.... UMNO Permatang Pauh Yang Kepanasan
(2)

Oleh: Tok Perang

Permatang Pauh 5.11.2001 - Petang semalam ketika pulang dari kerja singgah minum di sebuah gerai bersebelahan Masjid Kubang Semang . Masjid yang dibina penuh barokah hasil dari wang yang dikumpul dari anak
kariah serta masyarakat sekitar. Tidak ada satu sen pun wang dari kantung KERAjaan yang memerintah dan diberitakan kos perbelanjaan banggunan tambahan dua tingkat itu mencecah jutaan ringgit.Sambil menunggu minuman sampai terpandang banner besar  yang bertentangan di simpang jalan utama

Banner ;

PERLAWANAN BOLA 9 SEBELAH UMNO  BAHAGIAN PERMATANG PAUH
Tarikh : 11.11.2001
Tempat : Maktab Tengku Bainun

Siap gambar keris bogel bersilang dikiri kanan banner. Hebat UMNO ni nak buat program parti boleh guna semua kemudahan awam yang ada. Nak guna padang Maktab Perguruan Tengku Bainun, Padang Politeknik, guna dewan orang ramai dan masjid  tak jadi masalah.Kalau pembangkang segala macam tekanan yang akan dikenakan.

"Aku pelik la Dato Mat Saad ..dia ketua bahagian.. yang dia pi biaq Pak Nan masuk campur tu pasai apa???"... keluh sorang pemuda dalam lingkungan umur 30 an dimeja sebelah kepada rakannya yg lain.

"Hang tau ka pasai geng muda kampong dia buat lawan bola hari tu. Pak Nan pandai -pandai pi kensel tukaq pi 14 haribulan"

"Habih tu banner tu lekat buat apa??"..soal rakannya di sebelah.

Nampaknya perang antara kem Dato Adnan Ramli dan Kem Dato Ahmad Saad di parlimen Permatang Pauh makin hebat. Dato Adnan Ramli @ Mat Isa Ramli atau *Cikgu Adnan .Mungkin lepas ni banyak lagi penyelewengan- penyelewengan yang akan kita ketahui.

[Dalam pilihanraya 1999 Dato Adnan Ramli semasa berkempin di kawasan Parlimen Kubang Pasu ,kawasan Tok  Det diperkenalkan sebagai "Cikgu" yang datang dari parlimen Permatang Pauh yang kenal rapat dengan DSAI.Tapi hakikatnya dia cuma seorang "peon" sekolah rendah sebelum berkecimpung dalam politik]

"Aku kalau jadi Dato Mat Saad ,aku tak biaq kat Pak Nan. Hang tau di Kg. Pelet nu sebab nak kurangkan pengaruh Pak Nan lah, Mat Saad pi tubuh satu lagi cawangan UMNO..tapi la ni dengaq cerita AJK Cawangan tajaan Dato Mat Saad ni semua dah sokong Pak Nan balik ada yang pi lompat masuk Pas pun ada".

" Pak Nan dia hemoi"..sampuk rakannya disebelah.

" Bijak -bijak dia main politik 4 haribulan haritu terkena jugak..ingat kut ceredik la dah besa jadi Yb lebih 3 penggal... orang baru  pelekat poster dah gelabah biawak ..report pi sampai Ketua Polis Negeri nu... tu pun jangan dok keras jugak nak jadi Pengerusi Masjid ..kah,kah,kah"

Semakin rancak perbualan orang -orang muda di meja sebelah.

" Aku kalau depa tukaq pi 14 haribulan ni ..aku tak mau main !!!..depa nak main bola ka nak main politik ??...baik main bola yang Keadilan anjur hari tu..UMNO ni kalau orang muda macam kita ni tak pi main tak ada sapa dah nak
ikut prigram depa..aku tak kira sapa anjur pun akau main..tapi kalau dok politik macam ni haruih tak pi dah."

Saya kira budak muda dimeja sebelah masih lagi tak menganggotai mana -mana parti dalam lain perkataan ahli DAP (Dok Ataih Pagaq kata orang utara).Seharusnya pihak BA (Pas dan Keadilan ) harus memberi penekanan khusus terhadap golongan remaja dan pemuda.Pihak BA seharusnya mamperbanyakkan program-program yang dapat menarik minat remaja untuk turut serta. Perbagaikanlah program antaranya perkhemahan, sukan, XPDC dan sebagainya bagi memastikan kemenangan bagi Parlimen permatang pauh dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang. Mulalah gerak kerja dari sekarang walaupun ceramah umum tidak dapat kita
anjurkan adkanlah program-program peringkat dalaman.

Sekian dulu.. bersambung lagi insyaallah

Tok Perang
6/11/2001
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!