Malaikat dan Pilihan Raya
Oleh Brontosaurus
Bisik – bisik pilihan raya menjadi kian deras. Silap – silap angin – anginnya boleh bertiup selaju ribut taufan sekuat puting beliung.

Matahari di Malaysia pun semakin panas. Padahal di Indonesia khabarnya banjir seJakarta. Politik di Indonesia gempar pula dengan Demam Berdarah Dengue (DBD) yang sudahpun meragut beberapa nyawa. Bagaikan mengilhamkan satu isu untuk Pilihan Raya Umum 2004 yang semakin hampir.

Cuma ingin berkongsi satu cerita sahaja tentang malaikat dan pilihan raya. ‘Seorang orang’ dengan penuh yakin bercerita kepada saya. Katanya,Tuhan pasti akan menjadi penolong bagi kaum yang lemah dan tertindas.

“Ya..,” respon saya.

Memang benar.Sambungnya lagi kemenangan pasti di tangan. Saya jawab tidak mustahil. Dia terus bercerita dan saya pula mendengar dengan penuh minat.

Tiba-tiba terpacul satu soalan dari saya, agaknya di mana pihak musuh itu boleh kalah? Lalu diceritakannya, kamu lihat pada ceramah – ceramah yang dijalankan dalam bilangan hadirin yang ramai. Oh, ya! Kok ceramahnya ramai maka sokongannya padu , gitu , ya? Sambil saya mengangguk – angguk.

“Bukan, ramainya itu bukan manusia! Itu malaekat!” katanya.

Malaikat! Terbeliak mata saya. Iya pilihanraya kali ini musuh akan tewas. Tuhan bisa mengirimkan malaekat – malaekatnya menjadi pengundi!

Pengundi hantu? Saya menjegil.Bukan hantu, malaekat!!

Waduh, wak! Saya nganga. Diam saya lalu dia pergi. Kok gitu dong?

Siapa dia 'seorang orang' itu? Itu tak penting.. dia juga adalah seorang manusia yang bercakap fasal pilihan raya.

Kiriman: brontosaurus_82 - 22.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN