.... Kadir's Family - The untold story
Oleh Tok Perang

Bercerita kisah 'kadir family' ni, betullah seperti kata seorang sahabat, "Aziz tu gejut saja lebih jenih akai keling, auta saja lebih" masa kalah Lunas hari tu  nak letak jawatan sebagai Timbalan Pemuda UMNO.  Dia boleh tunjuk "terror" sebab mereka fikir, mereka ada duit, mereka boleh buat apa saja.....itu dah jadi trend "geng Umno", tak kira di mana mereka berkuasa.

"Kadir family", mereka punya business, jenis main pass kat adik beradik. Itu hak mereka untuk nak kaya, orang kampung yang dok sekeliling depa, melanggut tengok saja la! Aseania Development Corp, Musa Sheikh Fadzir yang pegang, dok develop 21st Century Bandar Baru Perda...orang melayu yang bendang  di ambil dengan harga tak seberapa dulu ni oleh PERDA, tengok saja la, tak pun hanya dok rumah pangsa. Ibrahim Saad punya kerja la tu, time tu kan ka dok bising Mr.Ten Percent (Ibrahim Saad la).... kuching ni( geng AJK UMNO Bukit Mertajam panggil dia kuching) dah tak sedar diri, dah pun tersungkur di Permatang Pauh.

Bandar Perda, Aseania sebagai developer, yang buat contruction, bagi dekat adik dia Gold Bridges Contruction yang di pegang oleh Aziz Sheikh Fadzir, company dia ni lama dah di listed, apa dia nak kisah lagi duit dah banyak, pegang pulak listed co, kira naik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Umno tu untuk nak tambah business saja la. Nak tolong orang kampung, jangan dok harap la.

Aziz ni kira target dia tu, memang nak naik ke atas dengan cepat...dulu ni masa Zahid Hamidi dah jadi Ketua Pemuda Umno,  dia punya target untuk nak dapat jawatan pengerusi Bank Simpanan National yang Zahid pegang tu, sebab dia dah dok fikir Zahid mesti di lantik ke dalam kabinet....MahaHaprak tak lantik Zahid.....kira letih saja lah dia melobi kot-kot boleh dapat jadi Jutawan segera dengan jawatan tu. Bila Zahid dah terlingkup pun, jawatan tu tak dapat juga dekat dia.

Dengan duit yang banyak depa boleh naik melobikan nama depa, itulah cara Umno......macam Aziz la, dulu ni tak tera mana pun nama dia. Untuk penaik nama dia, nak bagi geng Umno kawasan selatan calonkan dan kenal dia, dia gaji kan seorang, bayar gaji lebih kurang Rm2000, suruh war-warkan nama dia di belah sana, belah Utara lantik pulak orang lain, sama juga kerja dia.

Jadi, modal jenih  Umno ni dengan duit untuk naik nama, modal orang Pas dan Keadilan ialah dengan kebolehan, keiklasan dalam membela nasib bangsa, kefahaman Islam dan talent dalam berceramah di tambah dengan keberanian serta idea.

Kami di belah utara ni kalau ke Kuala Ketil Kedah bila melalui daerah Tawa akan terpandang sebuah mahligai indah yang diberi nama Villa Syakira istana hinggap milik Dato' Khadir Sheikh Fadzil tersergam indah dikelilingi rumah-rumah usang rakyat marhaen yang masih dibawah taraf kemiskinan disekelilingnya. Situasi sebegitu ,perbezaan taraf antara dua darjat yang kaya dan yang miskin bukan sekadar terdapat didalam filem-filem Bollywood tetapi realitinya dapat dilihat dibumi Malaysia tercinta ini.

Diberitakan juga semasa proses pembinaan mahligai tersebut, sekali Dato Kadiar pergi melancung luar ke negeri misalnya Turki , bila balik ada la bahagian dia suruh runtuh, suruh ikut idea yang dia dapat masa dekat overseas tu. Selepas itu bila dia melawat  pula negara lain, terjumpa pula dengan idea yang lebih bagus, kembalinya ke tanahair , di suruhnya kontraktor peruntuh pulak yang Turki tadi, buat pula ikut idea negara yang baru dia pergi tadi. Duit jenuh .....dia menteri, gaji juta kot?

- Tok Perang - 29.11.01


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/