.... Pertelingkahan Mahathir – Daim : 
BA Merbuk Bersiap Siaga!!!.
Oleh: Nur Suria

Pertelingkahan antara Mahathir dengan Daim ini telah masuk ke Fasa Kroni. Sedikit demi sedikit kita didedahkan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kroni Daim . Bermula dengan kenyataan Ling Liong Sik bahawa pihak pengurusan baru MAS sedang menyiasat akaun MAS dan memberi jaminan jika terdapat penyelewengan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ini sebenarnya adalah merupakan satu ancaman dan amaran kepada Tajuddin dan Daim sendiri supaya ‘ tow the line’ jika mahu selamat. Disamping itu juga , Ling menambah , jika kerugian MAS berpunca daripada pengurusan yang tidak cekap , tidak akan ada tindakan diambil. Ini adalah merupakan satu jalan keluar yang disediakan oleh Mahathir kepada Daim dan kroni. Jika Kamu Akur maka hasil siasatannya adalah pengurusan yang tidak cekap tapi jika kamu semua tidak akur maka hasil siasatan akan menunjukkan terdapat penyelewengan dalam sistem pengurusan MAS dan pihak yang terlibat akan diambil tindakan.

Maka kecut perutlah Daim dan Kroni , khabarnya Daim telah pun meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Merbuk sebagai tanda protes terhadap tindakan Mahathir tetapi tidak berani mengumumkannya kerana tekanan mahathir ke atas kroni-kroni dan juga Daim sendiri. Tapi soalnya sampai bila mahu disorok perkara itu dari pengetahuan rakyat ? Sebab bangkai gajah lambat laun akan busuk juga baunya .

Demi menutup mulut Daim dan secara beransur-ansur cuba mengikis pengaruh Daim dan kroni , pengambilalihan Renong pun dijalankan mula-mula dengan sejumlah RM3.8 Billion . Itu tidak termasuk liabiliti Renong yang berjumlah hampir RM 15 B . Semuanya itu bakal membebankan rakyat juga akhirnya. Maka supaya isu Renong ini tidak menjadi renungan rakyat dicreatekan satu isu sensasi iaitu Black Metal untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu sebenar Bail out.

Kita bukan mahu menafikan yang Black Metal itu merosakkan akidah tetapi kenapa baru sekarang ditimbulkan isu tersebut sedangkan ia telah wujud sejak penghujung 80an lagi. Takkanlah pihak SB dan Jabatan  Agama  Islam tidak menyedari kewujudan ‘Cult’ ini. 

Kepada BA bahagian Merbuk kita harapkan telah bersedia untuk bertempur sebab Mahathir akan memetik suis pada bila-bila masa sahaja tidak lama lagi . Barang kali nak umumkan sekali kekosongan di Tanjung Dawai yang dengar khabarnya teruk juga kesihatan YB Rusnah ‘Tomboy’ tu.

Kesan pertelingkahan Mahathir-Daim itu kepada BA amat hebat sekali , walaupun kita saolah-olah mendapat suntikan semangat tetapi rupa-rupanya tindakan Mahathir semakin ganas. Dia takut Daim akan membocorkan rahsia nya sedikit demi sedikit kepada BA dan BA akan highlightkan perkara itu dalam ceramah maka Mahathir pun mengharamkan semua ceramah Politik baik BA mau pun BN .Kononnya BN juga terlibat dengan pengharaman itu. Tetapi kita juga sedia maklum bahawa BN boleh sahaja berceramah melalui TV , Radio dan Surat Khabar, sedangkan kita di pihak pembangkang tidak mempunyai access lain untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada rakyat selain daripada ceramah. 

Jalan alternatif lain hanyalah melalui internet tetapi soalnya berapa peratuskah rakyat Malaysia ini yang mempunyai kemudahan internet atau berpeluang mengunjungi Cyber Café untuk mendapatkan maklumat dan pandangan alternatif dari pihak pembangkang berkenaan sesuatu isu.

Maka adalah menjadi tugas dan tanggung jawab saudara/I  pembaca untuk mencetak dan mengedarkannya kepada saudara-mara dan jiran untuk menimbulkan semangat menolak BN menjelang 2003/2004 nanti. 

Kitalah sebenarnya menjadi penggerak utama kepada gerakan menjatuhkan BN ini. Sebarkan maklumat seluas-luasnya untuk memangkinkan kesedaran menolak BN.
Kuburkan BN !!!!!!!Reformasi…..3x.

Nur Suria - 28-07-01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!