.... Permata Yang Hilang… kembali menyinari
Oleh: Sorayanii

Bismillahirrahmannirahim……
Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Reformasi untuk saudara / saudari sekelian 

Permata Yang Hilang… kembali menyinari

Sorayanii Ingin menulis lagi…. kali ini tentang seseorang individu yang unik dimana ketokohannya makin menyerlah bukan untuk dipuji tetapi untuk ditatap maklum dan perhatian para reformis dan para BA  khususnya Para BA Negeri Perlis.. Indera Kayangan Kingdom of Ben Kassim

Alhamdulillah….dan syabas untuk saudara Zulkifli Jaffar anak bekas Menteri Besar Perlis 
Walau pun tidak pernah bersua dan dipertemukan
namun saudara sentiasa dalam perhatian dan dijejaki….  
terlebih dulu dipohon maaf… kan terlajak kata, terlanjur bahasa, tersasul bicara……

ZJ…satu singkatan yang indah buat mu…..
Kagum juga  setelah mendengar berita dari sumber maklumat yang diperolihi dan bolih dipercayai; Saudara telah menolak mentah tawaran projek runding terus membina penjara di Perlis bernilai RM 200 juta lebih. 

Ahaa kenapa ye???  Alahai ikan tak makan umpan  katakan… kalau nak dinilai pada satu sudut kamu adalah satu insan yang tidak bernilai malahan tidak ada apa apa keistimewaan pada masyarakat lebih lebih  lagi pada kerajaan negeri.Kamu hanya lah satu insan yang satu ketika dahulu berwibawa dan dihormati dalam era kepimpinan bapamu (arwah mendengar) Setelah  bapamu dipaksa meletak jawatan kerana keuzuran selepas mengalami pembedahan “coronary bypass”,kehidupan mu sebagai usahawan ikut meruntuh, menghunjam kebumi bersama sama rumah tangga yang kau pupuk dan kau semai. Allah SWT Maha Pengasih pada mu, kamu diperjodohkan lagi tetapi malangnya  pernikahan kali yang kedua  pun ikut memfasakh!!! Hidupmu kosong sebulat pembetung 
Oh sungguh malang rentetan kehidupan mu.Pulang nya bapamu keRahmatullah menambahkan lagi kebingungan dan menyulitkan.Segala galanya hancur luluh menjadi debu….
…. ombak menghempas pantai menderu deru…..
…..tapi pantai yang menangis siapa yang tahu 

ZJ …
Dalam dirimu memang tersemai benih dan  mengalir darah yang mewarisi ketokohan bapamu…Datuk Jaffar Hassan (arwah mendengar) beliau seorang yang kuat azam dan kental  semangatnya Beliau anak melayu Perlis yang pertama melangkah keMCKK tetapi malang nya nasib tidak menyebelahi dirinya kekurangan wang 50 ringgit ketika itu menyebabkan beliau terpaksa menarik diri. Satu kekecewaan bagi beliau kerana dihimpit olih kesempitan hidup. Zaman nya berlalu dengan berbagai halangan dan rintangan tetapi menghala kearah kecemerlangan …….. hingga lah beliau menjadi seorang peguam bersama Tun Zahir (Speaker Dewan Rakyat masakini) Olih kerana beliau berpendidikan tinggi beriltizam dan dedikasi pada masyarakat Maka beliau di pilih sebagai wakil rakyat dengan kemenangan 5 undi yang dihalalkan olih Ustaz Abu Bakar Hamzah calun PAS-Sanglang. (Pas/BA patut ambil perhatian tentang perkara ini). Justeru beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perlis. Semasa kepimpinan beliau, Datuk Jaffar Hassan telah menghadiah sebidang tanah untuk dibinakan sebuah bangunan Sekretariat PAS Perlis diJalan Sekolah Derma Kangar Perlis Jasa ini patut dikenang olih PAS/BA. Semangat setiakawan yang ditonjol membuktikan bahawa beliau tidak fanatik dan kasih sayang wujud walau pun bermusuhan dalam fahaman politik. Prinsip Perjuangan nya meletak mandat Rakyat Marhaen dijunjungan, kepentingan diri dipijak nya  Jasanya meniti dibibir Rakyat Marhaen bagi yang mengenang…harta peninggalanya hanyalah sebuah rumah dua tingkat dan sebuah kereta Toyota Corona model 1980 pemberian CIMA sebagai jasa dikenang. Tidaklah seperti Jagoan politik UMNO/BN masakini, rumah dan tunggangan bolih di bilang bilang. Mendapat lebih daripada pendapatan.

ZJ. 
…selagi ada mentari yang menyinari dan hujan yang membasahi… benih baka yang baik walaupun tercampak ditanah yang gersang nescaya akan bertunas tumbuh, membesar dan membuah kan hasil . Dengan  semangat yang cekal dan ketabahan yang menebal  nescaya kejayaan akan menjelma jua….Nah ZJ!!! Sujud dan syukurlah atas kurniaanNya.

Kamu berjaya melamar Bachelor of Law,  kamu berjaya memiliki Master of Business Administration teruskan lagi hingga kepuncaknya …PhD.

ZJ…..
Sesungguhnya Rakyat Marhaen  Indera Kayangan  sedang mencari cari cahaya yang akan menerangi semula, setelah buminya mengalami kegelapan…..titik noda jelas menyerlah amanah diperkosa dengan gelojoh… minda Rakyat Marhaen ditipu bodohkan dengan muslihat…berinya satu yang mengaitnya berjuta .. tingkah lakunya bagaikan bumi ini tiada milekNya    ohhh kesiannya  Rakyat Marhaen tiada yang  memahami!!!!itulah penjajahan UMNO/BN. Sekiranya Arwah Datuk Jaffar Hassan diizinkan Allah SWT pulang kedunia memantau Politik UMNO/BN masakini nescaya beliau minta pulang keAlam Barzakh secepat mungkin kerana tidak tahan busuknya pekung UMNO/BN.

ZJ…
Kau fanakan RM 200juta pemberian Mahathir kerana kau mewarisi jatidiri Datuk Jaffar Hassan ……tidak pada Shahidan Kassim dia sanggup bodohkan ahli ahli  UMNO  dicucuk hidung  lembu lembu rumput kerat niii!!dan melebalkan  mereka TERAS UMNO sebagai UFTI untuk dipersembahkan pada Mahathir membuktikan kedudukan UMNO Perlis masih kukuh. Sebagai ganjaran!!! Projek RM 200juta Pembinaan Penjara Negeri Perlis. Akan menjadi milik nya  hi hi hi hi hi hi  bodoh punya Mahathir

ZJ
Sesungguhnya Mahathir mudah lupa….. selepas pemecatan dari MT dan ditendang keluar dari Sri Taman 1969, jalan dan lenggangnya macam kupang tembaga. Dia sudah lupa siapa kah insan berhati mulia dan bersimpati yang menumpanginya  balik kehotel???

Mahathir mudah lupa ….kepada siapa dia melobi kehulu kehilir dengan Toyopet hijau kenderaan milek Shaari Jusoh semata mata untuk balik kepentas UMNO???

ZJ
Ingat kah kau siapakah makluk perosak yang telah menyebabkan Datuk Jaffar Hassan meletak jawatan??? Beliau membaca surat beracun hakcipta milek Dato’ Radzi Sheikh Ahmad dalam keadaan terlantar dikatil dan terketar ketar sambil berlinangan air mata,Arwah adalah mangsa fitnah dan tohmahan Datuk Radzi Sheikh Ahmad Pariawan Negara yang tiada berhati perut !!!  zalim !!!!

ZJ 
Katakanlah “HELL WITH THEM”!!! sesungguh nya mereka ini memang layak dijahanamkan, mereka perosak bangsa menghapus jati diri bangsa melayu yang disumbat dengan rasuah 

Wahai para BA  sekelian khusus nya Negeri Perlis hamparlah permaidani merah untuknya 
Dan bila bertemu bersalam dan peluklah dia seeratnya moga moga Rakyat Marhaen mendapat berkat.

Sekian Wallahu’alam

Sorayanii

UMNO KunoPerlis
27 Ogos 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!