.... Siri MMMM
Mana Hilangnya Jalur Itu?
Bab 4B
Oleh: Marhaintua

Wang Panas Yang Mengganas

Mahathir telah menuduh Soros sebagai punca kejatuhan ekonomi Malaysia sehinggakan dia menaja beberapa majlis makan di luar negara untuk memberikan penerangannya. Tetapi, siapakah yang mahu dikelentongnya sedangkan kegiatan Soros itu bukannya satu kegiatan yang terbaru dalam pasaran kewangan. Kegiatan Soros itu disebut ‘arbitraging’ dan memang sudah lama diamalkan di dunia sejak Perang Dunia Pertama lagi. Malahan, kewujudan CLOB yang berpangkalan di Singapura untuk menghenyak kegiatan pasaran saham Kuala Lumpur adalah satu cabang ataupun kemudahan melaksanakan proses arbitraj. Bagaimanakah arbitraj melalui CLOB boleh dibiarkan  berleluasa sejak zaman Daim mula-mula menjadi menteri kewangan lagi?

Soros hanya menjadi kambing hitam sahaja

Soros dikambinghitamkan untuk menutup beberapa nama besar yang sentiasa berada di keliling pinggang Mahathir. Lagipun adalah mustahil, Soros boleh membawa masuk wang yang begitu banyak tanpa dapat dikesan oleh Bank Negara.

Apabila suasana wang panas di Malaysia semakin mengganas, hampir semua pertubuhan haram di dunia telah menyerbu pasaran saham BSKL untuk tumpang sekaki. Tetapi, komposisi pelaburan BSKL adalah dinaungi oleh pelabur runcit. Pada satu ketika dulu nisbah pelaburan ialah 60% (peruncit tempatan), 20% (pelabur asing) dan 20% (pelabur institusi).

Apabila disebut pelabur runcit tempatan, ia termasuk juga rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara ataupun sudah berhijrah keluar negara seperti Australia, Kanada, Taiwan, Tasmania, New Zealand dan Eropah. Mereka mengambil cuti di waktu itu untuk melabur di Malaysia dan ada yang  berulang alik dengan membawa wang modal tambahan untuk melabur di BSKL yang sudah menjadi kasino.

Bayangkan, ketika Jepun sedang dihenyak kegawatan ekonomi sehingga menjerut ekonomi Hongkong, China, Filipina dan beberapa negara lain, BSKL naik mencanak sehingga menunjukkan prestasi perniagaan yang menakjubkan. Pada waktu itu bank lebih bersedia memberikan pinjaman overdraf berasaskan nilai saham yang dicagarkan. Kebanyakan saham haprak pada waktu ini (Ogos 2001) dinilai sehingga berpuluh kali ganda tingginya ketika itu.

Pada waktu itu para menteri bercakap di sana sini mengenai pasaran saham. Ramai orang Melayu yang tidak tahu apa bezanya antara Papan Pertama dan Papan Kedua turut masuk menjadi ahli pasaran saham. Ramai yang terfikir bahawa Papan Pertama dan Kedua itu adalah satu terminologi baru seperti ‘papan-batu’ di sekolah atap dulu. Ada pula yang memikirkan itu adalah istilah yang menyerupai perbezaan antara ‘papan-hitam’ dan ‘papan-hijau’ yang digunakan di sekolah-sekolah.

Budaya main saham sudah meledak di Malaysia. Pasaran saham sudah menjadi kasino. Syarikat di Papan Kedua merencana untuk naik melonjak memasuki Papan Pertama, sahampun dipacu dan orang yang melabur terus bergiat maju.

Pelbagai projek baru diumumkan, tidak cukup di dalam negeri ini, di luar negarapun diumumkan. Mahathir ligat keluar negara didahului oleh bermacam menteri kabinetnya. Pelbagai jenis perniagaan di luar negara sudah ditaja dengan tujuan syarikat yang tersenarai di pasaran saham dapat mengeluarkan saham tambahan dalam bentuk ‘warrant’ dan ‘loans’. Bermacam-macam bentuk surat janji yang berunsur ‘hybrid bonds’ diperkenalkan di pasaran saham BSKL. Lagi banyak projek diumumkan di luar negara, lagi banyak bentuk ‘hybrid bonds’ yang diumumkan. Lagi ramai pelabur runcit yang bergadai golok untuk membelinya.

Begitulah ligatnya pasaran saham dengan wang panas, Mahathir menggalakkannya kerana dia pun naik ‘sheikh’ ke luar negara menjadi saksi utama majlis tandatangan perjanjian berbentuk MOU - ada syarikat yang membuat MOU sehingga ratusan banyaknya.

Pelancaran pelbagai projek yang didahului MOU itu sebenarnya bermula pada awal 90-an, kerana Mahathir sedang bersiap sedia dengan pemilu 1995. Hampir tujuh puluh lima peratus rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji menyertai proses melabur gila-gila di BSKL. Kalau tidak pandai melabur secara terus, mereka tumpang sekaki dengan kawan-kawan ataupun saudara. Ada yang berkongsi-sama secara sindiket menumpang ketua ataupun seseorang yang mereka yakini.

Ketika pasaran BSKL naik mencanak, ramai menteri dan pemimpin UMNO mendapatkan pinjaman bank Bumiputra dengan mencagarkan saham di tangan dan segala pink forms yang mereka perolehi. Tetapi kerana tidak berapa arif dalam selok belok pasaran saham, apa yang mereka laburkan bergantung kepada desas-desus dan cerita dongeng yang memang sengaja dicanai di setiap perjumpaan orang atasan dan majlis UMNO belaka. Apabila pasaran merudum, nilai cagaran turut merudum sama, pengurus bank mula menggelabah dan menuntut wakil rakyat UMNO melunaskan overdraf mereka. Kalau keseluruhan pemimpin UMNO bergantung nasib untuk bermain saham dengan meminjam duit bank, sedangkan itulah simpanan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, apakah jadinya dengan bank itu semua?

Inilah salah satu sebab kenapa banyak bank yang hampir muflis, kerana dikikis oleh para pemimpin UMNO termasuk semua anak-emas Mahathir dan Daim. Yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen yang terpaksa merempat dan terbongkok-bongkok cuba dapatkan pinjaman bank sedangkan mereka cuba meminjam berasaskan simpanan mereka yang begitu lama. Turut menjadi mangsa adalah pegawai bank yang begitu lama melihatkan kenaikan gajinya tertahan dan bonus yang terbantut. Akhirnya Bank Bumiputra ditelan oleh sebuah bank yang banyak berhutang dengannya. Tetapi, berapa ramaikan yang sedar apa jadi dengan kebanyakan Tabung Dana Bank Bumiputra itu yang kini sudah diserap oleh Bank of Commerce? Sebahagian dana tabung Bumiputra dulu digunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang dipunyai oleh anak seorang diktator dan para kroninya. Siapakah yang rugi kalau bukan orang Melayu yang meminjam dan mengambil overdraf daripada bank tersebut atas nasihan Mahahtir dan UMNO?

Pasaran saham yang meledak mencetuskan budaya korupsi yang meluas. Di sana sini projek mega ditaja dan sengaja dimulakan tanpa kertas kerja yang terperinci. Projek sebenar di sebalik segala projek mega itu ialah untuk mendapatkan wang modal dihamburkan di BSKL. Rakyat Malaysia sudah gila sebenarnya ketika itu. Bayangkan saham yang dijual dengan harga lima puluh sen boleh naik melambung sampai RM14.00, masih ada yang mahu membelinya. Semua kegiatan ini dibiarkan tanpa dikawal lagi.

Apabila wang panas menjadi semakin ganas, semua kegiatan harampun seolah-olah dihalalkan tanpa ada sesiapa yang mengawalnya. Projek mega memerlukan pekerja yang ramai. Para kontraktor lebih selesa menggunakan pekerja asing kerana tidak banyak kerenah untuk membayar caruman bulanan kepada KWSP. Lagipun, masalah mendapatkan tenaga manusia sengaja digembar-gemburkan untuk menaikkan kos tender, projek. Lagi ramai pekerja asing yang diperlukan lagi banyak keuntungan yang dikumpulkan dalam bentuk yuran atauun deposit kemasukan pekerja asing itu. Siapakah menteri yang bertanggungjawab dengan mengeluarkan permit kerja dan lesen khas membawa masuk pekerja asing? Bukankah itu menterinya yang kerap bersantai ke kasino Australia dan kerugian berjuta setiap lawatan ke sana? Hampir semua projek itu menggunakan wang Petronas sebagai wang modal permulaannya. Siapakah yang sebenarnya berhak ke atas duit itu kalau bukan rakyat marhaen? Bagaimanakah Mahathir boleh melancarkan projek mega yang berbilion harganya tanpa restu parlimen?

Mahathir Yang Lupa Daratan

Oleh kerana kepintarannya bermain kuntau dengan kata-kata dan menggunakan segala jentera kerajaan yang sudah dipukaunya, Mahahtir belagak seolah-olah Malaysia adalah haknya dan segala duit dalam simpanan Petronas adalah wang peninggalan datuk moyangnnya.

Dengan muslihat yang direcana oleh Yahudi, Mahathir gunakan segala taktik keji untuk menindas rakyat. Sesiapa sahaja yang mahu menghalangnya telah terperangkap dengan jerat yang dirancang rapi. Al-Arqam, yang merupakan institusi yang menaikkan martabat orang Melayu dalam bidang naiga, diharamkan dengan alasan pergerakan itu tersasar aqidah. Sedangkan di zaman Nabi dulu, orang yang tersilap aqidah dipujuk dan diajak ke pangkal jalan dengan cara yang mudah tanpa mendera dan memenjarakan mereka. Tetapi, melalui kerakusan beberapa pemimpin agama yang haprak, Abuya Al-Arqam di 'ISA'kan dan pergerakannya diharamkan. Alhamdullilah, pergerakan dan semangat kekentalan Al-Arqam masih subur dihayati oleh orang Melayu di kampung dan di bandar.

Cuba bayangkan penubuhan Al-Arqam satu ketika dulu dengan penubuhan PERNAS. Pernas merupakan konglomerat yang diberikan hak memonopoli setiap  barangan yang dimport oleh Malaysia daripada China. Inilah rencana Tun Abdul Razak dulu, sesiapa yang mahu mengimpot barangan China mesti melalui Pernas. Inilah yang mencetuskan Pernas G-Mart dan bermacam-macam syarikat besar yang merupakan anak syarikat Pernas. Orang yang diamanahkan memimpin Pernas ialah orang yang sama yang masih berkarat dengan institusi itu sehingga dia sudah menjadi satu nama institusi kepada Pernas. Cuba tanya orang Melayu apakah yang boleh dibanggkan oleh Pernas sehingga hari ini? Jawapnnya tidak ada. Kalau adapun yang terbaru ialah kisah orang yang berkarat memimpin Pernas itu dimasuki pencuri rumahnya sehingga dia kehilangan wang dan harta karun berjumlah Dua Juta Ringgit. Bayangkan, wang tunai sahaja dia simpan di rumah sebanyak Lima Ratus Ribu Ringgit. Berapa banyakkah pula yang ada tersimpan di rumah Mahathir dan Daim?

Soalnya sekarang siapakah yang mencuri itu? Apakah mereka ada kaitan dengan KMM dan kumpulan Jihad? Apakah anehnya kecurian di rumah Tengku Tan Sri Shahriman yang kehilangan dua juta dengan rompakan bank ataupun kedai emas dengan kerugian yang sama? Apakah kemungkinannya nanti orang yang ditangkap itu 'mengaku mereka merompak untuk membiayai perjuangan bersenjata untuk menggulingkan seseorang di negara ini?'

Sejarah menunjukkan Al-Arqam bertanggungjawab membuka mata marhaen Melayu untuk mendirikan industri makanan ringan sehinggakan lingkup industri orang bukan-Melayu dan Islam. Inilah yang menjadi penyokong kuat kenapa Al-Arqam mesti diharamkan.

Sebaliknya apa yang terjadi dengan projek mega yang ditaja oleh Mahathir dengan menghabiskan wang rakyat marhaen? Semua projek mega yang dilaksanakan oleh Mahahtir kini menjadi projek haprak setelah terdedah bagaimana wang rakyat disalah-gunakan. Terlalu banyak dokumen yang sudah ada  di tangan rakyat menunjukkan bagaimana Mahathir telah membazirkan semua wang simpanan di Petronas, KWSP, Tabung Haji, Amanah Pencen dan banyak lagi yang tidak perlu disebutkan di sini.

Kini, Mahathir sudah berada di ambang senja usianya. Apa juga yang direncana untuk negara ini mudah diperlekehkan oleh rakyat terutama sekali oleh orang Melayu. Mahathir sudah tidak ada kredibiliti dan rakyat marhaen tahu Mahathir naik tanpa meritokrasi.

Mahathir mahu rakyat menyambut kemerdekaan sedangkan rakyat mahukan Mahathir berundur walaupun bermakna mengadakan pilihanraya umum yang baru. Rakyat sudah bersedia dengan semua itu. Sambutan kemerdekaan tidak lagi membawa sebarang makna kepada rakyat marhaen. Apakah ertinya kemerdekaan kalau para pejuang marhean yang tulen ditangkap dan diseksa serta dikenakan Akta ISA tanpa bicara? Apakah ertinya kemerdekaan kalau setiap rakyat marhaen yang makan gaji terpaksa menolak hutang kerana kerugian di pasaran saham gara-gara tipu muslihat Daim dan segala kroni Mahathir? Apakah ertinya kemerdekaan itu kalau setiap rakyat Malaysia terpaksa bekerja bermati-matian untuk menutup hutang negara yang disebabkan kecurangan anak-anak Mahathir dan anak-emas dunia korporatnya?

Sekarang ini Mahathir sudah kehilangan sokongan orang Melayu. Yang masih menyokongnnya seperti yang kelihatan pada persidangan UMNO adalah penyokong yang berpura-pura. Kalau ada yang tulen di kalangan mereka, kita tahu mereka tidak ada meritokrasi untuk terus memahami apakah yang tersirat di lubuk hati orang Melayu

Mereka terpaksa berdrama kerana menjaga perut masing-masing dan mengelakkan daripada terus muflis kerana hutang keliling pinggang. Tidak kiralah Mahathir berlagak kejam menyamun wang yang menjadi hak rakyat Terengganu. Mereka turut tidak peduli bagaimanakah perasaan anak-anak dan isteri mereka yang ditahan di bawah ISA oleh Mahathir atas dakwaan mahu menggulingkan kerajaan ataupun bersikap militan.

Mahathir akan terus berdrama lagi, seperti meraih simpati kaum Cina yang akan menyerahkan teh kehormatan kepadanya. Itu semua adalah tipu muslihat perniagaan dan putarbelit budaya Cina perantauan (oveseas Chinese) yang menyumbang kepada kehancuran ekonomi Indonesia dan Thailand serta Filipina. (Sila lihat MMM5 nanti).

Soalnya sekarang Mahathir sudah terdesak. Dia akan sedar bahawa sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali-44 akan menghenyak martabatnya laksana seorang pariah di negara sendiri. Kadir Sheikh Fadil sebagai menteri bertanggungjawab dengan sambutan kemerdekaan begitu terdesak untuk menenangkan kerisauan Mahathir. Dia harus mengajak Mahathir memikirkan apakah jalan yang terbaik mengikut ajaran Jepun agar Mahathir dan dirinya tidak teraib terus.

Satu ketika dulu, ajaran Jepun purba akan menghendakki Mahathir melaksanakan ‘harakiri’. Takkan Mahathir berani berbuat begitu, sedangkan dia kecut-telur menerima sapina mahakamah satu waktu dulu.

Yang paling mudah dan terhormat mengikut budaya Jepun ialah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menyerahkan kuasa pada orang lain. Itupun tidak akan dilakukannya kerana itu adalah budaya Jepun dan bukannya budaya Melayu. Lagipun dalam budaya malbari, undur-mengundur itu hanya dilakukan dengan lidah sahaja.

- TAMAT -

-Marhaintua- 29.08.01.


Siri MMMM boleh diakses melalui link yang terdapat di kolum kiri muka depan M@RHAEN atau klik di sini: Bab 8 - Bab 7 - Bab 6 - Bab 5 - Bab 4A - Bab 4B - Bab 3A - Bab 3B - Bab 3C - Bab 2A - Bab 2B - Bab 1A - Bab 1B

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!