|
.... |
MAHAFRAKAUN
VS PILIHANRAYA KECIL (PRK)
Oleh:
Sham Abadi |
Mahafrakaun begitu seronok
sekali mengulas tentang kemenangan BN di Likas. Tersenyum lebar sampai
ke telinga dia dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa BN akan meLikaskan
negeri Sarawak pula menjelang pilihanraya negeri itu tidak berapa lama
lagi. Dalam kenyataannya dia menyatakan bahawa isu Anwar tidak akan menjejaskan
BN 4 Sarawak.
Kita akui amat sukar bagi BA Sarawak
untuk menumbangkan BN 4 di Sarawak namun kita tidak boleh lupa bahawa dalam
politik tiada yang mustahil kerana ‘ politics is a game of possibilities’
. Jika kena pada cara kempen dan pandai pula memainkan isu setempat dan
pendedahan demi pendedahan tentang salah laku Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya
dalam mentadbir negeri Sarawak BN boleh kita kejutkan.
Di Likas sokongan kaum Cina terhadap
BN langsung tidak tergugat , manakala kaum Bumiputra Islamnya pula telah
terang-terang diugut oleh SB dan kehadiran begitu ramai pihak tentera menyebabkan
peratus orang Islam yang keluar mengundi begitu merosot sekali. Para pemerhati
mengatakan peratus golongan Islam yang keluar mengundi adalah tidak sampai
40 % manakala Kaum Cina dan Bumiputra bukan Islam yang keluar mengundi
hampir mencecah 75 %. Pengundi Cina di Sabah sebenarnya langsung tidak
tersentuh dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Cina di Semenanjung
ini. Isu seperti Suqiu, Sekolah Wawasan , Sekolah Cina di Damansara dan
pengambilalihan Nanyang Siang Pau dan China Press langsung tidak memberi
kesan terhadap masyarakat Cina di Sabah sebab di Sabah orang Cina sudah
ada dua Ketua Menteri calon BN itu sendiri dan ketua Menteri yang ada sekarang
Chong Kah Kiat.
Jadi masyarakat Cina di Sabah agak
selesa untuk memberi undi kepada BN tambahan pula dengan slogan mereka,”
Undi BN untuk Ketua Menteri Cina”. Undi keADILan bermakna menolak ketua
menteri dikalangan orang Cina Sabah.
Bagi 40 % masyarakat Islam yang keluar
mengundi itu adalah rata-rata penyokong BN yang juga selesa dengan kehadiran
tentera yang ramai kerana mereka penyokong BN dan merasa yakin tidak akan
di ganggu gugat.
Undi 1720 keADILan dan 2400 PBS itu
sebenarnya adalah daripada 4220 undi yang diperolehi oleh PBS dalam pilihanraya
negeri 1999 yang lalu dan sebahagiannya telah lari kepada keADILan. Baki
4500 pengundi yang memberikan undi kepada Harris Salleh , Setia dan Calon
Bebas tempoh hari telah tidak keluar mengundi kerana takut kepada intimidasi
– intimidasi yang dinyatakan tadi. Dalam Berita Jam 6 pada hari pengundian
tempoh hari ketika di beritakan jumlah yang keluar mengundi hanyalah sekitar
50 % sahaja , saya memberi tahu isteri saya yang kebetulan anak Sabah dan
bekas pengundi di Likas dalam tahun 1986 dahulu bahawa ini sudah tentulah
saudara – mara dia yang ramai di Pulau Gaya itu tidak berani keluar mengundi
kerana takut pada SB-SB Mahafrakaun itu. Ini disahkan oleh seorang sepupu
saya yang bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Ibu Pejabat Polis
Kota Kinabalu yang telah mendapat habuan puluhan ribu RM hanya kerana menjalankan
aktiviti – aktiviti subversif untuk menakut – nakutkan para pengundi yang
berhasrat untuk mengundi BA.
Kita tinggalkan Likas dan Sarawak
buat seketika dan akan kita ulas di lain masa. Apa yang ingin penulis perkatakan
sekarang ini ialah dengan kemenangan selesa BN di Likas mampukah Mahafrakaun
ini berhadapan dengan BA dalam PRK di Semenanjung ini yang begitu banyak
menanti.
Kita ada Beserah, Bayu, Ulu Kelang,
Teluk Intan dan Merbok semuanya menantikan petikan suis sahaja
lagi. Jika di lima kawasan ini barulah bertemu buku dengan ruas. Beserah
dan Bayu BN bakal berhadapan dengan PAS, di Merbok dan Ulu Kelang dengan
keADILan dan Teluk Intan berdepan dengan DAP !! Nah! Ini baru hebat semua
komponen BA terlibat 4 calon Umno dan 1 calon Gerakan.
Di PRK inilah bakal menjadi prelude
kepada pemilu 2003 / 2004 bukannya Likas…..
Kepada Mahafrakaun dan Dollah
‘Bad Devil’ kita jumpa lagi di kelima-lima tempat tersebut kalau anda anak
jantan……..
Reformasi….Allahuakbar…….
Reformis keADILan,
Sham Abadi ..
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|