.... UMNO MERACHUNI FIKERAN MELAYU DAN CHINA
Oleh: Tok Perak

Terima kaseh di-uchapkan kapada penyebar berita Mahathir khas-nya TV kerana menebarkan gambar2 patong Budha di-negeri Kelantan. Jadi ta’ payahlah To' Guru bersusah payah lagi menjelajah ke-segenap pelusok negeri memberi penjelasan tentang kebaikan Parti Islam jika ia memerentah. Kerana apa ? BN dah tulong kita berkempen tentang kebaikan Islam.

Kalau ta' kerana penyiaran gambar2 tersebut orang China ta' akan tahu apa yang sebenar-nya yang terjadi di-bawah pemerintahan Tok Guru. Terima kaseh !!!! terima Kaseh !!!!TV. Ini baru-lah adil nama-nya !!! Tunjok yang betol belaka.

Selama ini PM menghasot orang2 China supaya jangan menyokong PAS, konon-nya PAS radikal-lah , ekstrim-lah , ta’ boleh berjudi-lah, ta’ boleh minum arak dan macam2 lagi untuk menakut2kan orang China. Tapi kita lihat orang2 China di-Kelantan, merika hidop aman dan tenteram di-bawah pemerintahan PAS, ta' ada satu pun penindasan di-laku-kan terhadap merika baik dari segi agama mau pun budaya. Tapi yang paling istimewa orang2 China Kelantan tak serupa China tempat lain, mereka faseh berbahasa Melayu loghat Kelantan.

Apakah salah pada pandangan Umno dan PM sendiri dari segi kebaikan To' Guru???? Kepada ra'ayat Kelantan khas-nya orang China, To' Guru memberi sedikit kemudahan kepada merika, salah-kah To' Guru memberi sedikit tanah pada merika ???  Membenarkan pembenaan  berhala untuk ra'ayat-nya yang bukan Islam ???  To' Guru menjalankan tugas yang di-amanah-kan kapada-nya dengan adil dan jujor !!! Apakah itu menjadi kesalahan ?????

Sejak akhir2 ini kerap sangat orang2 Umno mengguna-kan TV untuk memperkatakan tentang Pakatan BA khas-nya PAS dan DAP, orang2 China sepatah pun ta’ berkata, sebalik-nya orang2 Umno pula yang sebok. Apakah merika menjadi juruchakap kapada orang China??? Malulah siket !!! Sepatot-nya orang Umno lebeh menjaga komponen-nya, jangan jaga tepi kain orang, lebeh baik jaga tepi kain sendiri.

Komponen BN terlalu besar !!!! Apa di-takut-kan pada BA yang hanya 4 parti saja !!! Umpama gajah dengan tikus !!! Haiii!!! Gajah badan mu saja yang besar, tikus yang kechil pun kamu takut.

Orang Umno ta’ ada kerja lain hanya pandai melaga2kan ra'ayat yang tak tahu berpolitik. Merika menghasut orang2 China supaya jangan bersekongkol dengan PAS dan dalam masa yang sama menghasut orang2 Melayu supaya membenchi PAS keran pemimpen-nya tidak pandai mentadbir-lah, tak mengota-kan apa yang di-kata-lah dan membenar-kan negeri-nya di-bena patong Buddha yang besar. Dengan kata2 ini jangkaan orang Umno, mungkin orang2 Melayu akan marah. Tidak !!! tidak !!! Jangkaan merika meleset !!! Kini orang2 Melayu telah bersatu !! Malah orang2 China pun serupa. Merika nampak dan tahu siapa yang betol dan siapa yang salah. Siapa adil siapa zalim. Ra'ayat boleh membuat perbandingan. CHUMA YANG TAMAK DAN BERTUHANKAN DUIT YANG SANGGUP MENYOKONG BN  !!!!!!

Di-mata dan hati orang2 Umno hanya kelihatan DUIT sahaja. Merika mementingkan DUNIA lebeh dari AKHIRAT. ‘Ada wang semua lapang, ada beras semua deras, ada duit Semua oraiit’ itulah pedoman hidop merika. 

Kami pendokong keADILan dan PAS ta' ingenkan itu semua, yang kami mahu adalah Keadilan sejati!!!!!!! Juga dengan izen Allah Subhanahuwataalla BN akan tumbang menjelang 2004. UMNO PUN MULA GULEN-PEREN. BIOR TUMPO SEKAPE TERUIH !!!!!!!!!!

Wahai ra'ayat Malaysia bukalah mata….. pandanglah jauh2…..bukalah mata hati dan minda … Fikerlah nasib anak, chuchu dan chichit kita yang akan datang…..JAUHILAH SI-TAMAK.. SI-FITNAH…SI-PENONGKAT LANGIT INI DARI PUNCHAK KUASANYA… NYAH  MAHATHIR !!!!! BEBASKAN ANWAR !!! BEBASKAN TAHANAN ISA !!!!!!!!!!

- Tok Perak

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!