MB Perak @ MB Pêrak
Dah seminggu raye, tapi cerite tentang MB Perak yang pêrak masih dilabunkan oleh tukang-tukang labun yang sememangnya telah dibatu-apikan oleh ketua-ketua bahagian UMNO yang tidak sebaloh dengan MB Perak. Sumbangan ketua-ketua bahagian ini dalam memecahkan-belahkan UMNO Perak menguntungkan BA. Itupun jikalau BA bijak mengambil ruang dan peluang. Bagaimanapun BA Perak masih mundur tapi tak mahu mengaku mundur. Itu yang payahnya.

Program kartun UMNO Perak dalam bulan puasa yang lalu ialah memasak lempuk durian dengan membeli kononnya 300,000 biji buah durian Daerah Hilir Perak terutama dari Kg. Gajah dan Chenderong Balai. Konon kesian sebab durian 30 sen/kg. Patutnya MB yang turun tapi tak turun…diwakilkan kepada Mak Enon. Kecewa sungguh ketua-ketua bahagian dan yang sewaktu dengannya untuk mempamerkan muka pada MB kut-kut boleh tersangkut jadi calon nanti. Mak Enon bukan ada power lagi macam dedulu. Dulu memang betui Mak Enon rapit dengan MB lama yang dah turun darjat .. boleh juga nentukan calon mana yang serasi dengannya. Tapi sekarang MB Tajol langsung tak pandang Mak Enon sebab Mak Enon dah dari dulu memang tak cun.

Syok tengak Mak Enon kacau lempuk. Syok juga tengak orang-orang besar UMNO kacau lempuk dalam kawah. Asyik main pasing kayu penyodok ajer. Bila lempuk dah dikatakan masak maka berduyun-duyun antara mereka yang hadir itu mengaut sebanyak mungkin untuk dibawa balik ke bahagian masing-masing. Tapi bila dah sampai rumah, rupanye lempuk tak masak lagi .. yang tahu sikit ilmu buat lempuk ni masak dan kacau semula dalam kuali .. yang tak gheti mula menyalahkan tukang masak lempuk .. walhal diapun antara pengacau lempuk tu.

Program yang lebih kartun lagi ialah memasak lemang perdana di Parit. Agaknya Parit dipilih untuk program kartun ni adalah untuk membantu UMNO Parit menang semula di Parit. Mula-mula 7,000 batang lemang nak dibakar, tapi meningkat kepada 11,000 batang. Setiap bahagian diarahkan membawa batang-batang buluh lemang sebanyak mungkin. Berlori-lori buluh lemang diangkut dari seluruh negeri Perak. Pembesar-pembesar Perak pula cuma bawa sebatang sorang .. itupun masih miang walaupun dalam bulan puasa..

MB Tajol memang datang untuk membakar lemang. Masuk tv pula tu. Sure heboh satu negara yang MB Perak yang perasan ni pandai bakar lemang. Berkerumun pembesar UMNO Perak nak tunjuk muka kat tv. Biar orang bahagian masing-masing nampak yang ketua bahagian merekapun pandai bakar lemang. Tajol yang dah terror bakar lemang bolehler bakar dan juai lemang bila pencen kalah nanti. Agak-agaknya ada ker lagi orang UMNO yang mahu singgah beli lemang Tajol ni. UMNO Bahagian Gerikpun dah tak berapa yakin UMNO boleh menang mudah di Gerik selagi namanya GERIK. Orang UMNO sendiri yang mengistilahkan GERIK itu sebagai GErakan Reformasi Islam dan Keadilan. Sebab itu ada sedikit desakan liar supaya nama GERIK ditukar.

Bebalik kepada bakar lemang perdana ni. Lucu dan memang kartun. Lemang yang mula-mula dibakar oleh MB memang masak. Tapi lemang lain tak tentu hala jadinya. Sememangnya dah jadi kelaziman UMNO akan menyalahkan orang lain bila lemang yang dibawa balik tak masak betui. Tak ngaku ketenginan masing-masing. Ituler orang nak bakar lemang, kome nak bakar lemang. Orang nak kacau lempuk, komepun sibuk nak kacau lempuk. Haaa ... apa jadi dah? Ada buluh yang rentung terbakar, ada pulut tanpa santan dalam buluh yang dibakar. Ada bahagian tu daun pisangpun tak bawa. Bijak pula tu buat teori baru..lemang lebih sedap tanpa daun pisang. Tapi yang banyaknya lemang tanpa santan .. keras jer pulut dalam buluh yang dibakar.

Memang ada beberapa kerat tukang bakar tempatan yang terror bakar lemang. Tapi macam mana mereka nak tumpu kalau ada sebelas ribu batang buluh lemang. Lebih separuh daripada buluh belum dibuang miangnya. Sebab itu ada buluh miang yang diisi pulut dan santan. Bila lemang dah diapi baru sedar, tapi lantakler. Kesian sape yang dapat lemang miang ni. Itu belum masuk bab pulut yang tak sempat dibasuh terus jer masuk dalam buluh. .. macam-macam.

Ringkasnya program kartun UMNO di Perak ini indah khabar dari rupa. Indah kawah dari lempuk. Indah buluh dari lemang. Tapi sambutan penduduk tempatan tetap dingin … frust nonggeng UMNO Parit. Kalau betuiler hari ini, 2 Disember PM Ehsan bubarkan parlimen, lagi gile seperaler bahagian-bahagian UMNO di Perak ini. Terus terang saya maklumkan pandangan hampir semua bahagian UMNO di Perak yang UMNO Perak belum bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Mereka hanya nampak kekalahan sahaja sekiranya pakatan BA seperti 1999. Kalau pakatan BA lebih baik lagi .. UMNO memang mampuih.

Semua ini gara-gara MB Perak yang dahulu saya katakan sebagai MB Perasan. Hari ini MB Perasan itu tidak lagi tepat kerana ada lagi yang lebih tepat iaitu MB Pêrak.

Cacilut - 02.12.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: