Sumbangan Derma Untuk Pusat Tarbiah Islamiah Sawa (PUTIS)
Assalamualaikum,

PENGENALAN
Pembudayaan cara hidup sihat mengikut lunas-lunas Islam di dalam kehidupan masyarakat adalah di antara perkara-perkara yang perlu dipraktikkan bagi melahirkan insane-insan yang bertakwa dan berilmu terutama generasi-generasi sekarang yang bakal meneruskan dan mencorakkan dunia masa hadapan dengan kehidupan yang lebih baik dari segi keduniaan mahupun akhirat.

Sehubungan dengan itu pihak Jawatan Kuasa PAS UPU Sawa telah terpanggil untuk membina sebuah Pusat Tarbiah di Kg. Sawa Pendang Kedah, yang dikenali dengan Pusat Tarbiah Islamiah Sawa (PUTIS). Bagi merialisasikan hasrat tersebut diatas untuk menjalankan program-program pentarbiahan bagi pemuda-pemudi dan masyarakat setempat.

Alhamdulillah, hasil usaha gigih seluruh AJK PAS UPU Sawa, serta sokongan padu orang ramai, pihak UPU Sawa telah berjaya membeli sebidang tanah di Kg. Sawa yang mana kerja-kerja untuk membina PUTIS ini sedang giat dijalankan sekarang.

STRUKTUR BANGUNAN
PUTIS ini berkonsepkan dua dalam satu di mana sebuah bangunan dua tingkat akan dibina dengan bahagian atasnya menempatkan dewan sembahyang yang juga berperanan sebagai pusat pentarbiahan serta sebuah kelas PASTI, mini perpustakaan serta pejabat pentadbiran UPU Sawa turut dibina.

Manakala di tingkat bawahnya pula dibina empat lot kedai yang berperanan sebagai pusat pengembangan ekonomi bagi pemuda, muslimat dan dewan Ulamak UPU Sawa.

ANGGARAN KOS
Pihak AJK pembinaan PUTIS menganggarkan jumlah yang diperlukan untuk membina bangunan ini adalah sebanyak RM250 000.00 melalui sumbangan orang ramai dan kerja gotong royong masyarakat setempat. Derma dalam bentuk tenaga, barangan atau kewangan amat dialu-alukan. Sehubungan itu pihak AJK berharap akan mendapat sokongan dan dokongan dari semua pihak demi merealisasikan program ini dalam masa yang singkat.

Sebagai memenuhi hasrat itu pihak AJK telah bermesyuarat pada 10 April 2003 dan telah membuka satu akaun BIMB cawangan Guar Chempedak KEDAH yang mana no. akaunnya 02084010015355 dengan tiga penama dan dua orang penandatangan seperti berikut:
• En. Haji Awang Saat
• En. Abdul Rahman Mohd
• En. Mohd Yazid Salleh (penandatangan wajib)

TATACARA PENGURUSAN
Pihak AJK telah mengemukakan langkah dengan mengadakan mesyuarat pengurusan dan bersetuju dengan perkara berikut:
1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pertama.
2. Melantik jawatankuasa mengurus.
3. Membuka akaun di BIMB
4. Melantik firma Akitek.
5. Melantik firma Audit.
6. Pelancaran pungutan derma
7. Pelancaran system wakaf tanah sekaki RM5.00
8. Perasmian pembukaan.

PENUTUP
Insya’Allah dengan terbinanya Pusat Tarbiah ini pihak AJK berharap akan dapat menjalankan pelbagai program dan aktiviti, yang pastinya akan menjuruskan kepada perkayaan budaya ilmu dan tataurus kehidupan yang lebih teratur mengikut lunas-lunas Islam.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan buah fikiran dan pendapat dan juga nasihat yang menguatkan lagi azam kami untuk merealisasikan projek PUTIS ini.

Insya’Allah dengan berkat doa dan sumbangan semua pihak hasrat murni ini akan menjadi kenyataan.

JAWATAN KUASA PEMBINAAN
Penaung
Tn. Guru Hj. Ab. Rahim Abdul Rahman
En. Sabri Hj. Awang
Penasihat
YB. Zulkifli Mamat (ADUN Pulai Chondong)
Pengerusi
Hj. Awang Saat
Tim. Pengerusi
Hj. Abd Aziz Mat Husin
Setiausaha
Abd. Rahman Muhamad
Bendahari
Md. Yazid Salleh
AJK
*Aziz Saad *Che Mamat Abdul *Ahmad Bakar *Mohd. Riduan Mahmood *Abd. Wahab Abdullah *Hamid Ahmad *Ismail Awang *Ali Mat *Rahimi Shafie *Ust. Sahabuddin Hj. Ibrahim *mohd. Zain Husin *Mohd. Yussof Yasin *Tajuddin Ibrahim

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Mohd. Yazid Salleh
Tel: 04-7594612
Alamat: No. 145, Bt. 23 Kg. Sawa Kechil 06700 Pendang Kedah.

P/s: segala sumbangan dan wakaf  boleh di bank-in kan ke akaun BIMB atau diposkan Cek/money order/wang pos kepada Bendahari.

Semoga ALLAH merahmati akan pemberian anda …..AMINNN….

ANAKSAWA2004 - 07.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN