.... UMNO Permatang Pauh Yang Kepanasan
(3)
Oleh: Tok Perang

Fokus Penyelewengan Dato Hj Adnan Ramli di Permatang Pauh.

Permatang Pauh 7.11.2001: Prestasi Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan  Kg.Pelet, Dato Adnan Ramli mula dipersoalkan oleh sebahagian besar Ahli Jawatan Kuasa Masjid, ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK Kg.Pelet) ,ahli UMNO serta penduduk kampong di kawasan ini. Selain dikatakan dikelilingi oleh penasihat dan ahli-ahli yang punya kepentingan  diri dan kelompok masing-masing, Dato Adnan didakwa meluluskan tanah lot milik Pertubuhan Peladang Kawasan dimasa beliau selaku Pengerusi PPK terbabit kepada dirinya sendiri, keluarga serta kroni-kroni yang menjadi pertikaian.

Ramai ahli-ahli "senior" PPK  yang merasa jauh hati dengan sikap Dato Nan yang langsung tidak melayan permohonan mereka walaupun mereka orang lama yang mempunyai nombor keahlian yang kurang dari dua digit. Sesebaliknya tanah lot terbabit dianugerahkan kepada kroni yang entah bila menjadi ahli PPK. “Sekurang- kurangnya Pak Nan dahulukanlah permohonan ahli  sebelum ‘mengagih-agihkan’ tanah lot yang terletak dibelakang banggunan PPK itu kepada mereka yang disukainya, tetapi Pak Nan sekarang sudah tunjuk taring walaupun dia bukan lagi seorang YB ataupun Ketua Bahagian UMNO,” kata satu sumber.

" Dulu masa nak tubuh PPK mesyuarat kat rumah makciklah, cawan yang pecah guna masa mesyuarat nak tubuh dulu tu pun depa tak ganti lagi. Bila la ni PPK dah maju , makcik minta satu lot tanah yang dijual tu pun Pak Nan tak layan.Bukan makcik minta saja, makcik nak beli" kata seorang makcik tua yang mendakwa sebagai ahli asal PPK Kg.Pelet.

“Kami ada banyak bukti untuk mendedahkan penyelewengan ini, hanya tunggu masa yang sesuai saja. Ia pasti menimbulkan kegemparan dan bonus buat Barisan Alternatif di Permatang Pauh” tambah sumber itu lagi.

Dalam pilihan raya 1999, Parlimen Permatang Pauh menyaksikan peralihan undi  yang paling tinggi kepada pembangkang, berbanding keputusan 1995. "Sikap ghairah membahagikan kekayaan kepada kroni dan kawan-kawan karibnya mesti dihalang. Kalau tidak, pembangkang akan mendapat modal besar dan cukup berkesan bagi menjatuhkan BN di Pulau Pinang" kata seorang veteran Umno yang kini hanya memerhatikan gelagat Pak Nan yang menjadi Pengerusi PPK itu.

Penulis ditunjukkan tanah milik Dato Nan dimana buat masa sekarang ini didirikan kedai kopi oleh seorang penyokong kuat Dato Adnan.Apa yang penulis perhatikan banyak rumah -rumah banglo mewah yang bernilai lebih dari RM 100,000 didirikan diatas lot-lot yang telah habis dijual itu.Penulis percaya majoriti pemilik tanah lot terbabit bukan dikalangan penduduk tempatan atau ahli asal PPK yang ada setengahnya  masih lagi tak bertanah dan masih menumpang tinggal diatas tanah milik orang lain.Rata-rata ahli lama PPK  Kg.Pelet ialah pesawah yang setengahnya mengusahakan sawah dengan cara menyewa tanah -tanah sawah milik orang lain.Mereka-mereka inilah yang meristis jalan dizaman Allahyarham Hj.Nor semasa menjadi YB dulu menubuhkan Pertubuhan Peladang Kawasan.Tetapi bila Dato Adnan mengambil alih kuasa setelah menjadi YB perkara sebaliknya pula yang berlaku.

Tok Perang
7.11.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!

http://members.tripod.com/e-umno/