Pidah Mabuk Dah! No… No… Waiiii?

Iskk .. malu betui ada menteri pompuan mabuk tak sunat ni. Dalam mabukpun betui juga saranannya jangan panggil Pak Lah kat PM. Cuma yang nampak sangat bodeknya apabila dia beria-ia benar nak panggil PM Dato’ Seri Abdullah bukannya Pak Lah. Tidak usahlah saran itu saran ini Opah Pidah. Opah Pidahpun sama-sama shit dengan PM. PM tu PM Ehsan yang juga merangkap PM Derhaka. PM Ehsan mana boleh ada seri-seri lagi. Macam Opah Pidah jugalah mana ada seri-seri lagi. Rumah kata pegiii .. kubur kata marilerrr …

Opah Pidah nak bertanding lagikah dalam pilihanraya akan datang? Mestilah kan? Jikalau tak bertanding nanti dikata pengecut macam Paduka Tun tu pula. Baiklah bertanding lagi Opah Pidah, sekurang-kurangnya boleh merasai nikmat kalah dalam pilihanraya. Tahun 1999, Opah Pidah menang dengan majoriti 2774 sahaja. Kawasan berpenduduk Melayu Opah Pidah kalah dah. Opah Pidah cuma dapat undi mutlak dari bukan Melayu di Pekan Kuala Kangsar, Manong dan Jerlun disamping undi estet yang tetiba bertambah mendadak pengundinya seperti di Estet Serapoh. Bagi saya, Opah Pidah memang tidak menghormati langsung jawatan sebagai ketua wanita UMNO Malaysia. Majoriti pengundi Melayu di Kuala Kangsar telah tidak mengundi Opah Pidah lagi. Takkan tak tahu kut.. atau memang buat-buat tak tahu? Jikalau Opah Pidah ada maruah, tentu Opah Pidah dah lama dah letak jawatan.

Opah Pidah merupakan menteri kanan UMNO yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Secara tradisinya semua menteri memegang jawatan ketua bahagian di parlimen masing-masing. Ketua wanita UMNO sebelum Opah Pidah juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Paya Besar. Tapi Opah Pidah tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua bahagian di Kuala Kangsar. Maklumlah Opah Pidahpun bertaraf ehsan. Opah Pidah berasal usul dari Batu Kurau. Tetapi UMNO Batu Kurau telah menolak awal-awal lagi. Sebab itu mengharap ehsan di Kuala Kangsar. Sekarang Opah Pidah dah bertaraf menteri, baiklah Opah Pidah balik kampung berbakti dengan orang kampung sebelum terlewat. Ingat Opah Pidah, Batu Kurau sehingga ke hari ini masih dalam serba serbi daif. Ada wakil rakyatpun sibuk dengan bolanya. Tidur bola, makan bola, berakpun bola. ‘Selama’pun begitu. Lebih berfaedah sekiranya Opah Pidah menjenguk dan memikirkan apa-apa cara yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di sana. Kesian melihat orang-orang Melayu di Ijok, Sungai Segar dan Redang Panjang .. musim hujan termenung di anjung … nak beli baju raya anak-anak tak cukup duit…

Sepanjang Opah Pidah menjadi wakil rakyat Kuala Kangsar banyak tipu helah yang Opah Pidah lakukan supaya Opah Pidah terus kekal sebagai wakil rakyat. Opah Pidah yang menggantikan Yong Normah (pendatang dari Kajang) terus mengekalkan status Kuala Kangsar sebagai tempat ehsan untuk calon-calon wanita UMNO dari luar bertanding. Opah Pidah suatu waktu dahulu pernah menculik calon PAS sebaik sahaja hari penamaan calon. Calon PAS tersebut hilang tiba-tiba. Tahun bila tu Opah Pidah? Semasa kempen tahun 1999, terdapat pula kes isteri calon PAS dipukul oleh komando Mohd Noor di Manong. Sehingga ke hari ini kes itu senyap tertangguh. Memang benar Opah Pidah menang mudah. Tetapi majoriti yang Opah Pidah terima terus merosot walaupun pengundi bertambah. Sebelum tahun 1990, majoriti lebih sepuluh ribu, tahun 1990 majoriti kurang lapan ribu, tahun 1995 majoriti tinggal lima ribu dan tahun 1999, cuma tinggal 2774 sahaja. Merosot undinya Opah Pidah. Apa dah jadi ni …. Setiap kali pilihanraya Opah Pidah merosot dalam lingkungan 2500 undi. Dan sekiranya angka-angka ini kekal penurunannya, sukar bagi BN mengekalkan kemenangan.

Apalagi BA, jangan lepaskan peluang. Kerja dan kerja lebih keras lagi. Sekiranya BA tidak ada lagi calon yang benar-benar boleh diterima oleh pengundi Kuala Kangsar, kekalkan calon lama, peguam PAS yang juga ketua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Haji Asmuni Alwi. Isu rasuah Opah Pidah sehingga memenjarakan Ezam Mohd Noor tetap relevan dalam pilihanraya akan datang. Masyarakat bukan Melayupun nampaknya dah mula serasi dengan peguam ni. Difahamkan bahawa Haji Asmuni ini adalah peguam harta dan perniagaan yang top ten di Perak.

Dalam pilihanraya lalu masyarakat Melayu saluran pertama yang atas pagar tetiba tak jadi nak ngundi Haji Asmuni. Ini disebabkan oleh janggut taliban milik ketua pemuda PAS, Nor Azli Musa. Mereka kata genyiii .. Cukurlah janggut tu Azli, biarlah janggut yang kemas. Anwar Ibrahimpun ada janggut, tapi kemas. Jangan malu nak cukur. Ketepikan identiti diri. . fikir mana yang penting, identiti diri atau kemenangan BA. Untuk makluman Azli, wanita Melayu memang tidak suka lelaki yang berjambang taliban. Wanita berumur tidak memikirkan sangat akan isu yang diucapkan tetapi lebih kepada perawakan dan perwatakan sipengucap itu sendiri. Jangan sampai mereka kata getik atau genyiiii ….

Opah Pidah mesti marah ni sebab janggut Azli tu adalah merupakan bahan kempennya dahulu. Jikalau Nor Azli cukur janggutnya, mungkin beliau lebih kacak dan tampan. Silap-silap puteripun terpikat .. tak gitu Azli?

Usahlah Opah Pidah bodek PM Ehsan tu lagi. PM itu bukan ada power. Bekas PM Paduka Tun lagi power, ada Yayasan Kepimpinan Perdana. Maknanya Paduka Tun akan memimpin PM Ehsan ni …Ada rezeki Opah Pidah boleh wujudkan pula Yayasan Kepimpinan Wanita...

Bijak … bijakkk..

Cacilut - 19.11.2003
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: