Buka Minda Untuk Siapa? (8)
Rancangan Bijak Menyerang Raja Penyangak
Oleh Mat Teropong


Seperti yang pernah ditulis oleh ‘marhaintua’, Raja Penyangak Mahathir Mohamad melantik timbalannya untuk diperkuda hanya untuk tempoh lima tahun setiap seorang, sebelum dia membuat rencana untuk menerajang pengampu setianya itu dan diganti oleh orang lain. Tetapi UMNO sudah begitu kematu otaknya sehingga tidak mampu memahami apa yang dimaksudkan oleh beliau satu ketika dulu dalam persidangan tahunan UMNO: “Orang Yang Paling Layak Menggantikan Saya Sebagai Perdana Menteri Ialah KLON Saya.”
 
Apakah maknanya itu kalau bukan salah seorang anak lelakinya disasarkan untuk menggantikan tempatnya. Kalau dilihat akan keadaan semasa, Mokhzani a/l Mahathir berkemungkinan menjadi calon itu.
 
Raja Penyangak dijangka beralih daripada kawasan parlimen Kubang Pasu dan berpindah ke Putrajaya. Siapa yang akan mengambil tempatnya di Kubang Pasu? Besar kemungkinannya ‘Mokhzani’ yang kini dilatih dalam selok-belok kewangan melalui peranannya sebagai bandahari UMNO.
 
Di samping itu kalau dilihat projek mencantikkan Putrajaya, ada satu projek ‘beautification water front’ (pengindahan tepian air) yang menelan belanja berbilion juga di mana saluran air sepanjang 7 kilometer akan menjadi satu tarikan utama Putrajaya. Di setiap satu kilometer akan dibina satu jambaan ala ‘Jambatan Isfahan’ yang bernilai berjuta ringgit juga. Inilah projek yang diberikan kepada kroni tetapi segala laporan kemajuannya diawasi oleh Mirzan Mahathir, yang juga sibuk ke sana-sini dengan projek ASLI, kerana ‘pegawai kerajaan tidak cekap menguruskan persidangan luar negar untuk perdana menteri’.
 
Memandangkan suasana ini apakah yang sebenarnya sedang bergolak dalam UMNO kalau bukan memulakan satu arus gelombang kelam-kabut seperti yang berlaku dalam pucuk kepimpinan MCA dan MIC.
 
MIC menjadi kelam-kabut satu ketika dulu apabila muncul Dr. Fernandez seorang daripada kaum ‘malayalam’ (satu kandang dengan Raja Penyangak dan Chandra Muzaffar) yang mahu menjatuhkan Mr.Samy... daripada kaum Selatan India (Tamilnadu). Fernandez tumbang dikatakan oleh pembunuh upahan tetapi episod itu dikenenkan oleh Raja Pesambor sebagai kerja KMM (satu kumpulan ganas ciptaan Raja Pasembor juga)
 
Bertemukan Buku Dengan Ruas?
 
Usaha memperlekehkan Paklah sudah bermula, bertepatan dengan agenda Mahathir mahu klonnnya naik di mercu kepimpinan UMNO. Kalau dia boleh naik melalui perlantikan sebagai seorang ‘senator’ apakah klonnya tidak boleh naik dengan gelagat yang serupa?
 
Kerana itu UMNO dipacu agar bergolak selalu. Di pantai Timur pergolakan dimainkan oleh tulisan Dollah Komunis sehingga orang pantai timur keliru siapakah pemimpin UMNO yang mesti terus diampu. Mestikah mereka terus mengampu Ku Leigh (ejaan Kuli terlalu mengaibkan), Al Kataki, Tokpa ataupun Dollah Komunis semula? Annuar Musa sudah menjadi sejarah, walaupun Ajis Sudin menyibuk di Kelantan marah-marah orang Kelantan kerana mentohmah Annuar yang dianggapnya tidak bersalah.
 
Paklah adalah orang lama politik UMNO yang naik melalui ihsan jasabaik datuk dan ayahnya. Kalau dilihat ketokohan beliau bercakap ataupun bertugas, bersepah lagi orang Melayu yang menebeng di stesen bas Kuala Lumpur yang dianggap layak menggantikan beliau. Namun, kita dapat lihat semakin ramai tokoh Melayu yang ‘berpengaruh’ yang masih memberi fokus untuk mengampu beliau kerana itulah muslihat segala-galanya.
 
Hampir setiap minggu, Dolah Komunis menulis dalam kolum khas dalam dua bahasa memuji Paklah melangit dan pada waktu yang sama memperkecilkan ketokohan Najib Tun Razak. Beberapa tabloid yang sedia ada sudahpun menonjolkan ketokohan Paklah ini dan memaparkan berita yang negatif mengenai Najib.
 
Secara tiba-tiba muncul satu tablod baru berharga RM1 yang dipimpin oleh Khalid Jefri dan dengan sokongan Pak Habib. Orang UMNO kenal mereka berdua ini dan apakah nawaitu mereka menulis. Khalid Jefri adalah penulis upahan yang bertanggungjawab menjatuhkan Anwar Ibrahim. Satu ketika dulu ketika Musa Hitam menjadi Menteri Dalam Negeri, Khalid menerbitkan tabloid dan akhbar mingguan dengan tujuan menonjolkan ketokohan Musa Hitam. Orang membeli tabloid itu kerana banyak bahan rahsia yang tidak diketahui umum dibocorkan oleh Musa Hitam kepada Khalid. Tetapi Khalid tidak dapat bertahan kerana keseronokan meniti kegemilangan yang disogokkan. Kesannya Khalid merapu tidak menentu dalam hidupnya sehingga diupah lagi. Kali itu mangsanya ialah Anwar Ibrahim yang merupakan pemimpin Melayu yang digeruni oleh musuh UMNO dan musuh Anwar Ibrahim dalam UMNO.
 
Raja Penyangak mempunyai peranan besar menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan kerjasama Khalid Jefri merelakan namanya digunakan untuk mencemar Anwar. Segala bukti mahkamah diputar-belitkan untuk memerangkap Anwar. Nasib Khalid Jefri masih baik, jika tidak dia sudah lama menjadi mangsa pembunuhan seperti yang diterima oleh Dr. Fernandez. Sebilangan besar orang Melayu sedar, Khalid Jefri mesti menerima padah pembohongan dan dosa besarnya melalui kerja Allah semata-mata.
 
Kini, Khalid Jefri dan Pak Belalang yang menyorok belakang nama besar Al Sayed.... ..al Atas, mengusahakan satu tabloid untuk menonjolkan Paklah dan mengaibkan Najib. Pendedahan kisah Azalina Othman hanya merupakan satu berita tarikan untuk memancing pembeli kerana seluruh Lembah Kelang tahu betapa Azalina menganggap dirinya adalah seorang ‘lelaki’. Cuma Khalid Jefri dan Pak Habib tidak sedar akan padah yang mungkin datang tidak diundang. Kalau suami Sabrina mampu membeli kereta mewah berjuta harganya, apakah bayaran satu ribu untuk mengupah pembunuh ninja daripada Tamil Elam ataupun Indonesia menghambat Khalid Jefri? Malahan kalau Najib dan Rosmah mahu apakah tidak ada komando Melayu yang boleh diupah untuk menghambat mereka berdua???
 
Soalnya sekarang, siapakah yang mendalangi segala cerita negatif mengenai Najib? Adakah Paklah ataupun golongan yang mahukan Paklah tumbang? Kalau Khalid Jefri satu ketika dulu menjadi jutawan segera menjatuhkan Anwar Ibrahim sehingga beliau terpenjara dengan sumbangan ongkos perbelanjaan datang daripada Raja Penyangak dan suku-sakatnya, apakah penonjolan Paklah kali ini tidak berpunca daripada sumber yang sama?
 
Jika tidak, siapakah pula yang mengongkosi kerja-kerja jijik Khalid Jefri kali ini? Apakah sanggup Khalid berpaling tadah menonjolkan Paklah dengan tujuan memperlekehkan Raja Penyangak?
 
Apakah Khalid Jefri lupa siapakah yang menyaksikan pembelian segala kelengkapan tentera di luar negara bersama Najib? Apakah Khalid dan Pak Habib tidak sedar betapa kelengkapan tentera seperti kereta kebal yang baru dibeli itu adalah senjata basi Perang Dunia Kedua tetapi direstui oleh Raja Penyangak untuk membelinya? Kalau Najib dan Raja Penyangak bersekongkol membeli kelengkapan perang yang tidak berguna, apakah mereka tidak bersekongkol menentukan klon Mahathir naik memerintah UMNO selepas Raja Penyangak bersara?

- Mat Teropong 22.04.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!