.... Pra-edisi MMMM Bab 6 B/C: YAKUZA
Bahagian 2


Struktur Yakuza 
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~31302275/yakuza6.htm)

Ada dua jenis yakuza: bersuku-kaum dan juga yakuza bebas 
 
Yakuza Bebas
 
Mereka ini adalah anggota bawahan sahaja yang tidak membuat jenayah berat. Cuma menjadi anggota kumpulan pengacau sahaja. 
 
Namun mereka tidak bebas bergerak ataupun masuk penjara kerana kumpulan yang bersuku kaum mempunyai kawasan kawalannya sendiri, dan sentiasa memberi maklumat kepada polis kalau-kalau ada jenayah yang mahu dilakukan oleh yakuza bebas itu.
 
Kalau yakuza bebas itu membuat banyak kutipan wang, dia akan dibunuh ataupun dinyahkan oleh kumpulan yang lebih tersusun itu.

Namun, yakuza bebas ada juga peranan sendiri untuk melakukan sesuatu yang tidak diminati oleh yakuza bersuku kaum itu. Kerja itu selalunya dilakukan dengan bayaran upah yang tertentu. Seorang anggota yakuza bebas kerap juga dijadikan kambing hitam untuk mengaku kerja dan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan yang tersusun. Seorang yakuza bebas yang pintar akhirnya mempunyai kumpulannya yang tersusun yang dipimpinnya sendiri.
 
Yakuza yang bersuku kaum adalah laksana kumpulan mafia. Mereka tersusun laksana satu keluarga masyarakat Jepun. Ketua kaum digelar Oyabun, dan di bawahnya adalah anak-anaknya (Wakashu) dan adik-beradiknya (Kyodai). Anak-anak itu dan adik-beradik itu bukanlah mempunyai talian darah dengannya, tetapi demikianlah struktur organisasi yakuza itu. 
 
Semua anggota sesuatu suku kaum itu mengikut arahan seorang Oyabun dan dia pula bertanggungjawab melindungi mereka daripada sebarang bahaya. Kuasa Oyabun diangap amat besar kerana semua anggota bawahan mengikuti arahannya walaupun itu bermakna menggadaikan nyawa.
 
Kepimpinan Yakuza 
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza7.html)
 
Di bawah seorang OYABUN ada beberapa penasihat yang bernama ‘saiko-komon’ yang lengkap dengan satu barisan kakitangan yang menjalankan tugas sebagai peguam, akauntan, setiausaha dan beberapa orang penasihat pula. Saikomono mempunya kumpulan samseng yang tersendiri.

Kumpulan biasa yakuza disebut ‘Wakashu’ dan ketua mereka disebut ‘Waka-gashira’. Taraf Wakagashira ialah satu takuk di bawah Oyabun, tetapi dari segi kuasa sahaja, dan bukan dari segi pangkat. Peranan Wakagashira ialah mengawasi segala arahan Oyabun itu dilaksanakan. 
 
Kumpulan Wakashu mempunyai pemimpinnya sendiri yang dianggap ‘anak’ kepada Oyabun. Dengan cara ini setiap kumpulan Oyabun itu adalah satu kumpulan manusia yang hidup laksana satu keluarga besar.
 
Di kalangan Oyabun pula mereka mempunyai satu persyarikatan bernama Kyodai. Ketua mereka digelar Shatei-gashira yang mempunyai pangkat yang sedikit tinggi daripada Wakagashira dari segi pangkat tetapi dari segi kuasa, mereka adalah sama sahaja. Kyodai inilah yang mempunyai 'anak-anak’ sendiri dan anak ini mempunyai kumpulan bawahan yang dianggap ‘adik’ ataupun (Shatei)
  
Semua kumpulan mengikut arahan pemimpinnya. Selalunya mereka perlu mendengar arahan seorang Oyabun.
 
TATTOO 
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u313O2275/yakyza8.htm)
 
Tatu (tattoo) adalah pakaian biasa setiap yakuza yang menganggpnya sebagai hiasan. Selalunya yang mereka lakar di badan itu adalah lambang kumpulan samseng mereka.


Sejarah menghiasi badan dengan tatu itu dibuat pada awalnya oleh kumpulan Bakuto. Selalunya mereka lakar satu gelang hitam di lengan sebagai tanda kejahatan yang terlaksana. 
 
Akhirnya tatu menjadi satu lambang kekuatan diri kerana ia memerlukan 100 jam hanya untuk melakar pelbagai lukisan di bahagian badan. Lambang lakaran itu adalah satu contoh seseorang itu tidak bersedia mengikut peraturan yang ditetapkan oleh masyarakatnya. Kini, ia dijadikan satu usaha untuk menunjukkan kumpulan yang dianggotai oleh seseorang. 
 
YUBITSUME
(Sumber: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza9.htm)
 
Yubitsume ialah satu perilaku mengerat sebahagian jari untuk dikirimkan kepada Kumicho. Ini adalah satu lambang meminta maaf kerana sesuatu kesilapan. Dan ia juga sebagai satu pengganti agar salah seorang ‘anak’ yang tersilap itu dimaafkan. 
 
Apabila anda telah melakukan sesuatu yang melanggar kehendak seorang Kumicho, anda ambil satu alat tajam seperti pisau dan mengerat hujung jari anda dan membungkusnya dengan kertas dan mengirimnya kepada Kumicho sambil meminta maaf darinya.

Itu sebabnya kita dapat lihat ada anggota yakuza mempunyai jari yang kudung sebahagiannya. Tetapi kalau kesalahan itu berat, tidak ada sebab kumpulan itu tidak membunuh anggota yang dianggap berpaling tadah itu. 
 
Inilah perbuatan yang dimulakan oleh Bakuto. Ketika itu sesiapa yang gagal membayar hutang perjudiannya, dia terpaksa memotong hujung jarinya dan sekaligus mencacatkan usahanya memegang pedang. Ini mencetuskan masalah yang lebih besar lagi kerana perjudian tidak dibenarkan pada waktu dulu di Jepun. - M@R
 

Diterjemahkan oleh SPAR
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!