.... Surat Terbuka Tok Perang kpd Dato' Adnan Ramli
UMNO Permatang Pauh Yang Kepanasan (5)

Kepada,

Dato' Adnan Bin Ramli
Pengerusi Kariah,
Masjid Jamek Kg.Pelet
14400 Bukit Mertajam,
Seberang Perai.

Assalamualaikum,

Memohon Supaya Dato' Melepaskan Jawatan Sebagai Pengerusi Masjid Kg.Pelet

Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang dihantar kepada saya dan juga penyiasatan saya secara lebih lanjut lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, dipercayai Dato' Adnan Ramli selaku Pengerusi Kariah Masjid Kg.Pelet dan juga Sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kg.Pelet( PPK Kg.Pelet) telahmelakukan banyak penyelewengan dan salahguna kuasa.

Ketidak-percayaan saya itu berdasarkan kepada beberapa perkara;

1. PROJEK MEMBAIKPULIH BANGGUNAN KAFA KG.PELET

Lokasi : Sekolah Kafa Kg.Pelet
Kos Kontrak : RM 35,000
Tempoh siap : 1 minggu
Kontrak dianugerahkan kepada kroni : Abd Rahman Bin Sharif

Isu Pertama;

Penduduk setempat hangat membincangkan isu membabitkan Bekas YB DUN Permatang Pasir yang juga selaku Pengerusi kariah Masjid Jamek Kg.Pelet Dato Adnan Ramli yang dituduh bertanggungjawab sepenuhnya di atas dakwaan berlakunya amalan rasuah serta salahguna kuasa yangketara dalam pemberian projek membaikpulih banggunan tambahan masjid Kg.Pelet serta projek menukar bumbung banggunan sekolah Kafa dekat sini kepada warna biru.

"Bumbung yang lama tu nampak masih baru lagi, tapi depa tukar salin boh baru dengan kos lebih dari RM 30,000. Kalau kiraan kasar orang tukar bumbung baru tak sampai pun RM 10,000. Kami tidak menolak pembangunan dan kami tahu projek itu untuk faedah kepada pelajar. Tapi kalau kos tu melampau sangat ini merupakan jalan pintas untuk merompak peruntukan kerajaan yang begitu lumayan," kata seorang tukang rumah yang tak mahu namanya disebut.

2. PROJEK MEMBAIKPULIH BANGGUNAN TAMBAHAN MASJID KG.PELET

Lokasi : Masjid Jamek Kg.Pelet
Kos Kontrak :lebih  RM 100,000
Tempoh siap : 2 bulan
Kontrak dianugerahkan kepada kroni : Cikgu Salim

Isu Kedua;

Penulis difahamkan kos membaikpulih banggunan tambahan Masjid Jamek Kg.Pelet mencecah lebih RM 100,000 untuk menaiktaraf bumbung dan sedikit bahagian dinding masjid. Mengikut pakar pembinaan tempatan jika kos yang sebanyak itu kita mampu membina sebuah rumah banglo yang agak selesa.Beliau percaya berlaku amalan rasuah dalam pemberian tender kepada sub kontraktor cina yang rapat dengan Dato Adnan Ramli." Jika benarlah UMNO ini memperjuagkan nasib Melayu kenapakah projek menaiktaraf masjid seperti ini pun tidak boleh diberi kepada kontraktor-kontraktor Melayu yang ada, kalau tak mau kontraktor yang sokong BA ambik la kontraktor yang sokong UMNO , koman sangat ka orang Melayu sampai nak buat masjid pun bagi kat cina" tegas kontraktor muda yang ditemui.

Maklumat lanjut : http://members.tripod.com/e-umno/mar_tperang004.html

3- MENERIMA WANG PERLINDUNGAN DARI SYARIKAT KUARI

Syarikat kuari diberitakan membayar sebanyak RM 1,000 sebulan setiap sebuah kepada Dato' Adnan ,terdapat sebanyak 3 buah syarikat semuanya yang beroperasi di sekitar Kg.Pelet, Kg Padang Ibu dan Kg Bukit Guar Ipoh. Ini bermaksud Dato' telah memperolehi pendapatan tetap dari hasil "wang perlindungan" ini sebanyak RM 3,000 sebulan sejak dari Dato' menjadi YB lagi.

Kes keretakan yang membabitkan 35 buah rumah penduduk hasil dari operasi kuari telah mendapat bantahan dari penduduk Kg.Pelet, Kg.Padang Ibu dan Kg.Bukit Guar Ipoh . Penduduk yang terbabit seramai 35 buah rumah telah meminta pampasan lebih dari RM 130,000 tetapi tidak dilayan oleh pihak kuari. Perkara ini juga telah dipanjangkan oleh YB Hamadan dalam sidang DUN tetapi alasan yang memihak kepada pengurusan kuaritelah diberi oleh Dato' Helmi Yahya.Sepatutnya pihak kerajaan negeri yang kononnya membela nasib rakyat memberi perhatian atas isu ini dengan menghantar Jabatan Alam Sekitar (JAS)untuk menyiasat bukannya terus membela pengurusan kuari.

Apakah apabila penduduk memanggil Karam Sing Waliya TV3 barulah kes ini akan diberi perhatian segera dari pihak yang terbabit.

Yang menjadi persoalan, kenapa sekarang baru pihak kuari tidak mahu bertanggung jawab atas keretakan yang berlaku yang menimpa rumah penduduk kampung sedangkan pada tahun 1992 dalam laporan tahunan masjid ada dibentangkan bahawa kuari membayar pampasan keretakan masjid sebanyak RM20,000.

Jika di Selangor Dato' Seri Khir Toyo dihadapkan dengan isu rasuah yang membabitkan rasuah yang bernilai jutaan ringgit dan di Permatang Pauh jangan pula Dato' nanti dihadapkan dengan isu rasuah yang hanya bernilai  ribuan ringgit. Walaupun rasuah yang membabitkan Dato' kecil jumlahnya, namun kita kena ingat rasuah tetap rasuah.

Berdasarkan pendedahan penyelewengan Dato' sebagai Pengerusi Kariah Masjid Kg.Pelet saya dengan ini mendesak supaya Dato' melepaskan jawatan Pengerusi Kariah Masjid Kg.Pelet yang Dato' lantik sendiri tanpa persetujuan majoriti penduduk kampung demi keharmonian, perpaduan serta ukuwwah masyarakat terbanyak.

"Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak"

Sekian,

Tok Perang
16/11/2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/