TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL 
The Brotherhood and the Manipulation of Society
DIDIKLAH DIRI ANDA

Bhgn 1A - Persaudaraan: Mukaddimah
(Part 1A - The Brotherhood - Introduction)
Oleh: Ivan Fraser dan Mark Beeston

Sesiapa menguasai yang silam, akan mengawal masa yang terpendam: sesiapa yang menguasai waktu semasa, menguasai khazanah silamnya.” (daripada ‘1984’) George Orwell.

Bermulanya kita menyedari kehadiran ibu dan bapa bererti bermulalah kita diasuh cara hidup kehidupan ini. Bukan disebabkan kekurangan kita, ibu dan bapa memulakan program pengasuhan itu mengikut fahaman mereka, yang dibentuk oleh tahap pendidikan mereka, aturkerja dan media yang disogokkan dalam hidup kita. Pendidikan formal di sekolah, maktab dan universiti meneruskan suntikan indoktrinasi yang berterusan di mana pandangan dan ajaran yang ‘betul’ serta tafsiran sains, sejarah dan kemasyarakatan berakhir dengan keputusan peperiksaan dan keupayaan kita untuk meneruskan hidup ini. Apa juga pandangan alternatif dan penolakan pendidikan yang disogokkan berakhir dengan pekerjaan yang berkurangan dan satu pertembungan menentang kemiskinan. Keseluruhan fahaman kita mengenai dunia dan pergolakannya disaring dulu melalui media massa, mengikut tafsiran para wartawan dan apa yang dikenali sebagai pakar media. Pendapat mereka menjadi pendapat kita hanya kerana kita tidak diberikan sebarang alternatif. Untuk melayari hidup dan masalahnya di kalangan masyarakat harian, kita terpaksa bergantung harap kepada wakil rakyat setiap kumpulan manusia. Kita merelakan kuasa membuat keputusan kepada manusia jenis ini yang semakin memencilkan diri mereka, sedangkan kuasa majlis tempatan semakin betukar tangan kepada kerajaan pusat seperti yang menjadi amalan di Eropah.

Pengalaman kita tentang kehidupan ini menjadi penentuan oleh rangkakerja yang disediakan oleh masyarakat yang terdekat. Tanggapan asasnya ialah setiap matlamat hidup setiap individu itu seharusnya merupakan sekelumit bahagian dalam satu jentera sejagat dunia pengguna (konsumer) yang dipimpin oleh syarikat besar dan bank-bank bertaraf multinasional kepunyaan Barat. Setiap pertimbangan alternatif adalah tertakluk kepada motivasi perdana yang dihayun oleh keuntungan. Jelas, mereka yang berkedudukan di persada yang punyai pengaruh – ahli politik, pegawai bank dan pengendali pergerakan dana (seperti Raja Genting yang sedang nazak di Hospital Singapura) eksekutif korporat (dan keparat seperti di Malaysia), taukeh media (seperti Ting batang penyapu di Sarawak, Zam Mamak di Utusan Melayu dan Dolah Komunis di NST) – telah berjaya selama ini, melakar sistem yang mereka iktiraf sebagai pencetus kejayaan, sehinggakan mereka sentiasa ghairah mempertahankan status quo (keadaan yang sama tanpa berubah) dengan apa jua caranya. Inilah rangkakerja yang membentuk setiap aspek kehidupan kita melalui pendidikan, media, rawatan kesihatan, budaya dan kegiatan sukan, agama dan banyak lagi.

Dengan terbentuknya keadaan dan sistem yang mengawal kehidupan ini, maka bergeraklah Sistem itu secara tersendirinya; orang perseorangan yang mempunyai sikap yang serasi dengan Sistem itu akan meraih kejayaan dan pengaruh daripadanya; mereka yang menerima peraturan ‘establishment’ (kuasa-lembaga) seterusnya dapat mencari cara untuk mengamalkan peraturan itu; sedangkan mereka yang buta kepada kenyataan putarbelit konsumerisme dapat mencapai kedudukan untuk menggalakkannya. Betapapun rangkakerja itu dikuat-kuasakan, hakikatnya ialah sikap yang serupa itu telah mengawal sistem pendidikan, media, kerajaan serta bank dan seterusnya menekan satu pengaruh yang tidak boleh ditepis apabila ia menguasai setiap aspek kehidupan kita, pemikiran kita dan pandangannya.

Sebilangan besar penduduk dunia ini merupakan insan yang hidup persis kambing biri-biri yang ceria mengikuti rentak dan ragam perjalanan kumpulannya. Apa jua yang tersiar di media dalam bentuk yang diminati dan diingini oleh massa seterusnya secara spontan akan menjadi barang ikutan yang diminati oleh massa. Apa juga yang dimiliki oleh jiran kita ataupun pencapaian mereka menjadi bahan yang mencetuskan cemburu besar yang menggerakkan nafsu serakah kita yang mencuit perasaan bahawa itu seharusnya menjadi hak kita juga. Lantas, setiap kali kita diunjukkan satu jawapan kepada satu masalah, apa juga jalan penyelesaian usang yang mengganggu keperluan kita untuk mengikuti cara terbaru, akan kita terima tanpa soal-dan-tanya tanpa menyelidik dulu kesahihannya secara usaha sendiri.

Apabila masalah wujud merata-rata, tentulah wujud cara penyelesaiannya. Tetapi selalunya, pilihan penyelesaian itu merupakan yang paling mudah dan paling menguntungkan yang menjadi pilihan majoriti manusia sedangkan golongan minoriti akan terhimpit dan terkekan oleh arus menggila yang cuba merangkul lambang pendewaan yang terbaru. Laksana biri-biri yang mengekori secara buta tuli tanpa tandatanya halatuju kelompok sekawannya, kitapun dirangsang melintasi pintu masuk kandang untuk dikawal oleh si gembala sehingga tiba masanya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhirnya. Itupun diakuri tanpa banyak soaljawab dan ceria dengan kesedaran bahawa kita adalah antara kumpulan yang ‘ikut-turut’, memasuki gerbang rumah sembelihan. Walau bagaimanapun, rangkakerja ini bukannya dilakar secara sambil lewa sahaja ataupun wujud secara kebetulan. Ia merupakan satu dasar yang dirancang dan telah dilaksanakan beberapa abad lamanya dan akan terus diamalkan sehingga menghasilkan pantulan yang bergema dan ada sialannya pada masakini. Sesungguhnya, identiti para gembala ini dan sistem serta kaedah dan motivasi mereka yang menjadi bahan tulisan kita dalam bab seterusnya.

Bersambung....... Ke Bahagian 1B: Kumpulan Pemanipulasi Utama (The Main Manipulating Groups)
 

Terjemahan oleh: Haji Muallim Toyiban
(Hak penerbitan terjemahan diberikan khas kepada M@RHAEN dan laman web sekutunya - MR & FKM2)
 

  • Ke Kompilasi Mahathir dan Freemason


  • FREE - An online program to make a huge income. more info
    (javascipt enable browser only)
    Click Here!
    https://e-umno.tripod.com/