.... TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (236)
LIKAS- Tentera, Polis, Ketakutan dan Gangsterisme UMNOBN
Oleh Spirit of Truth

Pilihanraya kecil Likas telah merupakan satu bencana yang disungkupi penipuan dan salahlaku, di mana tentera, polis, suruhanjaya pilihanraya, jabatan pendaftaran, agensi kerajaan, wang, sogokan telah disalah-gunakan dan dilacurkan tanpa tepian, tanpa segan-silu semata-mata kerana mahu memenangi satu pilihanraya sebagai hadiah kepada seorang pemimpin politik yang telah melakukan jenayah besar bersiri sedangkan rakyat telah lama menolaknya dan terus membenci. Adalah sesuatu yang menyayat hati menyaksikan kereputan negara menjadi sebuah negara berstatus pariah, yang semakin berunsur totalitarian dan sungguh zalim, terperangkap secara paksa oleh UMNOBN dalam tipu muslihat salahguna kuasa. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara sebelum ini, di mana setiap institusi kerajaan telah disalah-gunakan oleh seorang penzalim yang mempunyai hanya satu agenda untuk terus bernafas lega dalam dunia politiknya tidak kira apa cara jua. Negara ini serta rakyat jelata, pentadbiran yang baik-baik dan etika berpolitik yang molek, dan segala nilai murni yang cantik boleh pergi jahanam masuk neraka, asalkan si bedebah ini mampu terus bernyawa dan bebas daripada sebarang usaha menangkapnya kerana segala jenayah yang melambak banyaknya. Antara jenayah yang berat itu termasuklah salah-guna kuasa polis dan badan kehakiman negara ketika menangkap dan mengenakan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim yang tidak pun berdosa.

Pilihanraya Kecil Likas, satu lagi kegagalan UMNOBN

 Pilihanraya kecil Likas yang baru berakhir, menunjukkan betapa UMNOBN sudah semakin kejam dan ganas. Usaha menakutkan para pengundi dengan kehadiran besar anggota tentera, polis dan samseng-samseng UMNOBN telah berjaya menakutkan para pengundi, sehinggakan hanya pengundi yang menyokong ataupun mudah disogok yang keluar mengundi. Daripada jumlah 26,000 pengundi berdaftar, hanya setengah yang datang mengundi sehingga membantutkan rencana UMNOBN untuk berlagak bahawa mereka sudah menang besar. Pengundi hantu yang merupakan setengah daripada pengundi BN yakni lebih-kurang 4000 ramainya, telah membantu BN menang secara menipu. Sebenarnya UMNOBN hanya mendapat 5000 undi, yang lain adalah pengundi hantu. 5000 undi daripada 26,000 adalah merupakan kurang dari 20% dan dengan peratusan yang kecil itu mereka berlagak sombong dalam media, membohong rakyat jelata yang mereka menang besar juga. Inilah contoh politik Mahathir yang semakin mereput, yang penuh penipuan, pembohongan dan kerap mengugut membuatkan orang takut. Inilah musibah yang melanda negara disebabkan wujudnya sebuah regim yang korup. 

 Mahathir menghancurkan negara dan menjadikannya negara pariah

 Kini, satu generasi rakyat Malaysia sedang terkapai-kapai menyaksikan dengan perasaan yang kusut masai keruntuhan sebuah negara; baik dari segi moralnya, ekonominya ataupun politiknya. Kerajaan yang diterajui oleh Mahathir yang zalim ini telah menghamba-abdikan kedaulatan undang-undang menjadikan badan kehakiman sebagai khadam kepada penguasa. Para hakim yang mengeluarkan penghakiman telah diberi amaran, dan dipaksa mengikut arahannya sahaja. Pasukan polis yang mengikut perlembagaan diarahkan menjaga keselamatan negara dan menguat-kuasakan undang-undang secara profesional telah menjadi alat yang mudah kotak-katikkan oleh regim yang gila ini. Polis cawangan khas (SB) telah memainkan peranan sebagai pengganyang rakyat, ‘spy’ ataupun perisik yang mengekori marhaen, mencari-cari kalau ada unsur-unsur yang memusuhi Mahathir, mengugut sesiapa sahaja dengan deraan dan keazaban, menangkap mereka dengan tuduhan yang sengaja diada-ada, menuduh mereka sebagai anti-kerajaan. Begitulah teruknya keadaan negara, setelah dirasuk dengan teruknya oleh seorang penzalim yang korup dan tidak bermoral, yang telah menggunakan waima secebis kuasa yang masih ada untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap dan dipenjarakan kerana segala jenayah yang melambak kini. Pilihanraya yang penuh penipuan di Likas adalah satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Mahahtir. Keengganan mengnyahkan pengundi hantu, kedegilan menyekat Yong daripada bertanding semula walaupun wujud penghakiman terhadap beliau, menggunakan tentera dan polis untuk menakutkan dan mengugugt rakyat jelata, menyogok dan membeli undi adalah segala jenayah yang dilakukannya. 

 Mahathir tidak boleh kalah melalui peti undi tetapi mesti dihumbankan

 Penyalah-gunaan tentera, polis, sogokan, kesamsengan di Likas menunjukkan bahawa pilihanraya bukanlah satu cara yang berkesan untuk mengnyahkan diktator zalim yang semakin ketakutan ini. Dia mesti dihumbankan kalaulah kita mahu menyelamatkan Malaysia. Membiarkan negara mereput disebabkan kekejaman seorang diktator yang tahu memerintah hanya melalui budaya takut dan rasuah, akan mengundang musibah dan bencana sosial untuk negara. Mahathir tidak akan mengundurkan dirinya, dia akan terus bergayut kepada kuasa untuk terus hidup. Seperti juga para diktator lain dia akan tentukan kuasa akan terus ada di tangannya, untuk menyelamatkan diri dan suku-sakatnya sekali, termasuklah segala bahalol yang dikira para kroni. Penipuan pilihanraya kecil di Likas oleh UMNOBN sepatutnya menjadi satu iktibar kepada BA. Serang Mahathir dan tangkap dia, selagi dia berkuasa, segala proses pilihanraya adalah satu jenaka sahaja. Tidak ada pilihanraya yang demokratik yang dikira sah di bawah pentadbiran Mahathir. Dia sudah menjadi seekor harimau yang luka, ketakukan sentiasa dan memikirkan cara mana membaham musuhnya untuk terus bernyawa.

 Rakyat Malaysia Mesti Berkeras Dengan Mahathir

 Carilah cara dan upaya untuk berkeras dengan bedebah zalim ini. Kalau boleh henyaklah dia sekerap yang terdaya supaya dia akan naik takut dan cabut. Hentikanlah sikap berfoya-foya menari mengikut tandaknya, dia mahu rakyat menghormati demokrasi sedangkan dia mengamalkan sikap seorang diktator . Dia mahu kita mematuhi undang-undang sedangkan dia melanggari undang-undang. Dia mahu kita taat setia kepadanya sedangkan dia memusuhi kita. Kita mesti memeranginya di balapan yang setara. Lawan dia setara kekuatannya. Kalau dia cuba menakutkan kita, tibalah masanya kita manakutkan dia pula. Kalau dia putarbelitkan minda kita, kita putarbelitkan minda dia pula (itupun kalau masih ada otaknya – penterjemah). Kalau dia cuba “menyedarkan” kita, kita sedarkan dia pula. Memang tidak ada satupun strategi yang demokratik yang mampu melawan seorang diktator yang zalim.

 Mahathir adalah seorang penjenayah yang mesti ditangkap

 Penipuan pilihanraya Likas sekali lagi membabitkan Mahathir. Dia telah melanggar undang-undang dengan menggunakan tentera untuk menakut-nakutkan para pengundi. Dia telah salah-urus suruhanjaya pilihanraya, dan menyalah-gunakan agensi kerajaan. Mengikut undang-undang, semua ini adalah jenayah berat yang membawa hukuman berat juga. Membiarkan beliau bebas bererti kita bersubahat dengan jenayahnya. Marilah sama-sama serang dia, tangkap dia secara mengejut dan bawa dia ke muka pengadilan. Hanya dengan cara ini Malaysia boleh diselamatkan daripada segala kezaliman yang jijik dan mengazabkan itu.

  Semangat Kebenaran

Terjemahan oleh: SPAR

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INISEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!