.... Tol:
Satu Lagi Sandiwara Mahahaprak???

Oleh Pak Belalang

Saya merujuk kepada 'war-war'kan di bawah (dari Laman Reformasi): 

t"olong hebahkan !(forwadkan msg nie melaui sms juga) 
12 hb Disember 2001 
3.00 petang - tol sungai besi 
5.30 petang - tol batu tiga shah alam 

tolong hebahkan perkara ini. semasa demo dibuat utusan,plus dan artis emi akan mrngadakan promasi album raya maka keadaan agak selamat dari kena serbu topi merah diharap semua pecinta keadilan dan pengguna yang bantah keaikan tol turun membantah bersama artis emi, utusan dan plus :) hebahkan kepada semua." 



Pada hemat saya kenaikan TOL yang diumumkan oleh SAMI TOL itu besar kemungkinan satu lagi siri 'sandiwara' yang cuba menutup TIGA ISU BESAR yang memeningkan kepala PUTAR ALAM, MAHAFIRAUN laknatullahialaih, iaitu: 

1. KES RASUAH DR KHIR TOYO 
2. KES WANG PPRT ...ANUAR MUSA & THE GENG 
3. KES PEROMPAKAN TERBESAR DUIT RAKYAT IAITU 'BAIL-OUT' PUTRA DAN STAR SEJUMLAH LEBIH DARI 5 BILLION (RM5,000,000,000.00) 

Dengan adanya kes TOL ini tenggelamlah cerita RAMPOKAN disiang hari oleh mahafiraun dan kuncu-kuncunya... 

Kita semua harus sedarkan Rakyat dan sering-sering ingatkan rakyat terutamanya Melayu yang 'mudah lupa' tentang kebajingan kerajaan UMNO/BN dalam merompak dan melakukan kezaliman terhadap rakyat tidak kira bulan puasa atau tidak.....Di hari raya nanti lawat-lawat lah jiran-jiran atau kawan-kawan yang masih lagi 'lali' dengan biusan mahafiraun...dengan pemberian bonus, gaji naik, pangkat naik, DLL...yang nilainya cuma setitik dari lautan wang rompakan beliau (maha**** laknatullahialaih) dan kroni-kroninya.... 

Dalam keadaan pelajar-pelajar universiti tidak mendapat bayaran pinjaman pelajaran ( PPPTN?) yang sudah menduduki hampir separuh sessi pembelajaran, mahafiraun masih boleh TEGA menghisap duit rakyat.... mahasiswa-mahasiswa belajar tanpa buku-buku teks yang mencukupi!! Nampaknya bukan negeri-negeri BA yang dapat bantuan per kapita lambat... mahasiswa pun mendapat layanan yang sama!!! Apalah nasib rakyat Malaysia.... 

Marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah swt di 10 malam terakhir ini supaya memberikan taufik dan hidayat kepada pemimpin pemimpin yang korup dan durjana tersebut supaya kembali ke pangkal jalan  ATAU sekiranya mereka masih lagi 'TANGAN PANJANG' menzalimi rakyat... KITA POHON ALLAH swt MENGHANCURKAN MEREKA DENGAN CARA YANG ALLAH SWT SENDIRI SESUAIkan DENGAN KEZALIMAN MEREKA!!!! Saya kira dari 5 juta rakyat Malaysia yang bangun malam bertahajjud dan berQUNUT NAZILAH insyaAllah akan ada mereka yang MAKBUL DOAnya... DOA ORANG yang di zalimi....marilah kita sama-sama usahakan.... selain itu jangan lupa ikhtiarkan untuk sentiasa menyebarkan berita-berita yang hak dan benar supaya rakyat tidak akan semuanya TERTIPU dengan sandiwara-sandiwara yang dipentaskan dari masa ke semasa..... Kita tidak mahu jadi macam AMERIKA yang tertipu BODOH (atau sengaja buat-buat tertipu) dengan mempercayaai sandiwara AL MAUNAH sehinggakan mengklasifikasi kan Al Maunah sebagai satu gerakan pengganas di Malaysia!!! Wallahua'lam.. 

Allah huakbar...  lawan tetap lawan...  

- Pak Belalang
 


FREE - An online program to make a huge income. more info (javascipt enable browser only)
Click Here!

http://e-umno.tripod.com/