.... BN Di Ambang Kejatuhan Di Kedah
Oleh: Nur Suria

Pemilu ke-10, 1999 telahpun berlalu. Kemenangan BN dengan majoriti 2/3 di DUN Kedah telah menjadi kenyataan walaupun telah tercalar teruk namun BN masih mampu membentuk kerajaan negeri. BN masih lagi menguasai 24 kerusi DUN walaupun pada hakikatnya Umno tewas di 8 daripada 15 kerusi parlimen Negeri Kedah.

Hasil analisa dan post-mortem yang dilakukan menunjukkan bahawa antara punca kenapa BN masih lagi menguasai 24 kerusi DUN tetapi tewas 8 kerusi parlimen adalah kerana berlaku perlonggokkan para penyokong PAS pada satu-satu DUN dalam satu kawasan parlimen menyebabkan walaupun pengundi PAS adalah majoriti dalam kawasan parlimen tersebut namun terdapat satu atau dua DUN yang dimenangi oleh Umno. Sebagai contohnya di parlimen Baling, walaupun YB Taib Azzamuddin menang, dan Ustaz Suhaimi Ahmad menang di Kupang namun PAS tewas pula di Bayu. Ini adalah kerana para penyokong PAS telah tertumpu di Kupang dan majoriti PAS di Kupang melebihi majoriti Umno di Bayu. Natijahnya, satu kerusi di kawasan yang sepatutnya dimenangi oleh PAS telah jatuh ke tangan Umno. Tetapi bagi kawasan parlimen yang dimenangi oleh BN tidak ada satupun kerusi DUNnya yang terlepas ke tangan BA dan di kawasan yang dimenangi oleh BN terdapat beberapa kawasan parlimennya yang mempunyai 3 DUN seperti Padang Serai, Merbuk dan Sg. Petani. Ini sudah pastilah memberi banyak kelebihan kepada BN berbanding PAS.

Dari segi strategi, memang Umno memperolehi keuntungan kerana mampu mempertahankan kerajaan negeri Kedah ini daripada jatuh ke tangan PAS malah berjaya pula memperolehi majoriti 2/3. Tetapi apabila dihalusi keputusan itu nyatalah BA Kedah sebenarnya telah berjaya menawan undi orang Melayu sebanyak 64% dan yang memenangkan BN adalah kerana undi total daripada masyarakat Cina dan India yang masih lagi belum begitu yakin dengan BA kerana masih lagi baru dan tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina dan India ini akan jenis kerajaan yang bakal dibentuk oleh BA. Manakala BN pula dengan bantuan media telah menyerang minda orang bukan-Melayu/Islam ini dengan propaganda jika sokong BA bererti mereka menyokong penubuhan Negara Islam. 

Propaganda ini amat berkesan sekali kerana walau pun mereka mengakui akan kebobrokkan kepimpinan  BN, tetapi mereka amat takut sekali akan isu Negara Islam ini.Maka mereka terpaksalah memberikan undi kepada BN  walaupun hati kecil mereka amat ingin sekali menolak BN ini.

Tak kenal maka tak cinta, itulah pepatah orang muda-muda kini, oleh kerana terlalu muda lagi untuk dikenali oleh masyarakat pengundi Cina dan India ini, maka kewujudan keADILan pada mulanya dipandang sinis oleh mereka , sehingga tidak ada satupun kerusi dapat dimenangi oleh keADILan yang bertanding di 4 kerusi Parlimen di Kedah dalam pemilu ke-10 yang lalu.

Tetapi apabila berlaku pilihanraya kecil bagi DUN Lunas ekoran kematian ADUNnya, BA yang meletakkan Saifuddin Nasution Ismail daripada keADILan untuk bertanding menentang calon BN. BA menang dengan majoriti 530. Satu keputusan yang telah diduga oleh para pendokong dan penyokong BA tetapi BN terkejut besar kerana Lunas adalah satu kawasan terkuat BN di Negeri Kedah ini. Kalau mengikut ranking kemenangan BN dengan majoriti yang terbesar, Lunas berada di tempat ke-3 paling selamat bagi BN di Kedah ini.

Akibatnya satu penilaian semula terhadap kekuatan BA terutamanya di Kedah ini terpaksa dilakukan. Baik oleh BN maupun oleh BA. Oleh itu satu kajian secara menyeluruhpun dilakukan oleh para SB Mahathir.

Hasil laporan SB kepada Mahathir adalah seperti berikut :

PERTAMA : Jika pilihanraya kecil Lunas mahu dijadikan sebagai yard stick, mengukur mood rakyat dan trend pengundian dalam pilihan raya yang akan datang, maka tidak ada satupun kawasan dalam Semenanjung Malaysia ini yang akan selamat buat BN melainkan BN akan tumpas di semua kawasan pilihanraya baik DUN maupun Parlimen. Ini adalah kerana 63% pengundi Melayu, 64% pengundi Cina serta 10% pengundi India memberikan undi mereka kepada BA. Hakikatnya BN hanya akan menang di kawasan majoriti pengundinya adalah orang India. Manakala bagi kawasan majoriti Melayu, Cina dan kawasan bercampur bakal dimenangi oleh BA. Tetapi soalnya mana ada kawasan yang majoritinya orang India? Langsung tiada, malah Lunas adalah salah satu kawasan di mana peratusan pengundi Indianya paling tinggi iaitu sebanyak 20%. Kawasan-kawasan lain seumpama Lunas adalah Si Rusa, Negeri Sembilan, Kapar di Selangor dan Sg. Siput di Perak.

KEDUA : Jika berdasarkan keputusan pilihanraya Umum 1999, yang mana BN begitu bangga sekali walaupun sekarang ini telah kehilangan majoriti 2/3. Jika hanya 6% sahaja pengundi Cina di Kedah ini berubah kesetiaan mereka dalam pemilu ke-11 2003 / 2004 nanti dan bukannya sampai 64% sebagaimana yang berlaku di PRK Lunas, 2000 yang lalu, BA akan memerintah negeri Kedah dengan majoriti 2/3. BN akan jadi pembangkang yang lemah di DUN Kedah. Manakala 14 daripada 15 kerusi parlimen Kedah pula akan di tawan oleh BA. 

KETIGA : Hasil tinjauan para SB ini juga merumuskan bahawa segala propaganda Mahathir untuk mengembalikan sokongan Orang Melayu kepada Umno dengan Al-Maunah, KMM, tangkapan ISA dan sebagainya tambah menjarakkan Orang Melayu dengan Umno dan BN. Manakala isu Suqiu, Sekolah wawasan, Nan Yang dan China Press menyebabkan Mahathir berkonfrantasi dengan masyarakat Cina pula. Ini juga tidak menarik kembali sokongan Orang Melayu kepada Umno. Isu Meritokrasi yang ditimbulkan tambah meluapkan lagi kemarahan Orang Melayu tetapi tidak juga menarik minat orang Cina, malah Orang Cina menjadi semakin takut pula kerana Isu ini bakal menjadi pemangkin kepada permusuhan Cina - Melayu. Sesuatu yang diingini oleh Mahathir supaya senang dia meneruskan dasar pecah dan perintahnya. Ini juga disambut dingin oleh Orang Cina. Bila Mahathir menghadiahkan sebuah Universiti kepada MCA dengan harapan untuk memujuk kembali Orang Cina supaya menyokong BN, kewujudan IPTS yang berlambak-lambak itu menjadikan isu ini tidak relevan lagi kepada Orang Cina. 

KEEMPAT : Hasil tinjauan terkini menunjukkan 68% Orang Melayu, 60% Orang Cina dan 30% Orang India di seluruh Semenanjung telah menolak BN dan bersedia memberikan sokongan mereka kepada BA.

Itulah antara laporan yang dikemukakan oleh para SB kepada Mahathir. Semua yang dilakukannya nampaknya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Mahathir menjadi semakin terdesak, selepas ini kita tidak tahu lagi apakah perancangan Mahathir seterusnya. Kita jangan terkejut jika tindakan drastiknya nanti tambah menyulitkan keadaan, namun percayalah Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya bakal jatuh ke tangan BA menjelang pemilu ke-11 nanti. InsyaAllah. 

Bagi para pemimpin BA kita mengharapkan mereka mengurus soal kebangkitan rakyat menolak BN ini dengan penuh bijaksana dan berhemah.

Bagi kita, para pendokong dan penyokong BA mestilah meneruskan peranan menimbulkan kesedaran rakyat agar impian ini menjadi kenyataan.

Wasalam……Reformasi 3x…………..Allahuakbar 3x………

Nur Suria - 03-09-01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!