MELAYU BODOH??

Oleh Anak Jati Segamat

Izinkan saya memberi respons kepada sebuah artikel yang disiarkan di laman tranungkite yang tidak dinyatakan siapakah penulisnya. Setelah dibaca dan memahami setiap ayat, hati kecil ku terdetik dengan membenarkannya. Sesungguhnya begitulah ---MELAYU MEMANG BODOH---.

Saya masih teringat dengan kata-kata Almarhumah ibu ku yang kerap bercerita untuk mengisi masa lapang akan DAJJAL YANG BERMATA SATU. Kini setelah menempuh hidup yang penuh dengan tipu daya, saya baru nampak segala apa yang diperkatakan oleh Almarhumah ada kebenarannya.

Kini kita sedang berada di era "DAJJAL" dengan beribu-ribu bukti yang berlaku setiap saat di sekeliling kita, walau pun saya percaya bahawa DAJJAL telah wujud di zaman Nabi Adam Alihisalam. Contoh mudah ialah apabila mereka yang mendapat kuasa walau dengan apa cara sekali pun tidak mengendahkan segala kemungkaran yang berleluasa begitu ketara. Tidakkah boleh kita kategorikan pihak yang mempunyai kuasa umpama DAJJAL yang bermata satu kerana gagal membendung segala maksiat yang kebanyakannya dilakukan oleh orang Melayu. Malah ada kalanya mereka sendiri yang menganjurkan sesuatu pesta untuk memudah/membolehkan terutama remaja Melayu yang rendah akhlak melakukan maksiat. Contoh yang telah ditunjukkan oleh ALLAH begitu banyak, sebahagian dari yang telah diketahui oleh umum ialah apabila beratus-ratus "KONDOM" ditemui di Kedah tempat berlangsungnya rancangan Sure Heboh tajaan TV3 dengan mendapat restu dari para pemimpin yang dikatakan penganut agama Islam di sana.

Kerana mereka bermata satulah maka ada gadis Melayu yang sanggup menari BOGEL di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Apa mereka peduli kalau kena tangkap dendanya bukan seberapa. Berlakunya genjala demikian kerana pihak berkuasa yang bermata satu gagal menemui hukum yang telah di tentukan oleh ALLAH dan Rasullah s.a.w melalui Al-Quran dan hadis. Atau mungkin mereka menganggap peristiwa yang mengaibkan itu dibolehkan kerana "DARURAT".

Begitu juga dengan gejala murtad yang kini berleluasa, apa tindakan mereka? Pihak ibu bapa yang prihatin tidak boleh dipersalah kan 100% kerana dihalang oleh undang-undang yang menyatakan bahawa setiap anak yang menjangkau usia lebih 18 tahun adalah bebas dari kongkongan keluarga. Undang-undang apa ini? Andai kata undang-undang ISLAM dapat dilaksanakan pasti kesemuayang  sedang melanda orang Melayu yang kononnya penganut agama Islam dapat diatasi. Tetapi mengapa mereka masih enggan? Sudahlah begitu, apabila ada dari kalangan orang Islam  yang prihatin mencadangkan agar hukum yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan hadis dilaksanakan, mereka mendakwa bahawa undang-undang tersebut tidak sesuai kolot dan sebagainya.

Bukankah untuk mencapai tujuannya, DAJJAL tetap terus berikhtiar dengan segala usaha bagi melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan selalunya diberikan kepada mereka segala bentuk hiburan yang dapat melumpuhkan rohani mereka dari mengingati ALLAH sama sekali.
 
Ungkapan saya di atas adalah bagi menyatakan mengapa Melayu menjadi bodoh. Mereka tidak perasan cara halus yang telah dimainkan oleh para pemimpin yang bermata satu. Sebenarnya mereka begitu gembira apabila kebanyakan orang Melayu hidup dalam keadaan daif, tak bermaruah dan hina. Ini kerana mereka boleh mempergunakan kesemua Melayu yang demikian dengan ugutan dan janji-janji manis apa bila tiba masa pilihan raya yang dikatakan adil, sempurna dan lengkap. Ingatlah wahai orang Melayu bahawa kepapaan membawa kepada kekufuran. Carilah jalan yang sesuai sebagaimana yang kerap di lafazkan oleh orang-orang Melayu ketika menunaikan solat, kalau mereka mengerti.

Sedarlah wahai orang Melayu bahawa syurga (Kemewahan dan kesenangan hidup) yang mereka janjikan adalah NERAKA di sana nanti. Neraka (melalui ancaman ugutan, halangan, rintangan) pula di sana nanti adalah SYURGA. Kalau diikut trend pengundi Melayu sebagaimana yang mereka terjemahkan melalui kertas undi pada pilihan raya ke-11, masanya begitu hampir bagi tanah air yang tercinta ini di jajah oleh puak-puak yang ada di Negara ini sebagaimana yang di nukilkan oleh penulis ---MELAYU BODOH---. Rujuk http://www.tranungkite.net/d04/aba10.htm.

Sebelum terlambat eloklah kesemua orang Melayu yang masih leka memuhasabahkan diri untuk mencari apakah erti hidup sejati juga kesinambungan bagi tujuan keamanan tanah air yang tercinta ini yang bakal diwarisi oleh generasi yang akan datang agar kita yang pada ketika itu sedang menerima pembalasan baik berupa seksaan (AZAB ALLAH) atau pun nikmat (RAHMAT ALLAH) tidak dipersalahkan oleh mereka. Atau pun kita benar-benar mengharap agar generasi Melayu akan datang hidup merempat di tanah air sendiri, dengan kita sebagai perintis jalannya. Jadikanlah teladan apa yang telah terjadi kepada rakyat Bosnia yang akhirnya Islam tinggal pada nama sahaja kerana generasi terdahulu telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim selama hampir seratus tahun. Yang menyedihkan apabila ada daripada kalangan mereka yang berkata, "What's that, I remember hearing that verses recited by my late grandfather" apabila mereka mendengar azan dikumandangkan. Tidak terfikirkah oleh kita bahawa perkara yang sama bakal menimpa generasi Melayu yang akan datang.

Buat seketika, marilah kita lupakan anutan politik yang berbeza di antara kita dan fikirkanlah kemusnahan yang bakal menimpa orang Melayu kalau kita tidak merubah cara hidup, baik dari segala segi dan bidang terutama cara berfikir semasa memangkah kertas undi. Ini kerana mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh penjajah yang terdahulu bahawa KUASA adalah melalui peti undi. ALLAH tidak akan merobah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merobahnya.

Elok juga kalau kita fikirkan sejenak mengapa ISLAM masih lagi gagal di letakkan ke tempat yang sepatutnya. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu: lalu kamu akan bertempur dengan DAJJAL, dan ALLAH akan memberi kemenangan kepada kamu. Kini kita sedang menghadapi PEMIMPIN YANG BERMATA SATU, percayalah bahawa ALLAH tidak pernah ingkar kepada janjiNya andai kata kita bersatu. Marilah kita sama-sama melepaskan diri daripada ikatan rantai "MELAYU BODOH" yang kini sedang melingkari persekitaran, pemikiran dan jasad kita oleh pihak yang berkuasa masa kini.

Berkaitan dengan sifat dua kaum terbesar yang terdapat di negara kita, sebagaimana yang di nyatakan oleh penulis ada kebenaran nya. Renungkanlah.

Hanya sekadar ini yang dapat saya paparkan. Yang benar, jelas dan nyata datangnya dari ALLAH dan yang kabur, kusam dan gelap terbit dari kelemahan hati kecil saya sendiri.

Anak Jati Segamat - 22.04.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN