.... Puaka Seranah Untuk Pak Lah
Oleh: Tupai Rambo

Pak Lah ... ternyata aku masih mampu memanggilmu Pak Lah ... bukan kerana aku masih menghormatimu ... bukan kerana aku kagum dengan kedudukanmu sebagai TPM ... tapi kerana aku masih teringat akan Allahyarham ayahmu ... Ustaz Ahmad Badawi ... itu sahaja.
 
Engkau menjadi TPM bukan kerana rakyat sukakanmu ... kami rakyat dipaksa untuk menerimamu ... paksa dalam luka ... setelah demokrasi diliwati oleh tuanmu  ... engkau hanyalah boneka yang dirompak untuk merompak ... dulu engkau Long Ranger dalam UMNO ... sekarang engkau malaun merempat di sisi Melayu ... apalah ertinya UMNO tanpa Melayu ... 
 
Pak Lah ... simpati aku buatmu ... simpati yang telah luput tanpa mahu dikenang bila bermulanya ... aku kecewa yang amat sangat ... kecewa sehingga tiada lagi ruang maaf untukmu ... engkau anak yang memalukan Allahyarham ayahmu sendiri ...engkau puaka belaan ...
 
Sedikit harapan telah aku pertaruhkan atas bahumu ... harapan untuk membuktikan yang engkau unggul bersama rakyat ... tapi engkau hanya unggul di sisi tuanmu ... walaupun mungkin lehermu akan dijerut dicekik diterajang ... umpama sampah berulat berbangkai berlangau ... dan harapan yang sedikit itu ternyata tiadakan kesampaian buat aku ...
 
ISA ... Ikut Suka Aku ... sememangnya engkau puaka belaan yang hebat ... berpadu nafsu serakah bersama tuan puakamu ... menyimpan penunggu di Kamunting ... dengan harapan suatu hari nanti boleh menjadi hantu untuk berkawan nafsu dengan tuan puakamu ... tapi terfikirkah engkau yang penunggu itu adalah keramat yang sedikit demi sebanyak sedang menghakis kuasa puaka UMNO ... puaka tanpa berani bersuaka.
 
Hari ini engkau buat hal lagi ... dengan bangga dan angkuh engkau berkata ramai lagi yang akan ditangkap diISAkan ... engkau berharap kami meronta meraung berhimpun memerangi puaka ... tapi kami bukan hantu seperti engkau ... kalau kami meraung berhiba, tiada beza kami dengan engkau ... kami akan berpadu di hati penuh sabar menanti 2004 ...
 
Engkau terlalu berharap agar Pilihanraya 2004 tidak menjadi kenyataan ... sekiranya terjadi tiada cukup tanah untuk engkau dan tuan puakamu berlari ... kami akan hambat dan yang pasti engkau dan puaka-puaka yang lain tersungkur semput tanpa sempat melangkah setapak ...
 
Jangan harap kami melatah kerana kami sedar kami akan diratah ... amukkan melatah kami hanya akan menggembirakan engkau dan tuan puakamu ... menjadi alasan untuk tidak mengadakan Pilihanraya 2004.
 
Kami akan sentiasa sabar menanti 2004 ... tangkaplah kami seramai mungkin ... supaya kami boleh berkampung di Kamunting ... dan kami yakin dan penuh yakin, insyaAllah sebelum 2004, engkau yang terlesing dalam permainan pusing-pusing tuan puakamu ...
 
Huaaaa ... ha ... ha ... ha ... Akulah Madey ... Madey puaka ...dan Pak Lah pula puaka barua ...
 
 
Tupai Rambo - 6 Ogos 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!