Alahai SPR- Sandiwara Pilihan RaSHIT
Tan tak Berseri Rashit ni ada lah pengerusi SPR. Barangkali telah pekak sebelah. Tak tahu rintihan pembangkang. Padanya pembangkang ni buat semak saja tak lebih dari keturunan hamba abdi seperti sampah.

Nampaknya dia tak tahu apa yang dia buat dan tak tahu malu. Sedar atau tidak wahai RaSHIT. Berpuluh ribu duit rakyat yang keluar dari poket sendiri terutama pembangkang kerana semata memasuki sistem pilihan raya yang ditadbirkan ala Si RaSHIT ni. Apakah Rashit ini ingat pilihan raya seperti pertandingan boleh sepak antara PASTI vs pra sekolah kemas? Kalau silap boleh maaf begitu saja. Yang jelas ni si Rashit nampak lebih-lebih pulak. Dan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan menampakkan Rashit ni sudah terencat akal.

Langsung tidak terdetik di hati dia bahawa kesilapan pilihan raya kali ini adalah satu kesilapan besar. Tetapi lebih kepada kesilapan teknikal kecil yang tidak mencacatkan SPR dan diri dia (orang paling pandai di Malaysia sekarang ini) malah nampak gembira bila PM kata buat dan lantik gang sendiri lah siasat SPR. Seperti budak tak cukup akal RaSHIT terus mengucapkan terima kasih kepada PM. Nak tergelak pulak tengok perangai si RaSHIT ni.

Elok lah buat silap, sendiri betulkan dan nanti puji diri sendiri. kalau ini macam lah RaSHIT, orang gila pun kata dia betul.

Pada dia ini sekadar kesalahan salah laku kecil saja (misdemeanor) tak sampai kepada haram hanya makruh saja.

Rupanya ini hasil satu lagi Sandiwara BN yang diarahkan oleh RaSHIT Tan Seri pengkhianat Bangsa dan agama.

Anakmama - 29.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN