.... Patriotik Retorik ... getik beno teman ...
Oleh: Tupai Rambo

".... Ia menunjukkan betapa rakyat Malaysia menerima Jalur Gemilang sebagai simbol negara dan masing-masing berlumba untuk menunjukkan betapa mereka menghargai simbol negara kita. Ini satu petanda baik kerana rakyat kita begitu patriotik sekali," kata Madey di Ipoh ketika merasmikan Perhimpunan Ketua-Ketua Darjah Sekolah-Sekolah Malaysia pada 25 Ogos 2001.
 
Huh ...! Bendera terbesar di dunia. Berukuran 159m x 108m. Kembang hidung Madey memuji sakan. Patriotik sungguh bebudak dan cikgu sekolah di Ipoh ni. Menurut MHI pagi tadi, lebih RM65,000.00 dibelanjakan untuk menyiapkan bendera terbesar itu. Berat pulak tu ... 3 tan ... loripun boleh pancit tayar. Penyiapan bendera itu memakan masa selama 19 hari sahaja.
 
Ketika kerja-kerja menjahit bendera itu dilakukan, sumpah seranah kepada jembalang Madey tak henti-henti keluar dari mulut cikgu dan pelajar. Celaka betui Madey ni. Tapi apakan daya, tekanan yang diterima daripada pimpinan pendidikan negeri dan pusat  tidak daya untuk ditepis. Kang tak pasai-pasai kena tukar ke ceruk. Sambil buat kerja, perut kenyang dijamu. Sebab itu 19 hari boleh siap bendera yang dihajati. Patriotikkah mereka ...?
 
Komen Madey ... beliau sangat gembira dan bangga dengan semangat patriotik pelajar. Patriotik mendenya .... cuba jangan bagi peruntukan ... alamat tak siaplah hajat dicita. Sanggupkah cikgu dan pelajar mengeluarkan wang sendiri sebanyak itu semata-mata untuk menghasilkan bendera terbesar di dunia. Pirrrahhhh ... kalau tak bagi peruntukan, jangan haraplah ... usahkan bendera besar ... bendera seposenpun tak halal untuk dibeli.
 
Tidak cukup dengan bendera, pada hari yang sama ditambah dengan satu lagi rekod dipecah. Persembahan orkestra terbesar dunia dengan melibatkan 312 pelajar Daerah Kinta. Seminggu bermalam raptai di Hotel Majestic. Makan tanggung berak pam ... Seronok bebudak tu dapat tinggal di hotel, walhal rumah di sekitaran hotel itu sahaja. Tapi demi Madey bebudak tu pada masa ini adalah raja yang mesti dilayan .... dah selesai majlis nanti, lantak demeler ...
 
Di awal raptai, pelajar dan guru dijanjikan akan menerima t-shirt berkolar sehelai seorang, elaun RM2.00 sehari dan sijil penyertaan bertandatangan pengarah. Di samping itu mereka juga disediakan makan dan tempat tinggal. Tidak sabar-sabar pelajar menantikan t-shirt free untuk kenangan bila balik kampung nanti. Boleh dipakai ke hulu ke hilir ke darat ke baruh. Buat raptai cukup hebat, maklumlah habuan dijanji ada menanti.
 
Setelah t-shirt diagih diberi, muka sedih tanpa lonjakkan di awal raptai. Mungkin mereka membayangkan t-shirt yang hebat ... tapi rupa-rupanya memang hebat. Kainnya yang berkualiti bertambah segak dengan pameran gambar Madey di belakangnya. Amat berdisiplin pelajar ini. Tidak seperti selalu berebut-rebut memilih barang free. Tahniah Madey kerana berjaya mendisiplinkan pelajar ini.
 
Sehari selepas majlis berlangsung, terdapat beberapa helai t-shirt tersadai di longkang-longkang sekeliling dewan. Di bawah pokok sehelai t-shirt kotor dengan kesan-kesan kuah dan nasi dijumpai pekerja. Mungkin sebagai pengelap tangan sebab air terlalu jauh. Ketika dibuka tong-tong sampah untuk membuang sisa-sisa makanan, juga terdapat t-shirt Madey tersengeh berbau haprak.  
 
Betulkah pelajar-pelajar ini patriotik ... kalau betul mereka patriotik, kenapa mereka tidak menghargai pemberian Madey ... pemberian seorang haprak.
 
Pelajar pulang gundah gulana ... mana dia elaun RM2.00 sehari ... patutnya dapat RM10.00 ... guru pengiring jenuh menepis ... tapi mereka sampai juga ke ceruk rantau ... mak minta tolong ambil kain buruk lap meja ... tapi t-shrit Madey putih merelip diguna lap meja ... harap-harap nanti Madey jadi tak betul ... tiap-tiap hari pi Pekan Rabu lap mana-mana yang patut ... he he he
 
Hei jembalang angin, jembalang tanah,
seru Madey siang dan malam,
Madey haprak punya kerenah,
rakyat benci buat-buat tak faham.
 
Tupai Rambo
26 Ogos 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!