.... NATIJAH PENINDASAN BN TERHADAP BA
Oleh: Nur Suria

Kebelakangan ini tindakan polis terhadap penyokong BA terutamanya ke atas penyokong dan aktivis PAS semakin menjadi-jadi . Bermula daripada pengharaman ceramah di tempat terbuka sehinggalah kepada penahanan di bawah akta drakonian ISA 8 orang aktivis PAS dan diikuti dengan penahanan Nik Mohd Abduh anakanda kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.

Sudah pastilah tindakan polis itu adalah atas arahan Bos nombor satu iaitu Menteri Dalam Negeri Dollah ‘BadDevil’ yang semestilah mendapat restu Mahafrakaun. Tindakan pihak polis menghalang ceramah demi ceramah yang dianjurkan oleh BA adakalanya dengan kekerasan dengan mengerah segala kekuatan FRU, PGA, SB, polis trafik dan anggota polis biasa. Saolah-olah para hadirin yang datang mendengar ceramah itu adalah golongan yang membawa senjata dan bersedia untuk berperang dengan pihak berkuasa. Sedangkan yang hadir itu terdiri daripada mereka yang datang bersama isteri dan ada yang membawa anak kecil semata-mata untuk mendengar ucapan, hujah dan pandangan alternatif dari pihak BA tentang sesuatu isu dalam negara kita ini.

Ketahuilah aktiviti mendengar ceramah ini adalah sebahagian daripada budaya dan cara hidup orang Melayu. Jika ada suatu perayaan keagamaan seperti Israk mikraj, Maulidur-Rasul, Maal Hijrah dan lain-lain lagi aktiviti mendengar ceramah ini adalah acara kemuncak kepada perayaan tersebut dikalangan umat Islam. Takkanlah Bad Devil dan Norian mai tak tahu akan perkara ini. Jika Mahafrakaun itu mungkinlah sebab dia tu bukan Melayu . Islamnya Wallahhuaklam Allah jualah yang maha mengetahui.

 Sebagai umat Islam terutamanya yang lelaki setiap minggu kita pasti pergi mendengar ceramah di Mesjid untuk menunaikan Fardhu Jumaat dan sembahyang pun 2 rakaat sebab pahala dua khutbah itu menggantikan pahala 2 rakaat tadi.begitulah sinonimnya ceramah ini baik agama maupun politik dikalangan orang Islam dan tindakan polis menghalang orang ramai daripada mendengar ceramah ini seperti menghalang dan menafikan hak orang Islam menunaikan kewajipann mereka terhadap agama. Kita juga sedia maklum aktiviti mendengar ceramah agama ini akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

Tindakan ganas polis ini di khuatiri akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat umat Islam terhadap pihak berkuasa. Kemarahan orang Islam ini telah pun ditunjukkan terhadap Umno dan BN dengan penolakkan undi Melayu terhadap BN dimana statistik menunjukkan 64 % telah pun berbuat demikian dalam pemilu ke 10 yang lalu dan dari laporan para siput babi (SB) , mutakhir ini peratusnya telah meningkat menjadi 68 %. Pada Dollah badawi dan Norian Mai diingatkan jangan sampai institusi polis ini dihina oleh masyarakat sehingga berlaku pulau-memulau terhadap para anggota polis dan anak isteri mereka. 

Dari pihak BA terutamanya PAS dan keADILan kemelut ini memberikan ‘political milage’ yang amat baik sekali . Simpati rakyat marhaen kepada kedua parti ini semakin bertambah dan kebencian terhadap Umno dan BN meluap-luap.

Baru-baru ini Presiden PAS YB Datuk Fadzil Noor telah dijemput untuk memberikan ceramah disamping merasmikan penubuhan satu lagi cawangan PAS . Lebih kurang 50 orang ahli Umno telah bertindak keluar parti dan menubuhkan cawangan PAS di Kg. Pengkalan Kakap dalam DUN Tanjung Dawai dan Parlimen Merbuk, satu kawasan yang dahulu hampir 100 % penduduknya pendukung Umno. Tapi kini ekoran perletakan Jawatan oleh Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dan semua jawatan dalam kerajaan , cengkaman Umno telah mula longgar.

Untuk menghalang ceramah tersebut, pihak PGA dan FRU telah berkawal dan berkawad menunjukkan kekuatan dan cuba menakutkan para hadirin mengakibatkan pihak penganjur terpaksa memindahkan tempat program itu ke Balai Islam Merbuk yang jaraknya 2 KM dari tempat asal. Hanya semata-mata untuk merasmi dan mendengar ceramah para hadirin berpusu-pusu ke Balai Islam tersebut dengan perasaan marah dan penuh dendam.

Akibat dari peristiwa itu seramai 400 orang ahli Umno disekitar kawasan tersebut telah bertindak keluar parti dan menubuhkan 4 lagi cawangan PAS di sekitar DUN Tanjung Dawai . Berita ini telah disahkan oleh Saudara Aris Awang Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Ustaz Firdaus Jaafar Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbuk dalam satu Majlis Mesra dengan ahli PAS dan BA cawangan Taman Selasih, Kulim baru-baru ini. 

Kita percaya kebinasaan Umno itu semakin hampir ini adalah berkat doa dan solat hajat yang diadakan di segenap cerok rantau yang mana telah dicemuh oleh orang Umno dengan kata-kata “ Hangpa buatlah solat hajat berapa kali pun , tengok tak dak apa pun Anwar dok di dalam jugak” . Begitulah sombong dan takburnya orang Umno. Nah !!! sekarang kita telah dapat melihat Umno dan rakan-rakannya dalam BN sedang dilanda taufan dan YAKINLAH TELAH TIBA MASANYA KITA KUBURKAN UMNO DAN BN ITU SEKAPAL TERUS. BANTUAN DARI LANGIT TELAH TIBA…………….

BA MERBUK BERSIAP SIAGAlah untuk pilihanraya Kecil Merbuk dan kemungkinan besar pilihanraya kecil ini bakal diadakan serentak dengan pilihanraya umum Negeri Sarawak sebagai satu cara BN mengurangkan penumpuan kempen BA terhadap PRK Merbuk ini.
Lupakan episod Likas. Tumpukan perhatian kepada N.3 dan N.4 Parlimen Santubong dan Merbuk.

Allahhuakbar !!!!3x  Reformasi !!!3x…… 

Nur Suria - 06-08-01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!