UMNO KELANTAN GILA TALAK

Oleh Anak Jati Segamat

Hari ini di akhbar Mingguan Malaysia terpampang satu tajuk besar "BUBAR SEGERA DUN" – Pemuda Umno cabar kerajaan Kelantan. Di muka surat tiga pula ada satu lagi berita bertajuk, BN terus menekan – Mustapa.

Kalau ditinjau secara sepintas lalu berita-berita tersebut, boleh diandaikan sebagai ugutan dan paksaan. Biasanya mereka yang berkelakuan demikian adalah daripada golongan yang putus asa, makan sehingga kenyang menyebabkan keadaan dalam perut dan seluruh anggota badan menjadi tak tentu rasa atau pun GILA TALAK.

Bagi saya kenyataan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Nik Amar Bin Nik Abdullah bukan hanya setakat gimik politik, tetapi untuk memberitahu Umno/BN bahawa kerajaan PAS Kelantan sedia mengikut irama gendang yang dipalukan oleh pihak Umno/BN andainya pihak Umno/BN sanggup mengisytiharkan PILIHAN RAYA KE-11 semula yang dikendalikan secara jujur, telus dan beretika. Takkan kedua-dua makhluk, yang seorang apabila bercakap bersemburan air liur dan seorang lagi saudara kembar Idris Jusoh, tak tahu yang kebanyakan rakyat marhaen merasa begitu tidak puas hati dengan perjalanan tempang pilihan raya yang baru diadakan.

Janganlah ketua pemuda(i) Malaysia menganggap yang beliau seorang sahaja yang masih mempunyai MOOD untuk mengadakan pilihan raya semula di Kelantan. Kami rakyat marhaen sendiri merasa tidak sabar menantikannya. Apa lagi tunggu, isytiharkan bahawa pilihan raya ke-11 BATAL dan adakan semula kalau kamu anak jantan.

Selain daripada gila talak, mungkin Hishamuddin berperangai demikian kerana beliau baru belajar (Menteri Pelajaran) atau pun hendak menutup segala kelemahan diri yang berkaitan dengan kementeriannya. Sepatutnya beliau mengusahakan sesuatu bagaimana hendak mengatasi karenah para pelajar masa kini yang sering diperkatakan oleh rakyat jelata, terutama berkaitan dengan gengsterisme, moral dan akhlak yang merudum. Atau pun beliau cemburu dengan pencapaian akademik para pelajar di Kelantan yang kerap mengatasi negeri lain apabila di mumkan keputusan sesuatu peperiksaan seperti UPSR, PMR,SPM dan STPM..

Wahai Hishamuddin, renungkanlah ke dalam diri mu dan carilah jawapan hingga ketemu siapakah kamu. Atau pun kamu memang tidak mempunyai harga diri apabila Almarhum ayah mu diperhinakan oleh si tua hangkoi TKT kepala Taik hingga beliau terpaksa MENINGGALKAN Umno. Begitu juga dengan nenda kamu, mereka tidak DULUnya (BUKAN AHLI UMNO), KINI(UMNO) dan SELAMA LAMANYA (BUKAN AHLI UMNO).

Semasa kamu menjadi Menteri Belia dan Sukan, adakah sukan di Malaysia telah mencapai ke tahap yang sepatutnya? Sebagai contoh, bola sepak dulu adalah sebuah pasukan yang terunggul di Asia. Buktinya kita boleh lihat apabila diadakan pertandingan Piala Merdeka, Pasukan Malaysia were among the top three ia itu, Korea, Jepun dan Malaysia. Kini pasukan Korea dan Jepun telah mencapai tahap dunia. Mana pasukan Malaysia? Sama taraf dengan Nepal dan Kemboja. Itulah padahnya bila sukan dipolitikkan tidak macam di Negara-negara maju yang lain, para menteri mereka tidak menyebuk.

Berhubung dengan ugutan hendak MENEKAN kerajaan Kelantan, Mustapa harus tahu apa itu Principle of Gravity. Bukankah kalau dilakukan sesuatu yang terlampau ke atas sesuatu benda, haiwan atau pun makhluk akan memberikan impak kepada si pelaku. Impak itu pula akan benda, haiwan atau pun makhluk terjemahkan dalam berbagai rupa dan bentuk. Walau pun saya bukan rakyat Kelantan tetapi masih mempunyai pertalian saudara seagama dengan mereka yang menganut agam Islam yang syumul dan pernah berguru dengan salah seorang anak murid Tok Kenali yang menghuraikan ilmu berkaitan dengan kitab HAKIKAT INSAN. Jangan salah anggap pula. Bukan tujuan saya hendak membanggakan diri. Carilah guru yang boleh menunjukkan jalan ya, jangan asyik memikirkan dunia dengan cara melampau, cukup setakat apa yang ada. Saya percaya hampir kesemua rakyat Kelantan mencintai Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Lainlah kalau Umno berani berubah dengan memansuhkan undang-undang sekular dan menempatkan undang-undang ALLAH di tempat yang SEMESTINYA. Saya sebenarnya baru pulang dari Pasir Mas Kelantan kerana ada urusan peminangan untuk anak saudara saya. InsyaAllah upacara ijab kabul akan diadakan dalam masa terdekat. Kalau ianya bertembung dengan apa yang dihajatkan oleh Hishamuddin, elok juga dapat saya tumpang berpesta bersama. Sekurang kurangnya saya mempunyai masa bertemu dengan Ibrahim Ali yang Almarhum ayahnya pernah dibuang daerah di Segamat dan menumpang dengan seorang insan mulia bernama Ubaidullah yang kini sudah menjadi Allahyarham. Beliau adalah salah seorang guru tarekat saya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kalau Ibrahim baca tentu beliau tercari-cari siapa saya, tetapi percayalah beliau tidak akan ketemu.

Anehnya mereka yang mendabik dada sebagai pejuang, tidak pula mahu membanteras segala salah laku yang bermaharajagila di Malaysia. Terbaru adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Harakah Online berhubungan dengan terdapatnya premis judi nombor ekor, Magnum dan Toto yang agak terbuka di Jalan Kampung Dalam berhampiran dengan flet Sri Kolam di Kuala Terengganu. Yang melucukan, apabila pemberita mengajukan perkara tersebut, Deris Jusoh seolah-olah menyindir dengan berkata, cukuplah dengan apa yang ada dengan tujuan hendak menempelak konon kerajaan Terengganu yang dahulu yang membenarkan.

Di laman web Tranungkite pula ada disiarkan gambar-gambar yang begitu ketara kelucahannya yang dikirimkan oleh salah seorang pengunjung di salah sebuah PUB di Ipoh. Apa tindakan pemimpin-pemimpin Islam Hadhari Umno? Atau pun perkara yang seumpama itu sememangnya digalakkan.

Janganlah pemimpin-pemimpin Umno/BN masih lagi seperti katak di bawah tempurung. Elok juga kalau dilapangkan masa meninjau keadaan UMMAH yang setiap saat ditindas oleh puak kuffar di merata dunia dengan melayari laman web www.joevialls.co.uk dan bacalah apa yang dipaparkan. Sebagai contoh, artikel yang bertajuk BAGHDAD BURNING dan MONSTROUS MASSACRE IN FALLUJAH – IS MIAMI NEXT?

Bukalah minda luas-luas sikit jangan asyik hendak menekan PAS/BA sahaja. Janganlah diterjemahkan demokrasi berparlimen di Malaysia di samakan dengan demokrasi amalan puak Umno apabila jawatan Presiden dan Naib Presiden walau pun diperoleh secara sangkut, tidak boleh dipertandingkan. Demokrasi apa ini? Atau pun puak Umno takut peristiwa Tengku Razaleigh melawan si tua hangkoi dulu berulang kembali. Tak kan tak boleh rujuk kepada Almarhum Sulaiman Ninam Shah. Masa pilihan raya yang lepas bukankah ada pengundi-pengundi yang telah kembali ke Rahmatullah keluar mengundi, jadi apa bezanya dengan pemilihan dalam Umno, tak kan tak boleh diatur?

Bagi pejuang-pejuang PAS/BA, perlengkapkanlah diri kerana kini kita semua sedang berdepan dengan segala bentuk pancaroba. Mari kita sama-sama berganding bahu dan terus mara, jangan melangkah walau pun setapak ke belakang. Jadikanlah DSAI sebagai penjana untuk kita bergerak DAN BERUSAHA LAH AGAR NEGARA KITA TIDAK DI TIMPA BENCANA SEBAGAI MANA YANG SEDANG BERLAKU DI PALESTIN, IRAQ, KASHMIR, AFGANISTAN DAN BANYAK LAGI..

Anak Jati Segamat - 26.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN