.... Alahai Annuar Musa-Dollah Komunis
Oleh: Ramlan Jantan

HEI! Apa yang Annuar Musa merepek dah.

Dollah Kok Lanas atau Dollah Komunis mengaitkan tuduhannya dengan penyelewengan wang PPRT tetapi dia kaitkan kisah Dollah komunis dengan cerita “Saga Anwar” di mana Dato’ Seri Anwar membantu Dollah Komunis melangsaikan hutangnya dan kemudian berjaya dilantik sebagai Duta Khas ke Bangsa-Bangsa Bersatu.

Cerita pasal PPRT, Annuar kena jawab dan fokuskan jawapannya terhadap dakwaan penyelewengan wang PPRT walaupun cuma RM10. Jangan cerita pasal pemilihan Umno di Peringat kerana “kalau tidak ada ugutan” banyak cawangan yang mahu mencalonkan orang lain, selain Annuar Musa.

Nasib baik Annuar tidak kaitkan Izani Abdullah dengan Dollah Komunis. Masalah Annuar Musa ialah keegoannya. Dia kaya bukan kerana dia memang orang kaya tetapi kerana dia pandai “ambil kesempatan” ketika menjadi Menteri di dua kementerian.

Siapa tidak tahu kisah Annuar Musa dan Suhaimi Yaakob (kini Dato’) sapu duit YKK hasil jualan tanah yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib suatu ketika dahulu?

Hari ini, Annuar dan Suhaimi yang semakin kaya hasil “penipuan membekalkan komputer” melalui BSN pura-pura bergaduh. Tanya dengan Suhaimi, dia akan memburuk-burukkan Annuar Musa. Kalau tanya kepada Annuar Musa, dia pula akan memburuk-burukkan Suhaimi. Kerja Suhaimi sekarang, usung perempuan cantik, pramugari, modeling atau pembaca berita TV ke sana sini kerana “wang cukup banyak” hasil penipuan demi penipuan.

Perangai Dollah Komunis sudah diketahui umum. Dia buat baik dengan seseorang jika ada kepentingan. Dato’ Seri Anwar dipuja dan disanjung suatu ketika dahulu kerana dia tahu budi Dato’ Seri Anwar kepadanya cukup besar.

Anwar “lulus ujian” adalah satu artikel tulisannya yang memuji-muja Dato’ Seri Anwar.

“Pak Lah selesai kes melalui satu phone call” pula artikel yang menyanjung Pak Lah kerana dia tidak “berkenan” dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika kempen pemilihan MT Umno, Dolah Komunis sibuk menyokong NGO- Najib, Ghani dan Osu. Dia meramalkan Ghani adalah bakal Timbalan Perdana Menteri. Orang ramai sedang memerhatikan apa dan berapa yang Dollah Komunis dapat dari mereka yang Dollah puji. Paling baru, Dollah Komunis puji Dato’ Azmi Khalid. Menurut Annuar Musa, Azmi baru sahaja meluluskan projek RM50,000 di atas tanah Dollah Komunis di Kelantan.

Kerja-kerja membuat dan membangunkan projek di atas tanah persendirian (baca sendiri) sudah lama dilakukan oleh Annuar Musa. Annuar Musa ketika menjadi menteri pernah menolak permintaan Dollah Komunis kerana Annuar mahu memajukan tanahnya, tanah isterinya dan tanah Alwi Che Ahmad, bekas Setiausaha Politiknya.

Annuar tidak perlu mengalihkan topik perbincangan dari “cerita wang PPRT”  kepada kisah pertandingan Umno Bahagian Peringat-Tok Gawa Ripin dan kisah-kisah peribadi yang tidak perlu diketahui umum. Fokuskan perbincangan kisah bela ikan kelisa-tanam orkid dan projek-projek yang diserahkan kepada kawan-kawannya termasuk Abdullah pendek. 

Ramlan Jantan - 14.11.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!