.... Wahai Para Deklamator
Oleh: Sorayanii

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Reformasi Salam Sejahtera saudara-saudari sekelian

…berkesempatan mengucap tahniah dan selamat ulang tahun DJ2@RMP Yang Kesepuluh,moga-moga tercapai maksud yang dilirik…..

Wahai Para Deklamator,
Deklamasi Puisi Angkasapuri 2001…....

Seandainya segenggam beras menjadi impian,
sesuap nasi menjadi harapan 
usah dimimpi membayangkan perjuangan 

kerana yang dulu …perjuangannya  tulus
kerana yang dulu….pergorbanannya telus 
tak berkecai dihempas tak empuk direbus 
Ungkapannya ikhlas membelakangkan fulus 

Kerana siapa kalian berutus?
Berselang seli bertali arus 
Hanyalah membuai hati pada yang gila meratus 
Satu bingkisan terurai ganjaran beratus

Nah sekarang, sogok yang melulus 
Jatidiri kian kering mengurus 
Angkara siapa yang berurus ?
Persapaan hanya pada yang tiada melurus 

Maukah kalian menjerumus ?
Dipersilakan bawa watikah mu kejurus 
Jiwa kami sentiasa menghunus 
Tiada meluntur… tiada terhapus 
Hanyalah Allah Maha Kaya yang melupus…….
 

Sekian Wassalam

Sorayanii
UMNO Kuno 
3 Sep 2001

…ingatlah kalian Purnama Sembilan ….
    Reformasi dilaung menuntut keadilan

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!