Muslimat PAS Selangor 
Tidak Menghormati Pesuruhjaya dan Perhubungan Negeri

Oleh Ahli PAS Selangor  (Laman M@RHAEN)


Assalamualaikum,

Baru-baru ini, pada 26 Februari 2005 Dewan Muslimat PAS Selangor telah mengadakan satu Konvensyen peringkat Negeri di Taman Melewar. Program tersebut diadakan untuk semua Dewan Muslimat Kawasan dan dihadiri terutamanya oleh Dewan Harian Muslimat Kawasan dalam Selangor.

Apa yang menghairankan ialah program tersebut tidak langsung dimaklumkan kepada Badan Perhubungan Negeri Selangor. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hasan Shukri telah merasmikan program tersebut. Secara protokolnya, Pesuruhjaya Negeri haruslah berada di dalam program tersebut bagi menghormati kedatangan pimpinan Pusat.

Saya mendapat tahu bahawa program tersebut sengaja tidak dimaklumkan kepada Perhubungan Negeri Selangor. Mahalan tiada jemputan yang diberikan kepada pimpinan PAS Selangor untuk menghadiri program tersebut.

Ini jelas satu tindakan biadap yang dilakukan oleh Dewan Muslimat PAS Selangor. Ketua Dewan Muslimat tersebut, Wan Hasrina, harus menjelaskan mengapa perkara buruk seperti ini terjadi.

Di Selangor, memang semua orang sudah maklum bahawa Wan Hasrina tidak menyukai pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Pesuruhjaya, Dato Hasan Ali. Sehingga ke tahap, Pesuruhjaya Negeri sering mengeluh kerana beliau tiada maklumat langsung berkenaan dengan aktiviti atau pergerakan Dewan Muslimat PAS Selangor.

Mengikut analisis beberapa tokoh Dewan Muslimat PAS Selangor, program konvensyen tersebut adalah salah satu usaha Wan Hasrina untuk berkempen kepada perwakilan negeri di dalam usaha beliau mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat negeri.

Lagi pula, Wan Hasrina sebenarnya semakin terdesak memandangkan ramai Muslimat sudah mula merasa tidak senang dengan "Geng Kelantan" yang menjadi "support-group" kepada Wan Hasrina. Menjadi kebiasaan apabila mesyurat Dewan Muslimat negeri, keputusan-keputusan telah siap sedia dibuat oleh "Geng Kelantan" beliau dan biasanya keputusan tersebut diterima atas nama "Dewan Harian".

Akhir sekali, saya memohon semua muslimat negeri untuk menukar kepimpinan mereka kerana jelas Wan Hasrina hanya akan mendatangkan perpecahan serta permusuhan yang lebih runcing lagi sekiranya beliau dikembalikan pimpinan Muslimat negeri.

Ahli PAS Selangor - 08.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Artikel berkaitan:
Dewan Muslimat PAS Selangor: Kelate Baru VS Selangor Baru


Hantar artikel ini kpd sahabat: