Malaysia Pernah Dijajah Yahudi?
Oleh: Ali Bukhari Amir
Free Anwar Campaign Website
Menjelang kemerdekaan kali ke-47 ini, kita harus menginsafi bahawa kita masih dijajah oleh budaya Barat. Selain itu, satu fakta yang dipendamkan oleh Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ialah kewujudan Jewish Cemetery di Pulau Pinang.

 
Sekitar 1970-an, Parlimen bergegar dengan puluhan pertanyaan kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengenai gerakan Freemason yang sangat berbahaya.

Kata Tun Razak, kira-kira 150 tahun dahulu, Freemason pernah bertapak di Pulau Pinang. Keanggotaannya juga merangkumi pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
 
(Fakta tambahan: Rumah kelahiran Tan Sri P. Ramlee di Pulau Pinang diambil daripada pohonan kayu di Jalan Yahudi, Pulau Pinang)
 
Hasil kajian dan penyelidikan Skuad Berita Kampus (BK) siasatan, Francis Light yang kononnya membuka Pulau Pinang telah menipu Baginda Sultan Kedah dalam perjanjiannya seolah-olah dia adalah wakil kepada Great Britain. Light juga datang bersama rombongan saudagar-saudagar Yahudi daripada Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang atas tujuan perniagaan.
 
Sehingga 1978, berlaku satu perpindahan besar-besaran orang-orang Yahudi ke luar negeri dan mereka telah meninggalkan Pulau Pinang setelah gerakan mereka mula terbongkar.
 
Sempena kemerdekaan kali ini, kita mesti menyedari bahawa Yahudi juga adalah salah satu daripada penjajah selain British, Jepun, Portugis, Belanda dll. Padahal semua fakta ini tidak tercatat di dalam kurikulum Sejarah Malaysia SPM, STPM dan yang lain-lain. Persatuan Sejarah Malaysia diharapkan dapat mengambil langkah yang sewajarnya utk mendedahkan fakta sejarah ini.
 
Kemerdekaan kali ini juga mestilah membawa keinsafan bahawa Negara-Negara Islam masih lagi dijajah Yahudi khususnya Palestin. Yahudi pernah menjajah Tanah Melayu dan mereka juga sehingga kini masih menjajah tanah-tanah Islam. Perkuburan Yahudi dan penempatannya masih wujud di Singapura.
 
Menurut Ramlah Adam, ketika Burhanuddin al-Helmy mengkritik penjajahan British di Palestin, beliau dipenjarakan walhal perkara ini tidak berlaku jika beliau mengkritik seterunya UMNO. Beliau akhirnya dibebaskan oleh sebuah keluarga Arab di Singapura al-Junaid setelah beberapa pertubuhan Islam mendesak beberapa keluarga Arab Muslim yang kaya menjamin segera Dr. Burhanuddin yang ditahan itu.
 
Kritikan Dr. Burhanuddin itu jelas menunjukkan bahawa pada hakikatnya orang Yahudi telah pun menguasai polisi dan pentadbiran British di Singapura. Apa tidaknya, Perdana Menteri Singapura pertama David Marshall adalah keturunan Yahudi juga.
 
ikuti cerita lanjut melalui Edisi Siasat Alternatif melalui BK ...
 
http://garapmaju.tripod.com/jews_cemetery.jpg
(kelihatan bangunan KOMTAR di belakang tanah perkuburan Yahudi)

http://garapmaju.tripod.com/jc.jpg
(sebuah keluarga yang paling lama menetap di Pulau Pinang. Difahamkan mereka adalah generasi awal bersama Francis Light. Kelihatan bangunan KOMTAR yang agak jelas ...)
 
(Sumber: Berita Kampus, USM)
 
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

iAli Bukhari bin Amir
+6019-5487877
ibnuamir@yahoo.com – (mohon siarkan e-mail) - 10.08.2004


Hantar artikel ini kpd sahabat: