TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL 
The Brotherhood and the Manipulation of Society
DIDIKLAH DIRI ANDA
Bhgn 1B - Persaudaraan: Mukaddimah
(Part 1B - The Brotherhood - Introduction)
Oleh: Ivan Fraser dan Mark Beeston

Sejak zaman Kitab Injil berpengaruh, pengetahuan agama yang terdapat secara kasarnya dalam kitab itu, sengaja tidak disebarkan dengan jelasnya kepada rakyat jelata di seluruh dunia. Pada tahap awalan, maklumat itu merupakan saki-baki pengetahuan yang berbentuk ‘Atlantean’ tetapi terpaksa disebarkan juga secara berdikit-dikit dan terus melebar kerana peristiwa besar-besaran seperti Banjir Besar. Pada keseluruhan tamadun itu, maklumat yang lesap telah dapat dipulangkan secara penyerapan beramai-ramai melalui kemunculan para nabi dan pendakwah. Beberapa pusat pengajian berahsia seperti ‘Essene Order’, memencilkan kumpulan mereka secara menyendiri untuk mengamalkan terus pengetahuan itu dengan cara mengamalkan beberapa peraturan yang pilihan. Mereka yang mengamalkan peraturan pilihan ini adalah merupakan pengamal ilmu ghaib dan ‘magi’ dan juga cendekiawan dan cerdik pandai, pengamal perubatan dan falsafah, seperti Pythagoras, yang dikatakan memang banyak dipengaruhi oleh budaya ‘Druid’.

(Catatan Penterjemah: Seseorang yang dipanggil ’Druid’ merupakan seorang ketua agamawan satu kepercayaan purba Celts di Gaul, Britain, yang telah berkembang di Britain dan Ireland. Fahaman itu telah diperangi habis-habisan oleh kerajaan Enpayar Roman. Julius Ceasar dan Tacitus pernah menulis aktiviti pergerakan ini yang memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anak muda pilihan ‘Gaulish’ kerana menjadikannya satu tugas penting terutama dalam pemahaman sajak dan gurindam mereka. Empayar Roman menghapuskannya kerana cara mereka berkumpul di hutan untuk upacara agama mereka dan kepercayaan menyembelih manusia sebagai korban. Saki-baki pengikut fahaman ini masih berkumpul secara rahsia dan menggunakan ‘Stonehenge’ sebagai pusat berkumpul pada tarikh tertentu setiap tahun.) 

Semua pengamal ajaran ini merahsiakan aktiviti mereka untuk mengelak daripada didakwa dan menentukan maklumat yang tinggi ilmu pengetahuan itu tidak jatuh ke tangan pihak yang mungkin menyalah-gunakannya. Ilmu pengetahun telah disalut dengan metos dan cerita dongeng, dan selalunya diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui lisan, seperti yang berlaku kepada puak ‘Celtic Druids’. (Di kalangan orang Melayu di nusantara, pengetahuan ini diperturunkan oleh penglipur lara.) Kalau adapun dokumen yang bertulis, ia dilakar dengan sulaman perkataan yang mempunyai makna rahsia dan makna kod itu diketahui oleh pengamal pilihan sahaja. Maka wujudlah kumpulan rahsia di merata dunia dan mereka mengamalkan rahsia persekongkolan mereka melalui isyarat tertentu dan pelbagai kod yang dapat mendedahkan tempat pertemuan mereka. Amalan ini masih dipraktikkan hingga ke hari ini di kalangan pertubuhan rahsia seperti kumpulan ajaran tertentu, Freemason, dan sebagainya.

Akhirnya, sebahagian besar kumpulan yang besar itu, yang pada tahap awalannya merupakan pecahan ataupun cawangan kepada kumpulan yang sama alirannya, mula menyimpang daripada kesucian amalan doktrin pertubuhan mereka. Semakin hari, usaha menyalah-tafsirkan beberapa kod dan metos serta kemunculan keinginan yang baru yang penuh keegoaan menyebabkan ramai anggota sesuatu kumpulan itu berpecah jauh daripada tujuan asal mereka; ada yang menyimpang sehingga menubuhkan satu pertubuhan yang taksub kepada sesuatu ajaran agama sahaja. Pengaruh keiblisan telah menunjukkan betapa pemahaman kepada sesuatu ajaran agama itu mencetuskan salah faham yang lebih serius daripada kebenaran asas sesuatu ajaran itu bebanding alasannya yang lain.

Segala perbezaan yang ketara sengaja dibesar-besarkan dan dilihat sebagai petanda penting yang menonjolkan sesuatu kumpulan itu berbanding apa juga persamaan yang ada dalam hubungan mereka ketika menganggotai pertubuhan yang besar sebelumnya. Ini adalah disebabkan salah-tafsir pengetahuan asas yang sama. Semua agama utama dunia ini pada awalnya mengongsi fahaman era jahiliyah yang sama asalnya, tetapi mereka telah secara berdikit-dikit berenggang ke kiri daripada pusat pertubuhan mereka di mana ‘Kebenaran’ masih bertahan. 

Namun demikian, beberapa sekolah yang benar-benar berahsia mampu bertahan sepanjang zaman di beberapa tempat di seluruh dunia. Pengamal silap mata Mesir purba, ahli-ahli falsafah Yunani purba, Kumpulan Celtic Druids, tukang sihir pribumi Amerika (Red Indians shamans), tukang ubat pribumi Australia, dan para silap mata orientalis telah meyimpan pelbagai rahsia ajaran lama yang ada sangkut paut dengan kejadian alam maya. Para pengamal ini lebih mudah dianggap sebagai manusia suci oleh masyarakat biasa dan mereka mampu hidup tanpa memikirkan masalah harian seolah-olah masyrakatnya memberikan galakan kepada mereka untuk mewarisi dan menyimpan obor rahsia terpendam yang dianggap kunci kepada peti muslihat kehidupan ini. Walau bagaimanapun, di kalangan kumpulan yang tinggi tahap rahsia persatuannya, kesedaran wujudnya rasukan syaitan telah berjaya mencengkam pengaruhnya terhadap manusia sehingga mencetuskan kesan yang sungguh memudaratkan.

Selama berabad, sejarah manusia adalah gambaran jelas mengenai pertelingkahan kuasa antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan alamnya. Dalam keadaan manusia mencuba menguasai lima tahap persepsi kehidupannya, yang membolehkan seseorang manusia mengetahui ilmu pengetahuan itu secara peribadi sudah menjadi satu motivasi utama, yang kerap dilihat sebagai bahan penting untuk hidup. Kewujudan setiap insan dilihat sebagai satu kemampuan seseorang yang paling bersedia, yang paling berkuasa, yang paling kaya dan inilah yang memanjangkan satu suasana tidak seimbang shingga muncul tahap rumusannya yang paling pahit apabila tercetusnya peperangan, pengabdian dan penghukuman. Dominasi kuasa melalui konflik dan kuasa memanipulasinya, telah menjamin kewujudan feudalisme yang berabad lamanya dan heiraki sosial yang bukan kepalang rupa bentuknya yang sungguh menjijikkan.

Untuk meneruskan cengkaman kuasa ketuanan ke atas masyarakat, para pemimpin zaman silam telah mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu, sama ada secara berhemah ataupun ganas. Ada satu kaedah yang diperakukan sebagai paling berkesan yang diamalkan oleh aristokrat yang memerintah di seluruh dunia sejak permulaan tamadun manusia hingga ke hari ini, adalah melalui pemerintahan kerajaan, perniagaan dan sistem beraja. Caranya ialah dengan menentukan rakyat tidak sedar rahsia sebenar kuasa yang ada di tangan mereka, menentukan mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah, menyibukkan minda mereka untuk mengenal pasti siapakah diri mereka sebenar sejak lahir lagi; memutarkan minda mereka melalui satu program pendidikan yang bersistem, di pelbagai bidang kehidupan mereka, kepada satu saluran di mana mereka merelakan segala usaha di mana hidup dan mati mereka adalah didorong untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin. Seandainya perkara ini dapat dilaksanakan sehingga orang ramai taksub memahami betapa inilah cara hidup mereka, sudah tentu mereka tidak akan mencabar status quo itu.

Sistem kehidupan kini telah direncana sepanjang zaman oleh kumpulan rahsia yang begitu tidak seimbang itu dengan tujuan mahu mempertahankan kekayaan dan kuasa mereka. Merekalah yang merencana sistem itu dan hanya mereka yang tahu setiap pertalian individu dalam setiap rantaian yang sudah lama menghamba-abdikan kita sejak berkurun lamanya. Hari ini, kita melihatkan satu rangkaian persatuan rahsia di peringkat sejagat, beberapa kumpulan yang mengamalkan perkara yang ‘ghaib’, dengan tujuan utamanya ialah memuaskan kehendak Syaitan. Kita kerap terdengar beberapa frasa seperti “Sebenarnya, orang yang kaya-raya yang menguasa dunia.” Tetapi berapa kalikah kita yang sedar ketepatan kenyataan itu dan kesannya yang menyeluruh?

Dengan berbekalkan jumlah wang yang menggunung banyaknya dan ilmu keagamaan, rangkaian persatuan rahsia yang negatif sifatnya telah naik melonjak sebagai kumpulan aristokrat dunia. Kuasa, kekayaan dan maklumat telah mereka perolehi dan perkasakan melalui peperangan, penindasan, dan terutama sekali pada abad yang lalu, dengan cara menguasai sistem ekonomi dunia. Semua oraganisasi ini secara bersekongkolan, adalah mengikut telunjuk kepimpinan ketua Elit sejagat, yang dikenali dengan panggilan ‘Brotherhood’ ataupun dalam Bahasa Melayu kita panggil ‘Persaudaraan’. 

(Catatan penterjemah: Ada seorang penulis Melayu (nama penanya ‘marhaintua’) yang menterjemahkan perkataan ‘Brotherhood’ ini dengan istilah ‘MUSIBAT’ kerana kesannya yang membawa ‘MUSIBAH’. Alasan beliau kerana tidak mahu disalah-ertikan dengan ‘Persaudaraan dalam ajaran Islam’ ataupun pergerakan ‘Persaudaraan Islam’ yang disebut Ikhwanu-ul-muslimin, ataupun ‘Muslim brotherhood’ - terpulang kepada WM Marhaen menilainya dan membuat pembetulan di mana perlu!!!!)

Kebelakangan ini, tidak sukar untuk menganggotai beberapa persatuan rahsia yang ada kaitannya dengan ‘Persaudaraan’ (dibaca: musibat selepas ini - M@RHAEN) ini. Calon anggota sengaja dipilih dengan teliti dan dipelawa menjadi anggota kelab ekslusif yang tertentu, seperti Freemasons dan beberapa kartel perniagaan tertentu yang memberikan keuntungan yang dikongsi bersama, dan semua pertubuhan ataupun insitusi ini adalah topengan kepada pergerakan monopoli Musibat/Persaudaraan. Para calon diberikan janji manis betapa, setelah diterima menjadi anggota persatuan, banyak faedah peribadi akan diberi: janji prospek kerjaya dengan kenaikan pangkat yang mudah, cara hidup yang lebih mewah dan keupayaan melihat segala halangan mencapai kejayaan disisihkan. Dengan lain perkataan satu jaringan ala ‘persatuan murid tua’ akan menentukan segala kejayaan itu.

MUSIBAT ini mempunyai cara untuk membesar dengan kemewahan hanya dengan menentukan dunia sejagat terus keliru siapakah mereka sebenarnya. Caranya ialah dengan meyakinkan manusia, mereka sebenarnya adalah laksana robot, yang mampu memperkasakan kuasa mereka sehingga ke akar umbi. Kuasa memang selalunya mencari tambahan kuasa dan tidak akan berhenti sehingga semua kuasa itu tertumpu dalam rangkulan pihak yang mempunyai nafsu serakah yang paling hebat sekali.

Pada abad lalu, dengan melonjaknya kemajuan teknologi, terutama sekali dalam industri komunikasi, si‘Elit’ telah berusaha memacu cita-cita mereka lebih tangkas lagi dengan cara yang lebih tegas dan tujuan yang amat jelas. Penubuhan satu kerajaan sejagat; satu matawang dunia dan perbankannya; satu pasukan tentera sejagat; pengawal pemikiran rakyat yang dilaksanakan dengan pengeluaran kad ‘microchip’ (kad kecil yang dilengkapi chip yang mengandungi bermacam maklumat) yang boleh dipantau oleh komputer pusat; kemusnahan sebarang alternatif kepada ‘Sistem’ itu; dan dalam memperkenalkan semua itu ada peluang membalun wang yang banyak sekali. Rencana dajal oleh ‘Elit’ ini sudahpun menjadi lebih dikenali oleh para penyelidik sebagai ‘Oder/Ode Baru Dunia’ (The New World Order).

Keadaan heiraki Elit, memang amat kompleks kerana segala aktiviti adalah disungkupi oleh beberapa oraganisasi yang besar-besar yang mempunyai pelbagai tahap rahsianya. Semuanya dilakar berasaskan ‘Prinsip Piramid’ di mana di bahagian atasan dianggotai segelintir anggota Elit sahaja yang memain peranan ‘serba-memerhati’ dan serba menguasai dari peringkat teratas sehingga menurun ke peringkat terbawah di mana keanggotaannya memang banyak sekali, tetapi tidak arif akan agenda sebenar yang dilakar dan diawasi dari atas. Proses saringan pelbagai tahap daripada bawah naik ke atas, dapat menentukan betapa mereka yang mempunyai cita-cita yang paling tinggi dan nafsu serakah yang paling ganas ditapis untuk menduduki kedudukan pilihan yang mempunyai kuasa dan pengetahuan apakah agenda yang ‘ultimo’ (muktamad) sebenarnya. Proses ini dilengkapkan lagi di setiap tahap kenaikan itu oleh konsep ‘Compartmentalisation’ (pengekangan) yang melibatkan penguatkuasaan prinsip ‘the need to know’ (keperluan mengetahui) - dengan cara ini mereka yang berada di satu tahap heiraki itu tidak tahu semuanya yang mungkin difahami oleh rakan MUSIBAT sealiran ataupun peranan beliau itu dalam rencana induk pertubuhannya. Sebahagian besar manusia yang bertugas untuk memperkasakan sasaran Elit dalam sistem Ode Baru Dunia, menjalankan peranan mereka tanpa menyederinya. Cuma segelintir yang sentiasa mengerjakan peranan mereka berulangkali mungkin dapat secebis imbasan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Amerika Syarikat telah ditubuhkan oleh si Elit dengan tujuan utamanya untuk melaksanakan rencana menguasai dunia. Inilah negara yang merupakan pusat roda yang berputar untuk menentukan pengaruhnya. Christopher Columbus dan rombongan penerokanya telah dibiayai dengan penuh sokongan oleh Brotherhood/MUSIBAT. Kain layar kapalnya yang besar memaparkan satu lambang salib bewarna merah di atas kain berwarna putih melepak. Inilah lambang kumpulan ‘Knights Templar’ – satu aliran satria yang mempunyai undang-undang tersendiri yang akhirnya bertukar nama menjadi Freemasons dan sebagainya. Mereka ini menggunakan lambang pergerakan dalam bentuk sekuntum mawar merah ataupun salib merah menghiasi latar berwarna putih sebagai simbol darah dan cecair mani – yang merupakan bahan penting dalam upacara memuja Syaitan.

Hampir satu abad sebelum Columbus, pertubuhan ‘the Templars’ telahpun sampai di pantai Amerika Utara dan telahpun berdagang sehingga mampu menguasai pribumi di tanah besar itu. Sejak pendaratan mereka, sejarah USA (Amerika Syarikat – AS) adalah merupakan sejarah yang begelumang dengan penghapusan kaum, penguatkuasaan kuasa, hamba-abdi, eksploitasi beramai-ramai, dan mendewakan kekayaan. Presiden Amerika secara umumnya dianggap sebagai manusia yang paling kuat kuasanya di dunia ini, adalah seorang hamba kepada kesetiaan utamanya - MUSIBAT. Walaupun dia mungkin belum naik ke tahap tinggi piramid pertubuhannya, adalah lebih bijak seandainya berselindung di sebalik mekanisma korupsi secara tidak dikenali dan mendalangi tali-temali manipulasi dengan cara ini.

Saya tidak berniat mengutuk mereka ini semua kerana mempunyai kepercayaan begitu – semua orang harus bebas menganut sesuatu sistem yang diyakininya – tetapi saya dapat merasakan mereka memang sudah jauh tersesat ketika cuba mendominasi golongan majoriti dengan cara menyorokkan perkara yang benar dan suci. Mereka telah merelakan diri menjadi hamba abdi untuk didalangi oleh pergerakan dajjal yang semakin hari semakin galak menggonggong bumi ini ke bibir kehancurannya.

Adalah satu usaha yang sukar untuk membentangkan maklumat ini secara terperinci disebabkan berkecamuknya hubungkait antara manusia, pertubuhan dan upacara. Usaha telah dibuat untuk memudahkan keadaan menjadi sesuatu pendedahan yang terurus. Namun ia merupakan usaha yang secebis sahaja, laksana kemuncak gunung airbatu, demikian sukarnya usaha itu. 

Haruslah diingatkan, tidak ada yang kekal hitam ataupun putih, dan setiap insan dilahirkan dengan fitrah yang sama – suci dan bersih. Manusia mencetuskan perbezaan yang mudah sebagai sebahagian konsep memanipulasi yang menggalakkan kita mengadili jiran-tetangga semata-mata mahu mencetuskan perbalahannya.
 

...Bersambung ke Bahagian 1C: (The Main Manipulating Groups)

Terjemahan oleh: Haji Muallim Toyiban

  • Ke Kompilasi Mahathir dan Freemason


  • FREE - An online program to make a huge income. more info
    (javascipt enable browser only)
    Click Here!
    http://e-umno.tripod.com/