.... Bunuh Mahathir atau The SUN?
....yang tersurat dan tersirat..


Secara kebetulan ataupun tidak, isu 'Bunuh Mahathir' akan timbul apabila muncul pilihanraya kecil di Semenanjung. Kali pertama isu ini timbul ialah ketika tempoh berkempen di pilihanraya kecil Lunas. (rujuk petikan-petikan berita di bawah)

Pelbagai isu nampaknya cuba ditimbulkan untuk menutup pelbagai isu sebelumnya. Kes korek lubang baru untuk menimbus lubang lama. 

Dalam keadaan sekarang, berkemungkinan juga pihak Special Branch (SB) digunakan untuk memerangkap pihak akhbar The Sun yang masih tidak begitu terikat dengan kehendak kerajaan Umno/BN dalam penyiaran berita-berita mereka. Hatta hingga kepada penyiaran iklan - Kepala Ikan Busuk - yang tidak berani disiarkan oleh akhbar-akhbar 'arus perdana menteri'.

Mereka (SB) menyampaikan 'maklumat' berkenaan kepada pemberita The Sun yang kemudian menyiarkannya dengan syarat tidak menyebut sumbernya. (Ironinya, berita sensasi sebegini tidak pula di'scoop' oleh akhbar-akhbar lain yang lebih veteran!) 

Bila berita berkenaan 'meletup', maka peranan Mahathir akan menyalahkan akhbar berkenaan dalam setiap sidang medianya. Ini sekaligus membuka jalan kepada Bahagian Penerbitan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tekanan kepada pihak The Sun agar akur dengan 'kehendak kerajaan Umno/BN' sekiranya tidak mahu permit penerbitan mereka dibatalkan. 

Memandangkan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan bakal berlangsung, pihak Umno/BN tidak mahu ada mana-mana media cetak dilihat agak 'bebas' dalam penyiaran berita mereka.

Tajuk utama akhbar The Sun 25 Dis. 2001, 'Plot to kill PM' kini menjadi 'Plot to kill The Sun'. Kita tunggu dan lihat. - M@RHAEN

Perkembangan berkaitan (bagai yang dijangka)
MGG Pillai: "The Sun" affair becomes curiouser and curiouser ...
Akhbar The Sun telah memohon maaf
Pengarah Urusan The Sun telah meletak jawatan
Kedua-dua Pemberita The Sun (R. Manirajan and Anita Nasir) digantung tugas

(semua link dibuka dalam browser berasingan)
AgendaDaily 27 Dis: PM kecewa akhbar sensasikan berita
AgendaDaily 27 Dis: TPM tegur akhbar The Sun kerana tidak laporkan kpd Polis dahulu
AgendaDaily 27 Dis: Pengarang Kanan The Sun dipanggil KDN
The Star Online 27 Dis: The Sun gets show cause letter
The Star Online 27 Dis: Not necessary to lodge police report, says ‘Raja Commando’
Bernama 26 Dis: Mahathir Dukacita Laporan Akhbar
Bernama 26 Dis: KDN Panggil Pengurusan Akhbar The Sun
Bernama 26 Dis: Polis Mula Siasat Laporan Cubaan Membunuh, Kata Pak Lah
Bernama 26 Dis: Police Start Probe On Murder Plot Report



Petikan berita-berita terdahulu:
Malaysian Directory 3 Disember 2000:
[[... The Prime Minister said the seeds of disunity were being sowed at an early age by asking innocent children to hate Muslim national leaders.

"In the recent Lunas by-election, for example, children were asked to shout `Bunuh Mahathir' (Kill Mahathir), and various unfounded allegations were levelled at me such as of being unIslamic as well as disrespectful to the ulamas and Prophet Muhammad," he said.

He said children were already taught to hate and being innocent, they knew not what it was all about.

"They only follow what adults tell them to do...," he said. ..]]

Free Anwar Campaign (FAC) 17 Disember 2000:
[[.. The Prime Minister said that the extent of the in-fighting among Muslims in the country was alarming. 

Children are being moulded at a tender age to hate the government leaders, he said. 

Making reference to events leading up to the recent Lunas by-election, he said he was shocked to hear that children were shouting 'Bunuh Dr Mahathir' (kill Dr Mahathir) and other spiteful remarks. 

These remarks, he said, included the allegations that he was 'unIslamic' and did not respect the ulamaks (religious scholars) and Prophet Muhammad. ..]]

REUTERS - April 17, 2001
KUALA LUMPUR – Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad denounced the principle of absolute press freedom on the Internet Tuesday, saying he had seen messages posted that urged people to kill him. 

"I just read messages on the Internet urging people to kill me," he told a news conference. "So next of course, they will ask people to throw bombs and all that." 
 
 


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/