.... TV3¼ PERTAHANKAN POLIS
Oleh: To' Perak

Tak chukop dengan Dollah Bedawi yang membela perilaku kebinatangan Polis, kini TV3¼ pula mengambel gileran.
Bukan itu saja, pendapat umom pun diambelkira!!! Yang menghairankan ialah tidak saorangpun ahli keluarga
mangsa kezaliman yang ditemuramah TV3¼. Apa-kah pendapat mereka? Kenapa tak di-tanya PakDin yang
matanya hampir buta dek angkara Polis yang terkenal dengan Mesra, Cepat dan Betul?? (Kini, Cepat dan Brutal - M@RHAEN)

Ketua Pengarang TV3¼ usah jadi bangang! Kalau nak tahu kebaikan orang, tanyalah sahabatnya. Untok mengetahui keburukan, tanyalah dari musohnya!! Barulah betul!! Ini asyik-asyik tanya isteri Polis, anak polis, mertua polis, teman polis dan  pengampu2 kerajaan. Dollah Bedawi sudah semestinya dia membela Polis atas sifatnya sebagai Menteri Dalam Negeri!!!

Kerapkali didapati temuramah pendapat umom tidak telus dan bayas! Mana yang membodek terus ditayangkan manakala yang kritikal bayang pun tidak nampak. Jika TV3¼ khasnya Ketua Pengarang betol2 bukan pondan dan ada telor, sila bentangkan Laporan Suhakam di TV3¼ supaya menjadi tatapan ra’ayat jelata. Barulah adil namanya. Usah ditegak benang basah. Tak ada gunanya. Keselurohan kandongan laporan Suhakam tentang peristiwa KESAS telah dibacha ra’ayat jelata. Chuma orang yang dungu dan malas membacha sahaja yang tidak tahu perkembangan semasa!!

Dulu pasokan Polis disanjong dan dihormati oleh masyarakat. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Sebahagian ra’ayat negra ini tidak lagi menghormati pasokan ini. Kita bukan menuduh sembarangan, cuma ada segelinter daripada mereka- FRU,PGA dan Sb yang menjalankan tugas dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Disebabkan mereka ini lah seluroh organisasi pasokan terchemar. Dari zaman dharurat sehinggalah kini, tak habis2 cherita permusohan antara Polis dan tentera. Kini dengan orang awam pula. Apakah tujuan pasokan Polis ini dicipta untok bermusohan??

Ketua Polis Negara KPN hendaklah bertindak sechara adil. Bersehkanlah pasokan Polis dari anasir2 penchemaran yang memalukan. Dunia luar memandang dan ketawakan kita. Jangan jadi macam Polis dalam filem Hindustan sudahlah!!

Sandiwara Sauk macamana orang tak kata lakonan! Dari mula rampasan sahingga lah menyerah diri, orang dapat mengagaknya. Terutamanya bekas2 tentera. Kenapa bodoh sangat? Kenapa mereka tidak berpechah?? Kurangkah sasaran penting di negara ini?? Jika mereka berpechah dan satu dua ‘key point’ musnah barulah boleh dikatakan perang terhadap yang Dipertuan Agung. Ini tidak!!! Umpama kata, kamu dudok di situ diam2. Jangan kemana2, nanti kami datang tawan tau!!! Berlakon…..berlakon…..!!!

Tentang KMM pula, haram jadah mana yang menghasot Mahathir ni? Kalau sekadar nak boktikan senjataapi itu perkara mudah. Berapa lori pun kerajaan boleh buktikan. Tetapi jangan kurong lama2. Tunjokkanlah kepakaran penyiasatan Polis. Perkara ini bukan baru. Tahun berapa yang mereka itu balek ke tanah ayer?? Adakah mereka ini membawa balek senjatapi?? Jika mereka bergerak sendirian di luar negara, ini bukan tanggongjawab kerajaan dan parti!!!

Salah satu dari tugas2 Polis ialah menyiasat, mendakwa dan bicharakan yang tertuduh. Nampaknya Polis tidak ikut peraturannya sendiri. Kenapa tahanan Politik (tapol) tidak dibicharakan? Apa, tak adakah boktikah?? Tunjukkanlah bokti yang ada di mahkamah. Janganlah mereka2 bokti. Jangan juga mengada2kan pertudohan yang bukan2, barulah betol charanya.

Chogan kata Polis yang baru ini tidak logik dipakai lagi. Sebaleknya chogankata yang asal perlu di-pertahankan. Mungkin ini boleh merobah wajah pasokan Polis selurohnya.

POLIS SEDIA BERKHIDMAT 

- To' Perak
 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!