap TM dan Menteri? Umno Kuala Selangor milik Daud seorang kah? Pak Lah dan Dato Seri Khir kena tengok-tengok `orang tamak` macam ni! Jangan sampai terlambat, nanti semua rugi.

Hantu raya semacam ini tidak seharusnya disimpan lama-lama, nanti merosakkan parti!

Cikgu Pencen - 22.12.2003 - 2.30 pagi (suntingan M@RHAEN)

MAKLUMAN: Mereka (pihak penguasa) boleh berusaha menutup laluan ke Laman FAC, tidak mustahil mereka akan lakukan perkara yang sama kepada Laman M@RHAEN. Sebagai langkah persediaan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: