.... Ben Kutty Yang Kian Gelabah 
Oleh: Marhain Muda

Pelbagai strategi kini digunakan oleh Ben Kutty, agar dapat dipulihkan imejnya yang haprak itu ke satu tahap yang ‘kunonnya’ lebih terhormat sebelum kemangkatannya atau sebelum dia terpaksa – baik secara terhormat atau sebaliknya – memberi laluan kepada penggantinya. Tidak pernah dalam sejarah negara ini terdapat seorang Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai jenis ‘penasihat’ dalam pelbagai bidang melainkan Perdana Menteri haprak yang seekor ini! 

Apakah mamak tongkang ini telah hilang kecerdasan akalnya lantaran umurnya yang kini melebihi tiga suku abad? Atau apakah memang dia telah mencapai tahap mental tiga suku lantaran perangainya yang semakin mengarut? Daripada penasihat agama (Mid Seman), hingga ke penasihat ekonomi (Mustapa Mohamad), penasihat kewangan (Nor Mohamad/Ali Abul) dan juga penasihat kaum Cina (Mathias Chang), Ben Kutty semakin lemas dalam mengharungi perjuangannya yang masih belum selesai! Rakyat kini menunggu apakah setelah ada seorang penasihat kaum Cina, dia akan seterusnya melantik seorang penasihat kaum Melayu, penasihat kaum India, penasihat kaum Iban dan seterusnya, agar faham akan dia apa yang sedang berlaku di negara ini.

Oh…jangan berhenti setakat itu sahaja! Bukankah sudah wujud jawatan penasihat sains PM? Mengapa tidak dilantik penasihat kebudayaan PM? Ataupun penasihat pelancongan PM? Atau mungkin penasihat perhutanan? Bagaimana dengan penasihat pertanian? Ataupun penasihat silat gayung PM? Tidak lupa juga penasihat pengangkutan, mahupun penasihat korporat. Sudah adakah penasihat undang-undang? Jangan lupa penasihat Syari’ah dan juga penasihat ketenteraan atau penasihat keselamatan. Hatta, pelbagai jenis penasihat mungkin diperlukan oleh cek det yang semakin pening dan gelabah dalam menangani masalah yang semakin menekan, menggugat dan mengancam kedudukannya sebagai PM yang kini telah bersemayam lebih 20 tahun di singgahsana! Pokoknya – apakah sudah menjadi begitu bangang cek det ini, sehingga memerlukan puluhan jenis penasihat?

Khabarnya dalam masa seminggu dari sekarang, Raja-Raja Melayu akan bersidang untuk memutuskan siapakah yang bakal akan ditabalkan sebagai YDP Agong yang baru bagi menggantikan arwah bekas bapa mertua Tan Sri Mike Tyson yang mangkat baru-baru ini. Antara nama-nama yang hangat disebut-sebut untuk menjadi YDP Agong yang baru adalah tidak lain dan tidak bukan, Amirul Mukminin Cek Det Mahathir s/o Mohamed Kutty Laknatullahu alaihi, bersama-sama Permaisuri Tuanku Cik Siti Hasmah d/o Ali. Namun terserahlah kepada budi bicara Raja-Raja Melayu untuk menentukan sama ada darah Kutty boleh dikira sebagai darah raja! Atau apakah mungkin budi bicara Raja-Raja Melayu terlalu lemah dibandingkan dengan kuasa yang ada pada Ben Kutty?

Minggu sudah, Cek Det menjemput hadirin pelbagai bangsa dan agama untuk turut serta dalam ‘majlis’ berbuka puasa bersama Amirul Mukminin Malaysia Darul Muslimin di singgahsana persemayamannya di Putra Jaya. Hakikatnya, majlis itu tidak lebih dari suatu ‘majlis’. Tidak tahulah akan kita penasihat yang mana satu yang bertanggungjawab untuk menasihati cek det untuk menganjurkan suatu ‘majlis’ sedemikian. Mungkin majlis tersebut diadakan dengan harapan imejnya akan sedikit sebanyak pulih, kalau pun tidak di sisi masyarakat Melayu, sekurang-kurangnya di sisi kaum bukan-Melayu, cek det disanjung tinggi kerana sifatnya yang ‘kunonnya’ prihatin terhadap masyarakat majmuk yang ujud di Darul Boleh ini. Hakikatnya, hadirin dari kaum Cina, India, Sikh dan sebagainya begitu girang kerana tak pasal-pasal dapat ‘makan free’ di Putra Jaya.

Majlis berbuka puasa yang dipelopori oleh pemimpin UMNO tidak lebih dari suatu tradisi atau adat. Tiada unsur-unsur taqwa di dalam majlis-majlis yang sedemikian jauh sekali ingin diisi dengan tazkirah untuk menghayati Ramadhan. Pemimpin UMNO akan berasa girang andainya ramai tamu yang hadir dan akan naik berang kiranya tidak mendapat sambutan – ini jelas dipaparkan semasa majlis berbuka puasa di Hotel Nikko KL yang dianjurkan oleh UMNO Pahang minggu lepas. Khabarnya, ramai ADUN Pahang yang telah tidak menyerikan majlis yang telah diserikan oleh Ben Badawi sehinggakan gangster lucah Bentong, Denan Yaakob begitu murka kerana telah memperolehi ‘kemaluan’ yang besar dalam usaha membodek ahli politik yang berharap-harap untuk menjadi Memanda Perdana Menteri tersebut.

Mungkin Ben Kutty ini telah belajar sedikit sebanyak ‘public relations exercise’ (kaedah perhubungan awam) dari rakan akrabnya, Ar Rais George Bush laknatullahu alaihi yang juga telah menganjurkan satu ‘majlis’ berbuka puasa di White House beberapa hari sebelum itu. Biarpun George tidak berpuasa, namun yang penting George memahami agama Islam secara yang difahamnya. Demikian juga bagi Cek det al-Kutty, biarpun Tok Paderi, Ah Chong, Krishnan dan Karam Singh tak berpuasa, yang penting mereka memahami agama Islam secara yang difahami oleh cek det!  Lagipun, kerusi-kerusi banyak yang kosong dan caterer kroni JPM di Putra Jaya juga telah menyediakan sajian untuk puluhan hadirin – amat rugi kiranya makanan tersebut terbiar begitu sahaja. Tidak menghairankan kalau ada cerita bahawa tikus-tikus Putra Jaya semuanya besar dan gemok lantaran dihidangkan juadah yang masih tidak bersentuh! Maka hadirlah menteri kabinet yang lain – seolah-olah tiada kerja lain selain dari bersalaman dengan Ben Kutty, sebagai mana biasa mereka menghantar dan menyambut pulang Ben Kutty di lapangan terbang setiap kali pemimpin haprak tersebut keluar negara menaiki pesawat penerbangan air mata rakyat marhaen yang berharga ratusan juta Ringgit.  

Untuk melengkapkan lagi ‘majlis’ berbuka puasa, dijemput khas Imam dari Mesir untuk membimbing Amirul Mukminin Cek Det Al Kutty bersama barisan penyangaknya dalam solat Terawikh. Sayang….. sepatutnya Al Fadhil cek det Al Kutty lah, sebagai pemimpin ulung negara Islam, yang lebih afdhal menjadi imam dalam solat tersebut tanpa membazir wang rakyat di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk susah-susah membawa Imam tersebut melancong menziarahi Malaysia Darul Muslimin ini! Atau apakah mungkin cek det sendiri insaf bahawa dia tidak layak untuk menjadi imam kerana tangannya yang bergelumangan dengan dosa? Dia tahu bahawa sudah 4 Ramadhan yang kini telah berlalu di mana insan yang belumpun terbukti dosanya, dikurung secara zalim di kamar besi Sungai Buloh sementara dia sendiri sudah masuk 3 kali akan menyambut Eidul Fitri – secara yang dia fahami – di mahligai air mata rakyat berharga ratusan juta Ringgit di Putra Jaya. 

Bayangkan betapa tersiksa dan azabnya jiwa seorang ibu kepada 5 orang anak yang bernama Wan Azizah dalam menghadapi dugaan Allah SWT setiap kali Ramadhan berlalu – hatta sepanjang tempoh hampir 40 bulan kini suaminya ditahan dalam keadaan yang teramat zalim lantaran kerakusan seekor haiwan bertopengkan manusia keturunan India yang bernama Ben Kutty! Jangan lupa juga penyiksaan yang ditanggung oleh menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz lantaran penahanan zalim terhadap suaminya. Begitu juga penahanan zalim terhadap sahabat-sahabat dalam perjuangan kita yang lain seperti Tian Chua, Ezam Noor, Saari Sungib dan lain-lain yang kita sedia maklum ditahan akibat tandatangan seorang Menteri yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, namun tidak sedar bahawa kebolehannya amat rendah sekali! Yang amat  menyedihkan ialah bila kita memikirkan bahawa beliau ‘ada hati’ untuk menjadi PM walhal PM sendiri sedang berusaha untuk menjatuhkannya. 

Apabila kita membaca berita bagaimana Nik Kif yang berusia 1 tahun meronta-ronta tidak mahu melepaskan pelukan terhadap ayah beliau, Nik Adli, ketika membuat lawatan bersama ibunya Puan Sles Monira ke Kamunting, kita akan berasa terharu yang amat sangat dan bertambah kebencian terhadap seorang haiwan yang bertopengkan manusia bernama Mahathir dan pengampu yang berharapan tinggi bernama Abdullah si gembala babi. Kalau Abdullah tahu perasaan Hendon kalau anaknya Kamal ditahan, tentu dia tidak menandatangani surat tahanan Nik Adli. Kalau mamak tongkang bedebah tahu perasaan Siti Hasmah kiranya Mokhzani atau Mirzan ditumbuk oleh SAC Musa Hassan dilokap Bukit Aman, tentu dia akan insaf dan membebaskan Nik Adli untuk dapat bersama dengan Tuan Guru Nik Aziz bapanya, dan Nik Aziz anak sulungnya. Dan tentu Nik Kif akan ceria di pagi aidil fitri kerana dapat bersama dengan babanya. Doa kita sentiasa bersama anak-anak isteri mereka yang teraniaya di bawah akta bangsat ISA. InsyaAllah, kalau tidak di dunia ini, di akhirat kelak kita akan tuntut di hadapan Allah SWT dan malaikat-malaikatnya agar mereka yang bertanggungjawab membikin penganiayaan tersebut direjam secukupnya sebagai pembalasan perbuatan mereka. Allahumansurnal mujahidina fi Malaysia. Allahu akbar, walillahil hamd.

Faktor penahanan itu sahaja barangkali sudah cukup untuk mengingatkan beliau bahawa sebagai Amirul Mukminin Malaysia Darul Boleh, dia masih belum dapat menjadi imam kepada rakyat muslimin yang mengharapkan kepimpinan Islam beliau – baik dalam pentadbiran negara ini, dan jauh sekali untuk membimbing solat. Mungkin itu juga menjadi antara sebab mengapa kian sedikit masjid-masjid atau pertubuhan yang membutuhkan kehadiran Al Fadhil Mahathir Al Kutty dalam ‘majlis’ berbuka puasa di serata negara. Mungkin tahap kesedaran dan penghayatan Islam sebagai ad-deen di negara ini telah meningkat dan menyebabkan rakyat marhaen memutuskan bahawa kehadiran seorang munafik yang bernama Mahathir Mohamed mungkin akan mencemarkan kemuliaan keramaian orang-orang yang beriman yang ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan. Bukankah berbuka puasa itu salah satu dari 2 kegembiraan orang-orang yang beriman?  Apakah akan gembira orang-orang beriman dengan kehadiran seorang munafik laknatullahu alaihi untuk berbuka puasa bersama-sama mereka?

Sedarlah cek det al Kutty laknatullahu alaihi… bahawa kamu harus bertaubat dan tidak cukup dengan dinasihati oleh orang-orang yang ‘kunonnya’ berkelayakan agama namun berkepentingan harta benda duniawi seperti Hamid Osman, Hamid Zainal Abidin, Dusuki Ahmad, Kadir Talib, Ismail Ibrahim dan Nakhaei Ahmad untuk membimbing kamu. Orang-orang sebegini telah dipulaukan oleh masyarakat lantaran pendirian haprak mereka dan juga kerana hubungan mereka dengan kamu, wahai Amirul Mukminin! Biarpun masih ada di kalangan masyarakat yang berwajah manis ketika berurusan dengan mereka, namun hakikatnya perasaan meluat semakin meningkat dan menular terhadap mereka dan juga pada jentera-jentera pentadbiran Cek Det al Kutty yang tertentu. Tidak hairanlah kalau ‘majlis’ berbuka puasa yang dianjurkan oleh cek det dan juga beberapa menteri kabinet kian dipulaukan ataupun terpaksa ditolak oleh para jemputan dengan pelbagai alasan biarpun juadah beraneka disediakan.

Dalam Al-Quranul Karim surah Taubah ayat 117 terdapat kisah yang kita dapat ambil iktibar mengenai orang-orang yang tidak turut serta bersama-sama Rasulullah SAW di saat-saat sukar umumnya; dan dalam Ghuzwah Tabuk khususnya. Seterusnya, dalam Riyadus Solihin terdapat kisah bagaimana Rasulullah SAW memerintahkan agar 3 individu ‘dipulaukan’ oleh masyarakat kerana mereka lebih mementingkan harta benda dari turut bersama-sama dengan muslimin yang lain berjuang untuk menegakkan Islam. 3 individu ini menderita kerana dipulaukan oleh masyarakat Islam – sehinggakan ucapan salam mereka ditegah oleh Rasulullah SAW untuk dijawab. Oleh yang demikian, tidak hairan kalau kita mencontohi hadis Rasulullah SAW dan turut memulaukan orang-orang seperti cek det dan sekutu-sekutunya setakat yang kita mampu. Sebagai mana kita berjaya mengajar akhbar New Shit Times, Berita Hairan dan Utusan Meloya sehingga pengedaran masing-masing menjunam dengan begitu terok, kita perlu mengajar manusia-manusia bangsat seperti ini agar mereka insaf bahawa mereka telah jauh menyeleweng dari kebenaran.

Dalam kita mengingatkan kebenaran dan ajaran Rasulullah SAW kepada rakyat marhaen di negara kita yang tercinta ini, kita harus insaf bahawa peringatan tersebut tetap tidak akan dipedulikan oleh kalangan yang tertentu. Kalau di zaman Nabi SAWpun, dengan kehadiran Muhammad SAW secara fizikal menyeru kepada kebaikan, telah ada yang menolak ajaran Baginda SAW – maka apalah yang dihairankan sangat kalau dakwah yang disampaikan oleh PAS khususnya, dan orang-orang yang bertaqwa umumnya, ditolak mentah-mentah oleh orang UMNO dan orang-orang yang masih jahil?  Oleh yang demikian, kita terpaksa menelan air liur melihat gelagat wanita-wanita ‘Islam’ – yang dibangga-banggakan oleh Sisters In Islam – yang keluar membeli juadah berbuka puasa dalam berpakaian yang tidak menutup aurat. Hatta, ada yang sampai berpakaian yang tidak bermoral memperlihatkan bidang dada masing-masing; dan juga kejahilan lelaki yang keluar bersama pasangan masing-masing (sama ada yang sudah bernikah ataupun tidak) dalam keadaan seluar pendek menzahirkan lutut biarpun pasangan mereka berpakaian yang menutup aurat. Namun, inilah yang di alu-alukan oleh pemerintahan Amirul Mukminin Ben Kutty di Darul Boleh ini – kesederhanaan ála Mahathir!

Islam UMNO yang sebegini dibenarkan oleh Mahathir di mana lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersalam-salaman dengan selamba tanpa rasa segan silu, jauh sekali berasa berdosa. Tradisi yang dipelopori UMNO ini dipergiatkan lagi dengan program dan acara TV seperti “Salam AidilFitri” di mana artis-artis ‘Islam’ lelaki seperti Rosyam, Awie, M Nasir, Hairie, Jalaluddin (anak Tuan Guru?) misalnya, bersalaman dengan selamba bersama artis-artis ‘Islam’ wanita seperti Ziana Zain, Nina Jureen, Wafa’ (anak Tok Mufti?) Nasha Aziz, Fiza, Era Fazira dan sebagainya sambil tersenyum dan bergelak ketawa memohon ‘maaf zahir batin’ berlatar-belakangkan pelita api dan lemang yang dibakar! Malah untuk lebih ‘mengIslamkan’ sedikit keadaan, mungkin dijemput Raihan – kumpulan nasyid yang umum sudah ketahui telah ‘di UMNO kan’ untuk menyampaikan sedikit lagu ‘keinsafan’. MasyaAllah! Mungkin kematian salah seorang anggota ahli Raihan di tengah-tengah majlis penyampaian anugerah muzik baru-baru ini merupakan satu peringatan Allah SWT. Wallahu ‘alam.

Bagi mereka yang mengerti, insyaAllah iman mereka tidak tergugat tatkala menyaksikan betapa Islam telah dicemari oleh seorang insan bernafsu syaitan yang dilahirkan di sebuah rumah terlaknat di Jalan Kilang Ais, Alor Setar hampir 76 tahun yang lampau. Betapa Islam tetap akan dilindungi Allah SWT biarpun cek det kutty dengan bangganya berikrar untuk menentang habis-habisan fahaman Islam ‘extremist’. Apakah Rasulullah SAW telah memperkenalkan 2 jenis Islam kepada manusia – satu jenis extreme dan yang satu jenis moderate? Bukankah kita telah diperintahkan Allah SWT untuk memasuki Islam secara total? “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh” – Al Baqarah 208. Kini Ben Kutty mendabik dada apabila Amerika kini sedikit demi sedikit mula mencontohi telatah beliau dari segi penggunaan ISA yang kunonnya perlu untuk menangani ancaman pengganas demi keselamatan negara, sekaligus mengenepikan kebebasan dan hak kemanusiaan yang begitu dibanggakan oleh rakyat Amerika selama ini. Khabarnya Cek Det begitu bangga apabila Bush mula memperkenalkan akta yang membolehkan pihak berkuasa menahan seseorang individu yang disyakki tanpa bicara – sebagai mana kita di sini sudah biasa dengan ISA.
  
Sungguhpun perjuangan PAS dan pejuang-pejuang yang menuntut keadilan semakin ketara  penerimaannya di kalangan rakyat negara ini, akan tetap ada yang menolak perjuangan PAS, atas pelbagai alasan. InsyaAllah, mereka yang menolak perjuangan keadilan dan kebenaran ini akan tenggelam lambat laun di arus perubahan yang kini begitu deras. Di Selangor contohnya, PAS berjaya membuat ‘mileage’ yang begitu ketara sehingga kini bayangan PAS memimpin DUN Selangor bukan lagi menjadi suatu mimpi, insyAllah. Dengan kes penyelewengan Khir Toyo menjadi tumpuan, kehaprakan UMNO di Selangor semakin menyerlah, sekaligus menambatkan hati rakyat kepada PAS.

Rakyat Malaysia harus sedar mereka sedang dipimpin oleh segerombolan ahli politik penyangak dari Barisan Najis. Kalaupun ada pemimpin dari kalangan Barisan Najis yang masih dihormati, perlulah disedari bahawa, mereka dari satu kelompok najis. Apakah kita sanggup makan nasi goreng yang walaupun nampak ‘halal’, tetapi telah dimasak di dalam kuali dengan menggunakan sendok yang kedua-duanya baru sebentar tadi digunakan untuk menggoreng nasi goreng yang bercampur dengan babi dan ayam ‘katok’?  Tiada jalan lain melainkan kita menolak dan menghumbankan mereka habis-habisan dalam pilihanraya akan datang. Janganlah kita terpedaya hendaknya dengan sandiwara berterusan bikinan cek det si munafik besar itu. Tangannya bergelumang dengan dosa lantaran perbuatannya yang menghina agama Islam dan juga junjungan besar kita Muhammad SAW. “Tidakkah orang-orang munafik itu mengetahui bahawa sesungguhnya, barangsiapa yang menentang Allah SWT dan rasulNya, maka sesungguhnya neraka jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah penghinaan yang besar”. (At Taubah 63).

Bukankah Mahathir telah terang-terangan menentang Allah SWT? Bukankah dia telah jelas menghina Rasulullah SAW? Wahai pembantu-pembantu Mahathir sekelian, sedarlah bahawa kamu sedang bersekongkol dengan seorang yang tidak perlu disempurnakan jenazahnya tatkala dia mampus kelak kerana jelas sudah sifat kemunafikannya, baik dari memecah-belahkan orang-orang mukmin sehinggalah mendirikan masjid demi memudharatkan orang mukmin. Apa lagi yang kamu harapkan dari seorang munafik yang sudah hampir benar rohnya melayang menghadap Allah SWT sementara jasadnya pula disirami kencing rakyat marhaen?

-marhain muda-
18 Ramadan 1422/4 Disember 2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!