.... PM PERTAHAN ISA UNTOK DIRI-NYA.
Oleh: Tok Perak

Mahathir di-kutok di-segenap lapisan malah di-luar negara pun serupa, dia buat selamba aje, buat ta’ tahu. Sudah ta’ ada tempat lain nak merapu, dia pergi ke Lumut Perak, dia ingat tentera laut tu bodoh, mungkin dia ta’ tahu ada di-antara tentera laut tu mempunyai saudara mara yang di ISAkannya .

Terfikirkah dia ada negara lain sama dengan Malaysia ?????? Untuk menjamin keselamatan dan keutohan negara !!!! ISA mesti diadakan ? Apakah undang2 yang ada tidak menchukopi ?? Apakah polis dan tentera tidak menchukopi untuk membendong atau menentang Mujahid2 yang di-kata-kan itu ???

Dalam ingatan To' Perak, kalau tak silap le, RAMD saje dah ade 20 Battalion, ini tidak termasuk Ranjer, Peninjau, Meriam dan Komando. Begitu juga dalam TUDM, Wataniah. Apakah tentera Malaysia tidak cukop terlateh ??? Nampak-nye Mahathir menghina keupayaan keselurohan keupayaan tentera Malaysia baik darat mau pun Udara.

Dunia telah mengakui kebolehan tentera Malaysia khas-nya PBB. Ini terbukti sudah apabila tentera kita diamanahkan bertugas di Bosnia dan Somalia. Apakah merika ini tidak boleh bertugas dalam negeri ??? Lantaran itu ISA patut digunakan???????

Wahai !!!!!! pahlawan negara !!!!!! sedarlah !!!!!! Kini kamu diperbodohkan oleh Mahathir untok menjaga kepentingan-nya dan kedudokkan-nya. Dia menggunakan ISA untok menindas musoh-nya, apakah kepakaran tuan2 tidak di-akui ???? Berapa ramai-kah Mujahid2 yang ada di-Malaysia ?? Tidak mampu-kah tuan2 menentang Mujahid2 ini?????? Wahai perisekan tentera To' ingen bertanya !! Berapa Battalion Mujahid dan kekuatan senjata yang merika ada? Jika merika melebihi kekuatan Tuan2 semua, To' Perak setuju Isa di-lakukan.

Ini tidak !!! ampon maaf To' bercakap Mujahid2 umpama nyamok sekor, Marahkan nyamuk sekor habih kelambu di – bakor!!!! Marahkan musoh politek-nya Mahathir menggunakan ISA. Tuan2 tidak berma’ana bagi-nya, dia kerap bercakap , kita akan di-jajah, tuan2 nak tahu? Malaysia negara berdaulat. Negara mana yang ingen menjajah Malaysia!!!!! Mahathir perlu memberi tahu kepada raayat jelata, kalau negara luar Mujahid sanggop berhuang ini kan pula negara sendiri. Kalau tentera dan Mujahid tak cukop, To' Perak rasa sanggup lagi untuk memikul senjata !!!! walaupun telah lama menanggalkan baju celoreng itu, Wahai pahlawan ku ingat lah !!! sumpah kita, taat setia kita kepada raja bukan kepada Mamak Bendahara seko ni !!!!!dia telah banyak menghina bangsa Melayu … .Malah raja2 Melayu pun dihina-nya Apakah dia berbangsa Melayu ????? Bangsa Melayu tidak menderhaka !!!!!! Lihat sajalah kediamannya cuba kita bandingkan Istan Negara, Istana Iskandariah , Istana kayangan, Istana Maziah dan istana yang lain !! Bagaimana !!!!!boleh bezakan ??? Dia mahu yang maha2 belaka dia tak sedar dia pun raayat Baginda juga, apa perlu kah dia melebihi baginda sultan ? Bukankah Baginda Sultan tunggak Negara dan negeri ????? Kenapakah di-hena Sultan kami ??????

Sepatutnya putrajaya tempat bersemayam yang di Pertuan Agong bukan kamu wahai Mahathir !!!!!! Kamu hanya mentadbirkan Negara saja.. bukan untok menunjok kepada negara luar kamulah yang hibat, dari manakah datang-nya duit untuk membena Putrajaya ??????  bukankah wang raayat !!!!!! kami redha wang raayat di-gunakan untuk raja kami bukan kamu …..kerana kamu ZALIM !!!!!!!!!!!!!!

Untuk mengekalkan kuasa yang tinggal sediket itu kamu sanggup menzalimi musohmu dengan undang2 rimba , undang2 yang tak bertamadun.

Kepada Duli2 Tuanku, patek pachal yang hena memohon limpah kurnia tuanku jika tidak menjadi kemurkaan ke bawah duli Tuanku agar apalah kira-nya kebawah duli Tuanku memperkenankan pachal yang hena datuk Seri Anwar Ibrahim berubat ke-luar negara. Anwar Ibrahim masa kini amatlah udzor, kasihanilah ra'ayat Tuanku yang banyak berjasa kepada Negara. Tiada tempat lagi bagi patek memohon di-dunia ini ….hanyalah kepada Tuanku sahaja..Tuanku umpama payong kepada ra'ayat , ampun tuanku.

- Tok Perak

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!