.... Melayu dilatah untuk diratah ...
Oleh: Tupai Rambo

Saban hari Madey semakin rakus. Semakin gelojoh seolah-olah tiada esok lagi baginya. Baginya esok bukan lagi miliknya jikalau penentuan dibuat melalui pilihanraya. Kena selesaikan juga sebelum tempoh kekuasaan telus berakhir. Kena difikirkan juga cara mana untuk menyelamatkan diri dari dihambat ke mahkamah setiap hari ... setiap detik. Ketika itu barulah terasa yang langit begitu rendah, kesihatan pula semakin dengki.
 
Madey, engkau taburkan fitnah. Engkau taburkan pasir yang engkau gumpal sendiri dengan tahimu untuk dimamah oleh kami. Begitu sial engkau dipuncak kuasa. Mungkin telah setinggi everest sumpahan rakyat kepada kamu Madey. Sumpahan itulah nanti yang akan melemaskan kamu. Kamu terhimpit dan terus tersepit. Waktu-waktu begini engkau masih tidak mahu beralah. Engkau masih boleh bernafas melalui rongga-rongga sumpahan tersebut. Tapi langit tidak selalunya cerah. Aku tahu engkau sedar, tapi engkau tetap Madey. Madey yang penuh dosa dan segala keaiban.
 
Serangan Madey ke atas rakyat memang disengajakan. Madey sengaja menyerang supaya rakyat melatah. Bila dah melatah senang sahaja untuknya meratah. Pemuda PAS dikaitkan dengan gerakan militan. Sengaja Madey mahu menimbulkan honar di kalangan rakyat marhaen. Sengaja disakiti hati yang memang telah lama sakit terhadapnya. Itulah Madey ... petualang bedebah bumi Malaysia.
 
... kengkawan ... mari sama-sama kita memikirkan cara terbaik untuk menangani permainan Madey ... kita sedang dipermainkan ... apa yang kita rasakan hari ini sememangnya telah lama difikirkan oleh Madey ... fikirkan dengan hati yang tulus ikhlas  ...
 
Tupai Rambo

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!