.... Anak Hanif Omar Tegur Persatuan Ulama Malaysia

Ketika membelek-belek akhbar percuma di pejabat pagi ini, Webmaster (WM) terbaca satu 'Pendapat' dalam Utusan Meloya, yang ditulis oleh anak kepada Tun Hanif Omar yang membidas Persatuan Ulama Malaysia berhubung 'jihad' di Afghanistan. Menurut penulis "perkataan jihad tidak digunakan dalam al-Quran."

WM terpanggil untuk memaparkan semula 'Pendapat' beliau kerana sehingga ini, WM belum temui Abdul Rahman Omar menulis apa-apa artikel membidas Tun Hanif Omar apabila beliau (Hanif) mengatakan "....saya tidak jumpa ayat larangan berjudi di dalam Al-Quran" ketika menjawab soalan dalam satu perbicaraan di mahkamah tidak berapa lama dahulu. Terserah kepada pembaca.... - WM M@RHAEN



Petikan Utusan Meloya 12 Dis. 2001 - Ruangan Pendapat
SAYA tidak terkejut dengan ijtimak yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkenaan jihad di Afghanistan. Saya juga tidak berniat menyoal kewibawaan badan tersebut. Tetapi saya dapat banyak kekeliruan berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia berkenaan panggilan 'jihad' tersebut, apatah lagi di kalangan mereka yang tidak beragama Islam.

Kita umumnya mengetahui bahawa apa yang berlaku di Afghanistan berhubung rapat dengan dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah, terutamanya di Palestin. Perbuatan merampas pesawat-pesawat awam dan menyerang New York dan Washington telah menerima sokongan dan kutukan daripada kalangan orang Islam sendiri.

Tetapi adakah perbuatan tersebut pernah 'diisytiharkan' sebagai dibolehkan harus atau haram oleh mana-mana persatuan atau badan ulama? Bagaimana pula perbuatan para pejuang Hamas yang meletupkan diri mereka di tempat-tempat awam di Israel dengan harapan mereka akan gugur sebagai syahid?

Daripada Jundab r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki telah mendapat kecederaan lalu membunuh diri, dan Allah berfirman: hamba-Ku itu telah menyebabkan dirinya mati, Aku haramkan syurga baginya. (Riwayat Bukhari)

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 190 melarang kita melampaui batas apabila berperang di jalan Allah (perkataan jihad tidak digunakan dalam al-Quran dan ini termasuklah perbuatan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan mereka yang tidak memerangi orang Islam).

Ini telah dikuatkan oleh sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari: Daripada Abdullah bin Umar r.a.: pada suatu ketika" dalam salah satu dari ghazawah Rasulullah s.a.w, seorang wanita telah ditemui mati. Rasulullah s.a.w melarang pembunuhan wanita dan kanak-kanak.11

Apa pendapat Persatuan Ulama Malaysia berkenaan perbuatan-perbuatan ini?

Apa yang berlaku di Afghanistan adalah sambungan daripada apa yang berlaku sebelum pendudukan Soviet Union di sana lagi. Puak-puak Afghan bertelagah di antara satu sama lain merebut kuasa dan tanah jajahan. Setelah pihak Soviet berundur, sebuah kerajaan yang diikhtiraf telah menerajui Afghanistan, tetapi ia telah digulingkan oleh rejim Taliban pada 1996.

Rejim ini telah menguat-kuasakan undang-undang syariahnya yang melampau mengikut fahamannya sendiri. Banyak perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w telah diperkenalkan. Pihak Perikatan Utara di bawah pimpinan Presiden Burhanuddin Rabbani kini cuba merampas semula tapak pemerintahan yang menjadi haknya, di. sokong oleh serangan udara tentera Amerika Syarikat dan sekutunya. Kita tidak nafikan berlaku kehilangan jiwa di kalangan penduduk Afghan yang tidak berdosa tetapi belum berlaku sebarang bentuk penjajahan dilakukan oleh mana-mana pihak bukan Afghan.

Dengan ini, adakah panggilan jihad ini dibuat untuk menentang Amerika Syarikat atau Perikatan Utara atau rejim Taliban? Kalau rejim Taliban itu patut dibantu, maka saya tidak bersetuju kerana rejim tersebut telah merampas kuasa dengan cara yang tidak sah daripada Perikatan Utara.

Islam yang dibawa juga jauh berbeza dengan apa yang yang saya faham mengenai Islam. Ajaran Islam yang disampaikan tidak pernah mengajar kita berdiskriminasi Terhadap wanita atau lain-lain mazhab abut menghukum mereka yang tidak membela janggut dan memakai serban. Islam juga tidak mengajar kita membunuh diri untuk menikmati balasan di syurga.

Membantu pihak Amerika Syawal saya sanggah sama sekali kerana keganasan tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Jadi, untuk siapa perlu kita berjihad di Afghanistan? Pada saya, jihad yang paling baik di sana ialah dengan memberi bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa-mangsa peperangan yang tidak berpihak kepada sesiapa pun.

Menentang musuh

Ingatlah, semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w sentiasa berada di barisan hadapan apabila menentang musuh, dan bukannya menyuruh orang lain membunuh diri atau berperang semasa Baginda menyorok. Kalau Mullah Mohammad Omar dan Osama bin Laden benar-benar pejuang Islam dan ingin gugur sebagai syahid, Osama mungkin telah mati pada 11 September dan Mullah Omar antara orang yang pertama terkorban di Mazar-i-Sharif

Saya berpendapat Persatuan Ulama Malaysia sepatutnya berusaha untuk memberi penerangan kepada umat Islam di Malaysia khususnya mengenai konsep jihad sebenar (berpuasa dan menunaikan solat tanpa putus itu adalah jihad fisabilillah yang paling baik), di samping membidas fatwa-fatwa dan pendapat yang dikeluarkan sesetengah pihak yang membawa kepada perpecahan dan kehancuran ummah di Malaysia.

Memang benar seperti resolusi Persatuan Ulama Malaysia bahawa umat Islam ini adalah suatu tubuh, badan dan jika salah satu anggotanya merasa sakit, keseluruhan badan akan merasa kesakitan itu. Begitu juga kalau ada segolongan umat Islam yang membuat keburukan di atas nama Islam maka keseluruhan umat dan agama Islam akan turut tercemar. 

- ABDUL RAHMAN OMAR TUN MOHD HANIFF, Subang Jaya Selangor.


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/