KITAB TAFSIR ALQURAN MAHATHIR ALKAZZAB?
Al-Quran ditafsirkan semula atau disalah-tafsir”, ini merupakan kempen terakhir Mahathir di saat dia akan menamatkan riwayatnya sebagai Perdana Menteri. Kenyataan yang sama juga pernah diucap oleh Mahathir di awal tahun 90-an dulu. Kalau tanya orang-orang UMNO mungkin depa tak ingat atau pura-pura tak ingat. Kalau satu masa dulu Kassim Ahmad menyatakan”Hadis Satu Penilaian Semula”. Maka hari Mahathir lebih berani dari itu supaya Al-Quran itu ditafsirkan semula. Ulamak-ulamak dalam UMNO hanya membisu seribu bahasa.

Mahathir berkata demikian apabila Al-Quran yang menjadi pegangan hidup orang Islam di muka bumi ini tidak memberi “advantage” kepada UMNO dan BN. Yang dikatakan tidak memberi advantage, apabila banyak di antara ayat Al-Quran tidak memihak kepada tindakan-tindakan Mahathir di dalam mentadbirkan negara ini. Dan juga tafsiran Al-Quran tidak sealiran dengan pemikiran Mahathir dan juga doktrin Mahathir terhadap rakyat Malaysia.. Apabila ulamak-ulamak di negara ini mahu pun dari luar mentafsir ayat-ayat Al-Quran dan melihat cara pemerintahan Mahathir yang banyak percanggahan. Ini yang memeningkan kepala Mahathir, begitu juga dengan umat Islam di Malaysia ini yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan Al-Quran. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis berpihak kepada parti pembangkang terutamanya parti PAS. Ini yang Mahathir tak suka sekali. Kalau tidak keterlaluan saya katakan bahawa Mahathir mahukan Al-Quran itu di tafsir semula supaya tafsiran itu berpihak kepada dia.

Apa yang Mahathir mahu supaya Al-Quran itu ditafsirkan semula supaya Al-Quran dapat mengikut kehendaknya dan naluri Mahathir sendiri.

Kalau lah Mahathir seorang pemimpin yang “Gentleman” atau kalau betul dia “anak jantan” kenapa dia tidak tampil ke hadapan memberikan hujah-hujahnya sendiri. Ayat mana surah yang ke berapa yang telah disalah tafsirkan oleh ulamak-ulamak? Jadi apakah tafsiran yang betul terhadap ayat-ayat tersebut? Atau pun kenapa Mahathir tidak mengeluarkan satu Kitab Tafsir nya sendiri? Setaraf dengan kitab Tafsir Ibnu Katsir atau mana-mana kitab tafsir. Buatlah satu kitab tafsir ‘AL-QURAN TAFSIRAN MAHATHIR AL KAZAAB” ke….atau yang seumpama dengannya.

Sebagai contohnya. Kalau lah ada ayat-ayat Al-Quran menyatakan “….Judi adalah haram akan tetapi judi boleh jadi halal apabila ianya dilakukan bagi menjana ekonomi Negara”…. Ini yang Mahathir mahu…. dan puak-puak dalam UMNO dan BN akan berkokok ke hulu dan ke hilir dengan menggunakan ayat-ayat yang seperti ini.

Atau pun dari segi hukum hudud Al-Quran mewajibkan hukum itu dilaksanakan lepas tu ada pula ayat yang memberi kelonggaran dalam melaksanakan hokum tersebut, itu yang Mahathir nak tu.

Tanpa kita sedari orang yang kita agung-agungkan sebagai pemimpin Umat Islam sebenar yang orang menghancurkan Islam itu sendiri. Kita tidak perlu kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan agama Islam. Akan tetapi orang-Islam sendiri iaitu orang yang mendakwa sebagai pemimpin Islam yang menghancurkan Islam.

Kiriman Anjang Awang - 04.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://marhaen50.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/

Click Here!