.... Kisah Lucu Di Tmn. Selasih, Kulim: Lembu Berkaki Tiga
Oleh: Nur Suria

Kulim, 06.09.2001 : Satu majlis berkhatan beramai-ramai telah dianjurkan oleh Umno caw. Tmn. Selasih yang bertopengkan RT caw. Tmn. Selasih. Majlis tersebut telah diadakan di Mesjid Al- Muttaqin Tmn. Selasih dan dirasmikan oleh MB Kedah YAB Syed Razak Syed Zain dengan mendapat peruntukan sebanyak RM 20,000.00.

Seekor lembu telah ditumbangkan bagi menjayakan program tersebut, tetapi apabila telah disembelih dan daging lembu itu dihantar untuk dimasak kepada tukang masak didapati hanya sedikit sahaja daging lembu yang sampai bersama-sama dengan satu peha lembu sahaja . Kemana perginya satu peha lagi , telah tidak dapat dikesan. Apabila disoal oleh tukang masak kepada petugas. Maka jawapan yang diberi adalah lembu itu mungkin berkaki tiga .

Dalam program tersebut seramai 56 kanak-kanak telah pun didaftarkan untuk dikhatankan tetapi apabila para waris itu mendapat tahu majlis itu adalah dianjurkan oleh Umno dan bukannya oleh RT sebagaimana yang diwar-warkan 18 orang kanak-kanak tersebut telah dilarang oleh waris daripada menyertai program tersebut. Manakala sebahagian besar yang lainnya pula mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak mereka dengan bayaran RM 10.00 sahaja.

Semasa program sedang berlangsung ketika Syed Razak sedang berucap para hadirin yang terdiri daripada waris kanak-kanak dan ahli-ahli Umno seramai sekitar 100 orang itu langsung tidak memperdulikan akan ucapan itu. Mereka lebih selesa berbual sesama sendiri dan melawat gerai yang menjual keropok dan gula-gula di perkarangan Mesjid itu. Ini menyebabkan Syed Razak cepat-cepat menamatkan ucapannya dan meminta majlis makan tengahari yang dijadualkan selepas Zohor dipercepatkan iaitu makan dahulu kemudian baru sembahyang Zohor.

Selesai makan tengahari Syed Razak dengan muka yang masam mencuka meninggalkan majlis tanpa berjemaah Zohor bersama-sama waris-waris tadi, walaupun mengikut aturcara program tersebut MB akan solat berjemaah diikuti dengan makan tengahari dan beramah mesra dengan penduduk Tmn. Selasih. Namun aturcara itu terpaksa dibatalkan kerana Syed Razak merasakan kehadirannya tidak diendahkan oleh para waris tadi malah ucapannya pun tidak diberi perhatian. Makanan yang kononnya seekor lembu itu pun masih banyak yang tidak habis dan terpaksa pula dihantar ke rumah mereka yang berjiran dengan Mesjid. 

Mesej yang ingin penulis sampaikan ialah Umno sebenarnya telah tidak mendapat tempat di hati penduduk Tmn. Selasih dan penolakkan pengundi Tmn. Selasih terhadap Umno dan BN dalam PRK Lunas yang lalu adalah berkekalan dan bukannya undi protes tetapi adalah penolakkan total orang Melayu terhadap Umno/ BN. 

Rata-rata para waris yang ditemui merasa tertipu kerana menyangkakan RT lah yang menganjurkan program tersebut tetapi sebaliknya ia adalah anjuran Umno yang bertopengkan Rukun Tetangga. Jadi sebagai menunjukkan tanda protes mereka ketika Syed Razak memberikan ucapan mereka beramai-ramai telah memboikot ucapan itu dengan meninggalkan majlis dan pergi melawat gerai yang menjual keropok dan gula-gula atau melayan kerenah anak-anak yang telah dikhatankan tadi.

Lembu yang berkaki tiga tadi sebenarnya , sempurna sifatnya tetapi apabila diurus oleh mereka yang tidak amanah maka sebahagian daging bersama dengan sebelah peha itu telah disonglap mereka ahli-ahli Umno.

Tmn. Selasih adalah merupakan kubu kuat BA. Di sinilah kekuatan PAS dan keADILan paling ketara. Keahlian kedua-dua parti komponen BA ini jika dijumlahkan sekali menjangkau 1000 orang ahli. PAS caw. Tmn. Selasih berbangga dengan Timbalan YDP kawasan Padang Serai sebagai ketua cawangannya . Manakala keADILan Tmn. Selasih pula berbangga dengan ketua cawangannya sebagai Ketua bahagian keADILan Padang Serai Sdr. Zainuddin Bakrin dan Ketua Penerangannya pula adalah Naib Ketua Bahagian Padang Serai YB Saifuddin Nasution Ismail.

Mengikut daftar pemilih 2000 jumlah pengundi di UPU Tmn. Selasih adalah sebanyak 4155 orang dan ada 6 saluran mengundi. Dalam PRK Lunas yang lalu keADILan menang di 5 saluran dan tewas di saluran 1 sebanyak 20 undi. Majoriti kemenangan BA di sini adalah sebanyak 524 undi. Dalam daftar pemilih terkini pula jumlah pemilih di sini adalah hampir 4600 orang.

Maka tidak hairanlah kenapa kerajaan sanggup membelanjakan RM 20,000.00 hanya untuk majlis tadi walaupun sebenarnya majlis itu mungkin menelan belanja tidak sampai RM 5000.00 sahaja . Maka baki RM 15,000.00 itu mungkin telah masuk ke poket AJK Umno caw. Tmn. Selasih. Ini adalah kerana Tmn. Selasih merupakan kunci kemenangan BA baik di Lunas maupun di Padang Serai kerana jumlah pengundi yang ramai itu. Wallahuaklam.  - M@R

Wasalam……Reformasi 3x…………..Allahuakbar 3x………

Nur Suria - 03-09-01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!