.... Pemikiran Musa yang dikawal
Oleh: Ramlan Jantan

HARAPAN rakyat, apabila Tan Sri Musa Mohamad dilantik menjadi Menteri Pendidikan, tentunya dia mempunyai idea baru bagaimana untuk merubah system pendidikan negara yang nyata terkebelakang.

Malangnya, walaupun dia bergelar menteri, otak dan pemikirannya dikuasai bapak konspirator terkemuka, Aziz Shamsuddin. Hari-hari kerja Aziz ialah mencabar guru-guru, pensyarah supaya berhenti jika tidak mahu mengikut peraturan yang diada-adakan.

Nyata Musa tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali menjadi tunggul kayu mati di Kementerian Pendidikan dan mengikut sahaja arahan dari Aziz Shamsuddin yang otaknya dikuasai taikun-taikun kaya.

Hari ini, Musa diarahkan pula berbincang dengan si pembakar jambatan (ingat bakar jambatan bukan bakar DTC), Rais Yatim, yang menjadi pengampu maha dahsyat. Dengan matanya yang diterbeliakkan, Rais akan bercakap di depan kamera TV secara beria-ia sangat kononnya dia sahaja yang pandai. Masnah Rais bolehlah ditipu, rakyat Malaysia, tidak sebodoh Masnah.

Musa sepatutnya tidak terpengaruh dengan kepentingan politik kepartian yang sempit di dalam sebarang cadangan meminda apa-apa akujanji atau perjanjian. Janganlah disebabkan dia dilantik menjadi Ahli MT Umno, dia merasakan dia kena ikut apa sahaja kehendak Aziz Shamsuddin yang merupakan kepala konspirator terkemuka dan seorang suami yang berkahwin Cuma sebulan dan kemudiannya meninggalkan isterinya terpingga-pingga.

Manusia seperti Aziz ini tidak sesuai menjadi Timbalan Menteri tetapi sebagai upah dia menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka jawatan Timbalan Menteri Pendidikan di anugerahkan kepadanya. Itulah sebabnya dia kalau bercakap hanya mencabar orang berhenti. Guru-guru meletakkan jawatan dan pensyarah supaya mengundurkan diri. Dia tidak ada idea lain, kecuali bergaduh dengan orang.

Sebagai seorang lelaki yang tidak cukup tinggi, fikirannya juga tidak cukup panjang. Guru wanita diarahkan mengandung ikut jadual yang Aziz mahu susun. Dia bolehlah bercakap macam itu sebab dia boleh bercinta dengan isteri orang, walaupun dia ada isteri ketika itu.

Negara ini akan dihancurkan oleh manusia seperti Aziz Shamsuddin ini. Khabarnya Perdana Menteri bercadang mahu melantiknya sebagai menteri penuh kerana jasanya kepada Dr. Mahathir dikatakan cukup besar. Jika tidak ada aral melintang, Aziz akan dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri bagi memudahkan dia menangkap di bawah ISA guru-guru dan pensyarah selain mahasiswa universiti.

Orang pertama yang dihancurkan secara perlahan-lahan ialah Menteri Pendidikan. Musa Mohamad akan dikenang sebagai seorang Menteri yang tidak berguna dan Musa juga akan dikenang sebagai Menteri yang tidak punya apa-apa idea melainkan menjadi alat dan perkakas Aziz Shamsuddin.

Kepada guru-guru dan pensyarah, ikutlah sahaja akujanji itu kerana anak bangsa perlu dididik. Tetapi kuatkan tekad untuk sama-sama menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Jika guru-guru semua tidak setuju, tidak mungkin Aziz Shamsuddin mahu diminta mengajar anak bangsa yang memerlukan kehadiran guru-guru semua.

Ada banyak cara untuk berjuang. Kalau tidak mahu menandatangani akujanji, mungkin guru-guru akan diberhentikan. Tanggungjawab mendidik anak bangsa akan terabai. Jadi, usah khuatir dengan ugutan, pura-pura setuju dan kemudian lawan secara lebih halus dan lebih tersusun.

Kita guru. Guru tentunya ada kepandaian yang tidak ada pada orang lain. Mari kita tipu Musa Mohamad, Rais Yatim dan Aziz Shamsuddin. Cuma, jangan kita tipu anak bangsa kita yang amat dahagakan ilmu.
Selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada semua guru-guru yang dapat memahami motif tulisan saya.
 

Ramlan Jantan - 20.08.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!