Promo 1: Siri Terjemahan 'From Ashes to Light' 

Dalam masa terdekat ini, Rangkaian Web M@RHAEN (RWM) akan menerbitkan siri terjemahan artikel yang dipetik daripada Jihad Unspun 'From Ashes to Light' tulisan Bev Giesbrecht a.k.a. Khadija Abdul Qahaar - pemilik portal Jihad Unspun.

Artikel tulisan Khadija Abdul Qahaar, seorang usahawan wanita Kanada yang melibatkan diri dalam bidang pemasaran, komunikasi dan penerbitan ini, menceritakan pengalaman pahit-manis ketika beliau mula-mula membangunkan portal Jihad Unspun selepas tragedi 9 September (9/11).

Beliau telah melalui pelbagai pengalaman getir ketika usia remajanya sebelum muncul sebagai seorang usahawan yang cukup berjaya di dalam pelbagai bidang yang diceburinya. Peristiwa 9/11 membuka mata dan mindanya terhadap Islam sekali gus menukar anutan agama daripada seorang Kristian, menjadi seorang Muslim yang cekal.

Bermula daripada situ, ujian demi ujian terpaksa diharungi. Rakan-rakan perniagaan dan pelanggan mula menjauhkan diri. Pendapatan dalam perniagaan semakin merosot. Segala-galanya angkara label 'Islam' yang sengaja dikaitkan dengan keganasan. Paling malang baginya, pada ketika beliau mengharapkan sokongan dan dorongan, sebaliknya cemuhan dan cercaan yang beliau terima daripada saudara seagama - Islam. Namun ketabahan dan kepercayaan atas kekuasaan Yang Maha Esa, beliau dapat mengatasi halangan-halangan yang tidak pernah diduganya sebelum itu.

Menurut penulis, pihak yang bertentangan telah berjaya menukarkan pengertian jihad sebagai serangan bersenjata yang dilakukan oleh pihak Islam yang radikal hingga menakutkan golongan muda (Islam) mendekati perjuangan para Mujahidin. Maka, usaha memperbetulkan persepsi sedemikian itu telah dijadikan sebahagian daripada perjuangan beliau yang amat berliku.

Ikuti siri terjemahan penulisan Khadija Abdul Qahaar yang akan disiarkan dalam 11 siri, bermula Isnin 8 Disember 2003, InsyaAllah.

Bahan asal dapat dibaca di sini:
http://www.jihadunspun.net/articles/20030911-ashes.to.light/
 

Promo 2: BLOG M@RHAEN - versi terbaru



Co-Webmaster Rangkaian Laman M@RHAEN, marhaen2k akhirnya telah muncul dengan blog versi terkini bagi menggantikan blog M@RHAEN terdahulu dengan memasukkan beberapa ciri mesra pengguna untuk berinteraksi. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan yang dilakukan ke arah penambah-baikan tapak-tapak sokongan dalam Rangkaian Web M@RHAEN. Selain itu dan yang lebih penting, usaha ini juga adalah menjurus ke arah melatih, mendidik dan seterusnya membiasakan masyarakat kita berinteraksi sesama kita secara maya.

Sila ke Blog M@RHAEN: http://www.polarhome.com:793/~marhaen2k/marhaen/weblog.php?id=0
atau sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
 

End Note: Pelayar M@RHAEN warga berilmu tetapi pasif?



Sampai bila kita hendak menjadi masyarakat yang berilmu dan yang telah maju serta mampu mengakses informasi di Internet TETAPI masih tergolong sebagai pelayar pasif? Setelah sekian lama kami wujud di ruang siber bersama gerakan pro-reformasi, itulah kesimpulan yang dapat diberi.

Persoalannya: Ke manakah menghilangnya ratusan pungunjung harian ke Rangkaian Web M@RHAEN kerana sehingga kini cuma empat atau lima orang sahaja yang berusaha 'menghidupkan' suasana di Forum dan Blog yang disediakan?

Maka, hairankah kita jika Mahafiraun I mampu bertahan dan berkuasa selama lebih 22 tahun? Dan tidak mustahil keadaan ini akan diteruskan oleh Abdullah Badawi.... kerana mereka tahu, setinggi mana pun ilmu, sehebat manapun wujudnya internet, sekiranya dilayari oleh masyarakat yang berilmu tetapi pasif, ianya tidak memberikan apa-apa kesan. Nah, sekarang kami telah menyediakan pelbagai gelanggang. Buktikan bahawa para pengunjung Rangkaian Web M@RHAEN BUKAN GOLONGAN PELAYAR YANG PASIF.

Maaf kerana mengemukakan persoalan ini.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: