.... Indera Kayangan: 
Peluang Pengundi Hantar Isyarat

Oleh: Sham Abadi

Pilihanraya kecil DUN N8 Indera kayangan bakal diadakan sedikit masa lagi ekoran kematian ADUNnya Mendiang Khor Liang Tee baru-baru ini. Kerusi Indera Kayangan secara tradisinya adalah kawasan yang dianggap selamat oleh BN kerana dalam pilihanraya umum yang lalu majoriti BN adalah amat selesa sekali iaitu 1974 berbanding jumlah pengundi di situ yang hanya berjumlah sekitar 7950 orang sahaja.

Kawasan Indera Kayangan adalah kawasan Bandar Kangar itu sendiri , dengan komposisi pengundi Melayu 48%, Cina 47% dan India dan lain-lain sebanyak 5 % lagi.

Orang Melayu di situ hampir 80 % adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan dan Melayu kelas menengah. Manakala orang Cina pula rata-rata terdiri daripada golongan peniaga dan sedikit pekerja sektor swasta manakala India dan Siam pula adalah gabungan kedua-dua golongan ini.

Amatlah menarik untuk diteliti ke arah mana pola pengundian golongan-golongan yang terlibat ini nanti kerana pengundi Indera Kayangan ini adalah mereka yang terdedah kepada ledakan maklumat alternatif, selain daripada media-media yang dikuasai oleh Umno/BN . 

Sebut sahaja siapa Abdul Ghani 4tail , Dzaiddin Abdullah, Hishamuddin Yunus atau Ahmad Kamil Awang tanpa perlu memberi sebarang penjelasan lanjut mereka pasti akan mengaitkannya dengan sistem perundangan negara seperti sistem kehakiman dan Institusi peguam Negara.

Dengan keluasan sekitar 20 km persegi sahaja dan jumlah pengundi yang sedikit maka amat mudahlah tugas para petugas kedua belah pihak BN maupun BA untuk mendekati para pengundi ini.

Biarkan BN dengan cara mereka membawa kain pelikat atau batik atau bekalan beras kopi dan gula serta sampul surat berisi duit raya pada para pengundi . Kepada para pengundi Indera Kayangan, penulis ingin menyarankan agar jangan mudah terpesona dengan pemberian sedemikian kalau diberi terima sahaja kerana puak Bn ini telah mengautnya dari kantung kita juga yang mebayar cukai. Tetapi jangan turunkan taraf martabat kita sebagai manusia untuk mengundi BN kerana taraf kita sebagai manusia bukan boleh dibeli dengan hadiah yang tidak ikhlas begitu. Cuba fikirkan kalau tidak ada pilihan raya kecil ini adakah BN akan turun dan memberi segala bentuk sumbangan itu ? 

Kalau bagi ambil tapi undi keADILan. Kalau undi BN maka wang yang diberi oleh BN itu akan menjadi haram kerana itu boleh dianggap sebagai rasuah. Kalau undi keADILan maka duit pemberian BN itu boleh digunakan kerana ia merupakan sumbangan ikhlas dari BN, tanpa mengharapkan balasan undi.

Tapi kepada para petugas BA dekatilah pengundi ini dengan penuh adab dan berhemah. Kita tiada peruntukan, yang perlu adalah kita timbulkan rasa kasih sayang dan bawa isu-isu mengenai ketidak-adilan BN, penyalah-gunaan kuasa, penyelewengan, pemusatan kuasa Mahathir, program menyelamat kroni, ISA, sandiwara Mahathir dan macam-macam lagi isu untuk santapan minda para pengundi ini. Pasti akan terbuka minda mereka untuk menegakkan keadilan dan menolak kemungkaran.

TANAMKAN NILAI MENEGAKKAN KEBENARAN BERMAKNA UNDI KEPADA BA. UNDI BN BERMAKNA MERESTUI SEGALA KEMUNGKARAN YANG MEREKA  (UMNO/BN) LAKUKAN SELAMA INI.

Pada para pengundi Indera Kayangan penulis ingin membawa kepada satu senario yang bakal berlaku sekiranya BN masih lagi diberi mandat dalam PRK Indera Kayangan ini. 

Ini bermakna segala tindak tanduk Mahathir selama ini mendapat restu tuan/puan, segala penyelewengan dan bail-out kroni menggunakan wang rakyat KWSP, KWAP, Tabung Haji, Petronas dan lain-lain itu mendapat restu tuan/puan.

Sekarang ini Mahathir sedang berusaha untuk memusatkan kuasa ke dalam genggamannya seorang sahaja berbanding pemusatan kuasa di tangan kroninya sebelum ini .

Tiga institusi penting kerajaan bakal menyaksikan berlaku perubahan kepada penerajunya yang pastinya bakal diisi oleh para balaci yang sangat setia kepada Mahathir SEORANG sahaja.

Institusi Ketua Hakim Negara bakal memperlihatkan khidmat Tan Sri Dzaiddin Abdullah tidak akan disambung lagi dan penggantinya bakal menjadi boneka kepada Mohtar (Dugong) Abdullah kerana Mohtar masih belum layak untuk menjadi Ketua Hakim Negara . Jadi sementara menunggu edah beliau layak maka akan adalah boneka tersebut. Sebagaimana yang berlaku kepada Ainum dalam Institusi Peguam Negara.

Kenapa Institusi Ketua Hakim ini perlu berada dalam genggaman Mahathir? Jawapannya jelas kerana sejak Tan Sri Dzaiddin menjadi Ketua Hakim Negara banyak keputusan Mahkamah Tinggi dan persekutuan tidak memihak kepadanya seperti kes Habeas Corpus Ghani Harun dan N. Gobalakrishnan oleh Hakim Hishamuddin Yunus, Kes pegundi hantu Likas oleh Datuk Ahmad Kamil Awang di Kota Kinabalu, Sabah yang membawa kepada PRK Likas dan membenarkan dakwaan BA bahawa wujudnya pengundi hantu dalam senarai daftar pengundi. Ahmad Kamil juga mendedahkan ada arahan dari atas untuk membuang kes tersebut oleh ketua hakim negara ketika itu Eusoff Chin, satu lagi pengesahan oleh Hakim terhadap dakwaan DSAI tentang wujudnya campurtangan politik untuk mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap kes yang melibatkan kepentingan elit pemerintah. Dan yang amat penting sekali yang menggegarkan Mahathir sehingga tak lena tidur adalah kes rayuan Zainul Zakaria yang mana ketiga-tiga hakim mahkamah Persekutuan telah sebulat suara bersetuju menyatakan bahawa mereka percaya terdapat usaha dan konspirasi oleh Ghani 4tail (4 ekor) dan Azahar Muhamad untuk mengugut Dato Nalla dengan bermain dengan nyawa Dato Nalla menghendaki Dato Nalla menjadi saksi dan memberi bukti palsu untuk memfitnah DSAI. Dengan ketiga hakim yang sama bakal menjadi korum hakim mendengar rayuan DSAI tak lama lagi, maka peluang DSAI untuk dibebaskan adalah amat cerah sekali sebab itulah Institusi Ketua Hakim Negara ini amat perlu diKuasai oleh Mahathir secepat mungkin. 

Maka pengundi Indera Kayangan perlu hantar mesej jelas kepada Mahathir: Jangan diganggu-gugat proses rayuan tersebut dengan memberi kemenangan selesa kepada BA dalam PRK Indera Kayangan ini.  

Institusi Peguam Negara pula, kita telah menyaksikan usaha tersebut sedang berlangsung. Ainum yang menjawat jawatan itu sekarang adalah diketahui  umum sebagai sangat rapat dengan Daim Zainuddin dan adalah dipercayai perlantikkannya dulupun dipercayai adalah usaha Daim melobi untuknya dan sekarang Daim terpelanting maka dengan sendirinya Ainum pun terpaksa meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan penggantinya tak lain dan tak bukan Ghani 4tail( 4 ekor ? ).

Institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bakal bertukar menjadi Polis Dr. Mahathir (PDr.M) kerana Ketua Polis Negara sekarang ini Tan Sri Norian Mai tak lama lagi akan bersara apakah perkhidmatannya akan disambung lagi seperti Rahim (anjing) Noor? Tidak …sebab telah tersedia penggantinya yang sedia pada bila-bila masa untuk menjadi penjilat Mahathir iaitu Timbalannya sekarang Tan Sri Jamil Johari yang pernah dilihat bersama Ummi Hafilda semasa tahanannya di rumah Dr. Ratna dahulu…( salah seorang ahli Konspirator) .

Itu Ketua Polis Negara, bagaimana dengan timbalannya? Jangan risau kita ada seorang lagi calon yang telah dinaikkan pangkat secara ekspress dari SAC II ke SAC I ke DCP dan bakal melayakkannya menjadi Timbalan Ketua polis Negara seorang lagi balaci Mahathir iaitu Musa Hassan.

Dengan ketiga-tiga institusi penting kerajaan ini berpaksi kepada Mahathir, maka lengkaplah kekuasaan Mahathir dalam mencengkam seluruh jentera penguatkuasaan undang-undang dalam negara ini dengan masih lagi berselindung di sebalik demokrasi yang menjolok mata.

Kepada pengundi Indera Kayangan, penulis memohon jangan restui rancangan jahat Mahathir ini dan hantar isyarat jelas kepada Mahathir bahawa kita rakyat Marhaen tidak merestui dan menuntut agar niat jahatnya itu dihentikan dengan memenangkan calon BA dari keADILan tanpa mengira siapa yang menjadi calonnya. 

Kepada pengundi Indera Kayangan: Undi anda undi keramat untuk menyelamatkan DSAI dari penjara Sungai Buluh dan membenarkannya pergi ke German untuk berubat dan kembali sebagai Wira Rakyat Marhaen menyelamatkan Malaysia daripada Cengkaman MAHAFRAKAUN ini.

Ayuh  !!!! kita ramai-ramai undi keADILan dan BA … hilangkan deposit calon BN…..

Allahuakbar 3x ………… Reformasi 3x……..

Reformis keADILan ,

ShamAbadi - 24.12.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!

https://e-umno.tripod.com/