.... Sekapur Sireh Dari Indera Kayangan N.8
Oleh: Sorayanii

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh

Sekapur Sireh Daripada Indera Kayangan N.8

Salam Reformasi Salam Sejahtera dan Salam Aidilfitri pohon Maaf Dzahir Dan Batin pada Web Masters Laman Laman Web Pro Reformasi, Para Para Netters dan Saudara Saudari pendokong Reformasi @ BA 2004 berkemungkinan 2003.

Tidak ketinggalan juga para DJ2 @ RMP yang sentiasa di hati moga tahun 2002 kian dihadapi lebih mencabar. Sebelum gelanggang dibuka, lidah dihampar menggulong kata kata…………….Salam AidilFitri  pohon maaf dzahir dan batin dipinta. 

Lama juga tidak bersua, apabila melangkahnya Rejab Sya’aban dan Ramadhan mata pena terhenti menulis, bukan kekeringan dawat bukan terputus ilham yang tersirat…….. tetapi hanyalah sebagai  menghormati ketiga tiga bulan justeru urusan duniawi yag perlu diselesaikan didunia, Alhamdulillah, telah selamat dibereskan dan berkesempatan melakukan urusan duniawi untuk menampung bekalan ukhrawi…. 

Sebenarnya banyak perkara yang nak di tulis tetapi masa begitu menyempit tiada ruang untok menulis. Nah!!!! sekarang tiba masanya ……menjelang Pilehanraya kecil DUN INDERA KAYANGAN N8 Kingdom of Ben Kassim.

Drama sensasi Senario datang lagi kali ini berganding JV dengan Gerak Khas the Movie yang tragis sekali. Kali ini dengan nada lain, tajuknya sensasi sekali, berbunyi “Komplot Membunuh PM dan TPM”, ohhhh hancur luluh… terkejut besar puak puak UMNO/BN @ DUN INDERA KAYANGAN…..Penangis penangis upahan dan perayu akan ke hulu ke hilir meraih simpati Rakyat M@rhaen DUN INDERA KAYANGAN  lakunannya seperti filem Ala Hindustan termaklumlah 90% penduduk Melayu Indera Kayangan peminat setia Filem Hindustan …katakan!!! Hi…hi…hi…woww. Ini lah gimik politaik yang akan melanda INDERA KAYANGAN. Mereka mencari tuning switch  supaya rentak dan irama diselaras dengan hati hati Rakyat M@rhaen INDERA KAYANGAN yang terkenal dengan lemah lembut dan bersopan. Keadilan/BA kalian bersiap sedia lah dengan  “sapu tangan sutera” sebanyak mungkin. Kertas tisu tak main le Bang Azmin!

Kalau diperhati pada dialog ia berbunyi begini…. jawapan Che Det kepada pemberita selamba “Saya tak tau...” sahut PDrM pula “saya tak tau….” bila di ditanya pada Rakyat M@rhaen “depa pun tak tau… kami nak ambil tau buat apaaa!!!

Cukuplah tuuu!!! Che Det, simpati dan maruah bukan semurah itu jika nak dicagar dengan dosa pembohongan yang telah kamu lakukan terhadap Rakyat M@rhaen
 
Wahai Mahathir!!! Sila ke Indera Kayangan Kingdom of Ben Kassim, lihat lah sendiri bagaimana puak puak UMNO/BN bercakaran jesteru membunuh karier seseorang dengan zalim sekali jangan perhati pada apa yang ada didepan pentas yang sentiasa dihias indah jenguk jenguklah apa yang ada dibelakang pentas… banyak yang tersadai……… Kesian ye!. Mereka senyap senyap menyokong Barisan Alternatif

Daripada mengenang nasib yang tidak tentu arah dan halatuju lebih baik fikir tentang Shahidan yang tidak pernah cukup peruntukan bagi membiayai projek dikampong kampong. 68 juta + 1juta coming soon belum tentu mencukupi kalau jalan ditar pun tidak sampai depan tangga. Dengar khabar di Kubang Pasu jalan tar nya sampai ke tangga tetapi kalau di Indera Kayangan  jika tar sampai depan tangga alamat kontraktor berkenaan kenalah tanggung kos sendiri terpaksa keluar duit poket, untung menghilang rugi yang ditatang hi… hi… hi…woww 

Negerinya sebesar tundun Datin Hasmah tetapi masih mampu menanggung hutang Kerajaan Pusat yang menjengkau 100 juta, nak bayar dengan ape tuuu!!! Harapkan cukai yang mencekik keatas ketulan batu dan kepalan tanah nak bayar hutang sampai kiamat tak akan selesai Harapkan pelabur dapat melabur pelbagai MOU di sign nya 10%-15% sebagai syarat IOU maka pelabur yang tengah pacak tiang kilang pun akan lari lintang pukang. Nak diharap pada pelancong asing Negeri Perlis Indera Kayangan indah khabar dari rupa hanyalah sebagai laluan bukan hentian para pelancong malahan sebagai laluan pada pelancung dalam negeri, akan terus kehujung negeri iaitu Wang Kelian dan Padang Besar sebagai sasaran untuk membeli belah dengan peniaga peniaga Thailand  yang menawarkan harga yang lebih murah 

Negeri Perlis Indera Kayangan adalah satu satunya negeri yang suka meminta-minta tidak seperti Kelantan dan Terengganu yang banyak memberi kerana membersih taik yang ditangguk oleh kerajaan negeri Barisan Najis (BN) sebelum BA memerintah. Malahan Terengganu telah banyak memberi sedekah jariah menyumbang balik kepada Kerajaan Pusat dengan Wang Ehsan Rakyat M@rhaen  Terengganu bagi menjana dan merangsang Ekonomi Negara yang kian menyepi.

Kepimpinan Negeri Perlis (BN) memanglah hemoii (muka tak malu) mereka adalah politikus …….yang sentiasa menikus takut pada bayang-bayang sendiri malahan terkejut dan melatah sesama mereka. Minda pemimpin UMNO/BN Perlis hanyalah sekadar berpolitaik dan tidak lebih dari itu kalau memberi sumbangan hanya semata mata membersih tong taik yang bergelumang, minta jasa mereka dikenang dengan segera bukan untuk membersih jiwa yang mengharapkan keredzaan Allah SWT. Mereka tidak pentingkan pembangunan minda rakyat, jatidiri rakyat dan jayadiri rakyat M@rhaen mereka hanya pentingkan pembangunan kampong justeru menutup minda rakyat dengan diturap jalan tar, peparitan yang sistematik dan sebagainya.

Itu semua adalah hak Rakyat M@rhaen yang berhak menuntut tanpa dipertikai lagi. Sumber Belanjawan Negara adalah hasil dari cukai ke atas Rakyat M@rhaen yang telah berusaha berganding memerah otak dan tenaga  berserta kebijaksanaan mereka demi memajukan sesebuah negara. Mereka dipileh oleh Rakyat M@rhaen sebagai pemimpin untuk membimbing Rakyat M@rhaen kesatu arah dan arus perubahan yang membina secara bersama bukan nya pembangunan yang meruntuhkan Ekonomi Negara dan mengheret rakyat M@rhaen terpinga pinga kedalam runtuhan. 

Mereka juga bertindak dengan cukup kurang ajar setelah dipileh menjadi wakil rakyat telah berubah menjadi TUAN PADA RAKYAT M@RHAEN mereka telah menggunakan jarum dan tali yang sangat halus tanpa disedari bahawa hidung telah dicucuk, lembu yang meronta akan melenggang mengikut rentak TUANnya melenggok. Kesian ye !!! Ada Rakyat M@rhaen Indera Kayangan yang masih belum sedar. Bagi mereka yang masih belum sedar dan insaf proses usaha mendapatkan jalan tar dan tanah merah adalah satu perjuangan yang sangat besar pengertiannya. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pergerakan New Millenium bertanggapan bahawa perjuangan untuk memperolihi nya adalah satu perjuangan yang sudah lapuk dan kuno.

Walau bagaimana pun agenda politaik UMNO/BN yang sedang menyesak nafas kian menyerlah, keganasan akan menjadi tajuk utama dalam siri provoke mereka, demi menakut nakutkan pengundi pengundi bukan  Melayu. Sekiranya kemenangan memihak pada Keadilan/BA. Nescaya pihak kepimpinan tertinggi Barisan Alternatif akan menerima padah; ditangkap borong dan di tahan tanpa bicara, lampu kuning sudah jelas, dan sejarah sudah ternyata dan terpahat, UMNO/BN sememang nya penzalim yang berselindung dan penginiayaan adalah hak mutlak  menjadi budaya dan darah daging mereka.

Sekian dulu ditangguh buat sementara….akan disambung

Sorayanii. UMNO/BN Purba 
Perlis Indera Kayangan Kingdom of Ben Kassim

27 Disember 2001


FREE - An online program to make a huge income. more info 

 
Click Here!