Mencari Damai Di Hati
kedamaian tidak akan datang kerana secebis sajak...
kedamaian juga tidak akan datang kerana mengimami solat terawih...
kedamaian juga tidak akan datang kerana cucu ulama...
kedamaian tidak akan datang dengan itu semua selagi kehaprakan mendasari hala tuju sebuah perjuangan... Ini lah yang terhidang di depan kita pada bulan ramadhan yang mulia ini...
kedamaian juga tidak sedikitpun terbayang di ambang aidilfitri yang bakal datang...
apa yang tersurat amat jauh untuk menuju ke arah kedamaian yang dicari...
hari kelima menerajui kepimpinan negara masih tercungap-cungap dengan meneruskan yang lama...
mana mungkin ada kedamaian...
 
nun di sana....
jalan-jalan ke arah kedamaian...
kembalikan wang petronas kepada rakyat trengganu...
kembalikan wang per kapita kepada sekolah agama rakyat...
hadapkan "musuh-musuh" negara yang sedang diperangkap
dengan ISA...
kembalikan pengasingan executive, judiciary dan legislative...
hadapkan perasuah ke pengadilan...
merdekakan diri dari agenda jahat musuh-musuh Islam...
merdekakan media cetak dan elektronik dari menyebar fitnah!...
tinggalkan ideologi sesat "agama suku politik suku"...
berpeganglah kepada pesanan sayyidina omar alkhatab ra...
"ikutilah Al-Qur'an nescaya dia akan membimbingmu ke syurga, jangan Al-Qur'an mengikuti kamu pasti dia akan menolak mu ke dalam neraka!"
 
hmmm...
sayangnya damai itu tidak ada pada dan dalam umno/bn...

Kiriman Achussin - 05.11.2003



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.i

Click Here!