The Tailor of MRSM
Oleh Cikgu Komando
 


Aku ingat lagi kata-kata mamat sekor ni dalam VCD debat dengan Salahuddin Ayub...konon nak bela agama dan SAR kunun..."bila Pak Lah..bila geng saya naik nanti tengoklah.."

Sekarang buktikan wahai Nazri kalau engkau bukan tergolong dalam mereka yang kaki belit...kenapa perintah Tuhan yang terang-terang ini pun kau nak godam tak tentu pasal..leave them alone..biarkanlah mereka berpakaian cara yang dikehendaki Al-Quran..yang bersepah dedah aurat tu tak ndak pulak engkau tegur..Konon perjuangkan agama dan bangsa..cakap macam bagus dalam VCD tu..!

Ni bila ndak tunaikan janji engkau dengan Pak Lah dekat DBP hari tu..kata kau ndak bela Melayu..nak tolong anak Melayu..aku rasa idok menjadi pun..apa bentuk pertolongan yang kau beri dengan cara mengubah cara pemakaian tudung menutup dada (tudung labuh)? Kau ndak diaorang pakai macam mana! Macam bini kau? anak kau? ke bini boss engkau!!! (aku marah sangat ni)

Cukuplah ada sorang kaki tentang hudud dekat Kelantan..engkau nak menambah koleksi penentang agama lagi ke dalam UMNO? Mana letak pertimbangan engkau Nazri? Engkau ingat orang Melayu ni buta agama ke..bodoh sangat ke..mentang-mentang engkau ada kuasa..sewenang-wenangnya menggunakan kuasa tanpa berfikir.

Pak Lah woii! Orang-orang macam nilah kalau Pak Lah bela dalam kerajaan..tunggu sahajalah hari pengundian nanti..jangan harap nak dapat undi orang Islam/Melayu! Dahlah rosak MRSM dikerjakannya macam kepala bapak dia punya!

Saya minta maaf kepada semua pengunjung kerana bahasa saya agak kesat..tetapi bagi saya pemimpin/Menteri UMNO macam Nazri ni layak menerimanya . Elok berenti ajerlah mengeluarkan kenyataan dan perintah-perintah yang melanggar hukum tuhan..kalau tak tahu baik duduk diam-diam.

Kiriman Cikgu Komando - 11.11.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!