.... Awas,Drama Baru Akan Terbit!
Oleh: Seterujabat

Sandiwara baru akan timbul sedikit masa lagi dengan ada puak yang berpakaian ala-pejuang Mujahidin Afghanistan mengamuk dan menembak serta mengganas di negara ini. Dengan adanya sandiwara ini maka rakyat Malaysia di ajak meyakini kononnya memang ujud para pejuang Mujahidin di kalangan ahli Pas. Selepas sahaja insiden ini berlaku maka satu akta baru akan di bentuk oleh Rais yatim dan tindakan yang drastik akan di ambil terhadap parti Pas. Inilah sandiwara yang sedang dirancang oleh Mahafiraun dan Dolah Badawi.

Sandiwara VCD lucah sudah pun sampai ke ‘Klimaks’ nya dengan pengharaman penjualan VCD secara terbuka. Yang mana fokus utama adalah para peniaga CD dan Kaset ceramah-ceramah Pas dan keADILan, fokus utama bukanlah penyebaran VCD lucah itu sendiri. Kalau tak percaya, kita lihatlah nanti selepas sahaja semua peniaga CD dan Kaset Pas dan keADILan di rampas dan di sumbat ke Gua Maut maka akan timbul balik tauke-taukey VCD yang menjual secara terbuka. Sandiwara ini dinamakan ‘Sandiwara Blues’, maklumlah VCD ‘Debat Olok Umno’ amat laris macam goreng pisang dan si Mahafiraun itu amat malu dengan kelakuannya serta kebodohan ulama Umno dalam Debat tersebut. Maka taukeh-taukeh VCD yang menyara mereka sebelum ini telah di berikan ‘Signal’ yang arahan ini hanya sementara untuk mereka.

Sandiwara ‘Black Metal’ pula sedang rancak di jalankan, ini adalah untuk membolehkan ramai ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menyertai Puteri Umno akibat takutkan anak-anak mereka terjebak dengan kumpulan ‘Black Metal’. Malah dalam taktik Umno itu sendiri memfitnah bahawa ‘Black Metal’ di sokong oleh Parti Pas. Apa punya gila !

Mana hilangnya Kes Dato’ Fauzi Abd Rahman?
Mana hilangnya Kes Dato’ Abu Hassan Omar?
Mana hilangnya cerita si Samseng Rahim Noor?
Mana hilangnya Kes Pembelian MAS?
Mana hilangnya Kes Pembelian Renong?
Mana hilangnya cerita Penderitaan Ezam, Badrul Amin dan lain tahanan ISA?
Mana hilangnya Kes Rawatan Anwar Ibrahim?
Mana hilangnya Kes KWSP?
Mana hilangnya Kes Tabung Haji?

Maka aku amat yakin sekali, Mahafiraun dan adik Firaun si Dolah Badwi akan melancarkan satu lagi pementasan Sandiwara ‘Teater’ untuk mengutip pejuang-pejuang Pas dan keADILan sehingga ke akar umbi nya. Siapa yang berani nak marah mereka?…orang UMNO nak marahkan mereka? Hahahaha…. Bukankah U.M.N.O itu bermaksud ‘Untuk. Money. No. Objection’ (UMNO)

Bukankah Puak-puak Elit di negara ini semuanya Dayus? Mengaku sahaja Melayu. Dulu bukan main lagi UMNO membantah penubuhan Universiti Merdeka yang di anjurkan oleh Lee Kim Sai (Ketua MCA) ketika itu sehingga Najib anak Razak tu tak sedarkan diri mengamuk konon marahkan puak Cina yang pijak kepala Melayu. Sekarang ini yang peliknya UMNO pula yang meng ‘Offer’ kepada MCA supaya menubuhkan Universiti Kaum Cina. Apakah UMNO sudah Gila? Atau Melayu sudah sampai ke akhir zamannya? Atau sememangnya MAHATHIR MOHAMED telah berjaya dalam ‘Perjuangan Belum Berakhir’?

Pikir-pikir.

seterujabat@freeanwar.com.

LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!