SATU PEMENTASAN OPERA CINA

Tanggal 21 Mac 2004 Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan sebuah opera cina (kaum yang bakal meraih keuntungan kerana suara mereka ada di dalam mahu pun di luar gelanggang) dengan SPR yang dikepalai oleh seorang manusia yang berperangai BINATANG bernama RaSHIT sebagai sutradaranya. Pementasan tersebut telah menimbulkan berbagai adegan stunt yang membuatkan si penguasa ketawa riang kerana dapat memperbodohkan rakyat marhaen.

Selesai persembahan, ramai yang terkedu kerana jalan ceritanya tidak mengikut skrip yang bersumberkan kepada lunas-lunas demokrasi yang dicanangkan oleh sang penguasa di pelosok Nusantara sebelum ini bahawa "MALAYSIA" mengamalkan Demokrasi (demokrasi mengikut selera sang penguasa).

Di setiap PAWAGAM di seluruh Negara yang mengadakan tayangan perdana serentak (kecuali beberapa buah yang terdapat di Selangor, masa tamat yang telah dipersetujui sebelum ini terpaksa dilanjutkan selama dua jam, memberi peluang kepada penonton-penonton yang tiada di dalam senarai sebelum ini beraksi sebagai nasi tambah untuk membolehkan sang penguasa yang kelihatan tidak bermaya mendapat tenaga) telah mengalami seribu satu macam peristiwa aneh, ganjil dan tak masuk akal. Misalnya tiket-tiket yang sepatut dipulangkan kepada penganjur tidak dikembalikan. Sehingga ada di sesetengah pawagam mencecah ke angka 10,000 lebih. Boleh percaya ke? Juga terdapat di kebanyakan pawagam BINATANG yang menyerupai manusia hadir, walau pun nama-nama mereka tiada di dalam senarai. Saya pasti dan yakin bahawa di suatu ketika nanti pelakon-pelakon "STUNT" yang mempunyai sekelumit iman bakal menyesali tindakan bodoh dan gelojoh mereka mengkhianati kaum dan agama mereka. Yang pasti di hadapan Rabbuljalil bakal menerima upah yang setimpal.

Di hari itu, sang penguasa telah mengetengahkan ramai artis untuk diberi peluang kepada kesemua hamba sahaya rakyat Malaysia membuat pilihan artis-artis kegemaran mereka. Artis-artis yang diketengahkan terdiri dari berbagai spesis. Ada kaki botol, kaki perempuan, gay, lesbian, perasuah, pencaci, pendusta, pengkhianat, benci kepada agama yang mereka anuti, yang bersekongkol dengan penyangak dan macam-macam lagi.

Kebanyakan pemilih telah dimaklumkan kategori artis yang mereka patut pilih. Malang seribu kali malang kerana kebanyakan daripada pemilih tidak dapat menilai jenis artis yang mereka pilih. Mereka gagal menggunakan "GREY MATTER" yang terdapat di dalam tengkorak mereka yang dianugerahkan oleh ALLAH. Mereka menyamakan "GREY MATTER"  tersebut macam yang mereka lepaskan melalui dubur bila perut terasa memulas. Sungguh hina.

Pada 28, nanti ada satu pawagam di sebuah negeri yang bergelar Darul Kasino akan mengadakan tayangan yang berasingan. Langkah itu MEMANG di sengajakan kerana satu muslihat yang sudah tidak menjadi rahsia lagi. Saya rasa elok saja para penonton yang berfikiran waras "BOIKOT" saja pementasan tersebut. Biarkan artis yang terlibat melakonkan wataknya macam kera sumbang. Kalau ia pun buang masa saja kerana sang penguasa sendiri telah menentukan "OSKAR" kemenangan untuk siapa.

Bagi artis-artis dari pihak sang penguasa janganlah dengan angkuh mendabik dada bersorak, "aku berjaya". Seelok-eloknya tiliklah dengan mengingati ALLAH sambil bertanya diri sendiri, "adakah kejayaan yang aku raih ini melalui jalan yang diredai ALLAH". Kalau jawapannya bukan, sahlah segala "ROYALTI" yang bakal kamu terima adlah dari sumber yang haram. Tetapi percayalah sekalian pendukung ISLAM dan KEADILAN mereka semuanya bukan percaya dan yakin dengan halal dan haram. Penyesalan hanya akan timbul di kala mereka nazak. Tetapi  malang di kala itu nasi sudah menjadi bubur.

Kalau ada dari kalangan para artis "BERJAYA" yang ikhlas dan jujur renungkanlah segala  penyelewengan yang telah dicanangkan ke seluruh pelosok negeri dengan bukti yang lengkap sama ada ianya fitnah. Kalau ianya fitnah, harap cari seorang mak cik dari Batu Pahat, Johor, ratusan pemuda dari Kota Tinggi (juga dari Johor) dan ramai lagi. Umumkan kepada rakyat marhaen jawapan yang kamu temui. Kasihan kepada mereka yang hidup papa kedana (terutama dari Johor) terpaksa menggadaikan maruah dan harga diri. Tepat sekali bila dikatakan "KEFAKIRAN MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN".

Kepada semua rakyat marhaen yang telah "DIPERBODOHKAN OLEH SANG PENGUASA ZALIM" jadikanlah musibah yang baru dilemparkan oleh sang penguasa ke atas diri kita sebagai azimat untuk kita mengatur langkah dan merapatkan saf-saf  berdepan dengan satu lagi tayangan perdana yang pasti ditayangkan oleh sang penguasa zalim 4/5 tahun dari sekarang. Tanamkan dalam jiwa kita peristiwa firaun yang begitu perkasa dapat dikalahkan oleh Nabi Musa a.s. dengan pengikut-pengikutnya yang begitu daif.

Bagi menantikan tayangan perdana yang akan datang, sekiranya ada seruan dari mana-mana pihak untuk mengetengahkan segala kepincangan pementasan opera cina yang baru berlalu ke muka pengadilan eloklah kita semua menyahut seruan mereka agar kepincangan tersebut dapat diperbetulkan. KALAU SANAG PENGUASA GENTELMAN DAN TIDAK DAYUS sahutlah segala cabaran yang telah diketengahkan.

Relakah kita DIPERBODOHKAN?

Anak Jati Segamat - 27.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN