.... MERITOKRASI: 
MELAYU UMNO TUNGGU APA LAGI?
Oleh: Sham Abadi

Mahathir menggila lagi. Kali ini sistem kuota pula yang hendak diperkosa. Ini tak lain dan tak bukan kerana orang Melayu dan pelajar-pelajar Melayu telah terang-terang menunjukkan penentangan terhadap pemerintahannya. Yang tinggal cumalah orang Umno yang telah berjiwa hamba , yang tidak berani menyanggah segala titah perintah Mamak Bendahara yang sememangnya menganggap orang Melayu itu HAPRAK dan tidak layak untuk dibela. 

Kalau kita sorot kembali sejarah sistem kuota ini, ia bermula daripada penolakkan orang Melayu terhadap Umno dalam pilihanraya Umum 1969 dan peristiwa hitam 13 Mei adalah kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut .  Bila diadakan ujian dan analisis punca kepada ketidakpuasan hati orang Melayu adalah terdapat jurang yang amat dalam antara orang Melayu dan bukan Melayu baik dari segi ekonomi maupun pendidikan. Hasil daripada konvensyen ekonomi Bumiputra maka wujudlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menuntut diusahakan 30% kek ekonomi negara kepada Bumiputra dan sistem kuota kemasukan pelajar Bumiputra ke IPTA iaitu sebanyak 70 % dan di kurangkan sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa sehinggalah sampai ke 55 % dan akan kekal di situ. 

Penghapusan sistem kuota dan bakal digantikan dengan meritokrasi adalah natijah daripada politik balas dendam Mahathir terhadap bangsa Melayu kerana telah menolak kepimpinannya . Statistik dalam pilihanraya umum ke 10 yang lalu menunjukkan 64 % orang Melayu memberikan undi kepada BA dan kemenangan BN hanyalah kerana undi total orang bukan Melayu terhadap BN. Meritokrasi adalah merupakan HUKUMAN Mahathir terhadap orang Melayu.

Gara-gara hendak menawan kembali undi orang Melayu Mahathir telah menyerang pula orang Cina dengan harapan orang Melayu akan kembali menyokong BN. Akibatnya undi orang Cina memihak kepada BA dalam pilhanraya kecil Teluk Kemang dan Lunas. Tetapi undi orang Melayu masih lagi kekal dengan BA . Malah menurut laporan risikan daripada para SB yang saban hari memberikan laporan terus kepadanya menunjukkan peratusan orang Melayu yang menyokong BA telah meningkat kepada 68 % . Inilah  yang melemaskan Mahathir dan Dollah Badwi. Kita juga telah sedia maklum sikap orang Melayu yang sentiasa setia terhadap Parti yang didokong kecuali sesuatu yang besar berlaku seperti kes Anwar Ibrahim yang menyebabkan peralihan undi orang Melayu daripada BN kepada BA dan kita juga tahu setakat ini berbagai percubaan dilakukan uintuk menarik kembali sokongan orang Melayu  tetapi masih lagi gagal.

Jadi dalam kepala otak Mahathir , jika undi Melayu telah lepas dari genggaman maka terpaksalah berjinak-jinak dengan undi Cina pula walau pun dia tahu undi Cina tidak pernah kekal kepada satu – satu parti . Undi Cina lebih bersifat ‘pendulum’ dari satu pemilu ke pemilu yang lain. Maka meritokrasilah satu dari jalannya.

Dengan meritokrasi,  jumlah pelajar Melayu yang layak masuk ke IPTA hanyalah tidak sampai 10 % . Adakah ini yang orang Melayu Umno mahu ? Supaya bangsa Melayu ini BODOH dan mudah di LEMBU kan oleh UMNO BARU’A’ . Nyatalah UMNO BARU’A’ ini PENGKHIANAT  BANGSA dan menjadi BARUA Mahathir.

Wahai orang Melayu Umno BaruA jika meritokrasi ini diluluskan oleh parlimen nanti adakah jaminan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan akan di terima masuk ke IPTA jika hanya lulus sederhana SPM atau STPM nanti. Adakah anda semua tidak bercita-cita untuk melihat anak-anak Melayu ke Menara gading. Dalam keadaan Negara mengamalkan sistem kuota pun jumlah anak Melayu yang menjadi tenaga Professional hanya dalam lingkungan 20 % sahaja dalam Negara kita ini. Jika meritokrasi dilaksanakan bilangan Professional Bumiputera mungkin tinggal kurang dari 5 % sahaja .Inikah yang anda mahu ? Inikah yang dikatakan Umno dan Mahathir itu penyelamat Melayu ? Ingatlah wahai Melayu Umno baruA anak cucu anda akan mengencingkan kubur anda sekiranya meritokrasi ini menjadi kenyataan. Anda Orang Melayu sedangkan Mahathir itu Bukan Melayu dan MAHATHIR ITU PENGKHIANAT MELAYU!!!

Benarlah kata Hang Tuah Takkan Melayu Hilang  Di Dunia. Yang Hilang adalah JIWA dan SEMANGAT MELAYU . Yang tinggal hanyalah Melayu berjiwa Hamba yang boleh dibeli dengan RM 50.00 dan kain pelikat 5 tahun sekali. Itulah Melayu Umno Baru ‘A’.

Wahai Melayu Umno Baru ‘A’ nak tunggu apa lagi ? Ini bukan persoalan politik tetapi ini adalah soal ‘survival’ Melayu di Tanah Melayu. Jangan jadi seperti pepatah “Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan”. Bertindaklah sekarang sebelum nasi menjadi bubur. TURUNKAN MAHATHIR DARI PUNCAK KUASANYA.

NYAH MAHATHIR!!! NYAH DOLLAH “BAD DEVIL”!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SELAMATKAN ANWAR KERANA DIALAH PENYELAMAT BANGSA KITA !!!!!
ALLAHUAKBAR !!!!! 3X    REFORMASI !!!!!!! 3X.

Reformis keADILan,
Sham Abadi

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!