.... Sembang Mak Jah
UCAPAN MADEY PADA 1987: 
KUKUH UMNO KUKUH NEGARA

Petikan ucapan : "Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO. Kita telah menangkis Malayan Union, kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah mengisikan kemerdekaan ini dengan pembangunan, kita telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu dengan menggunakan kekuatan UMNO.... Ingatlah tidak ada seorangpun daripada kita termasuk saya yang penting.....Yang penting ialah pertubuhan ini, UMNO, sebagai sebuah badan untuk mengubah nasib orang Melayu,".
 

Assalamualaikum pembuka kalam,

Mak Jah ni tak lah pandai sangat nak menulis. Malah tak reti sangat menulis seperti penulis handalan reformasi yang lain tu. Kalau di banding kan dengan Amin Sapiro, Kak Id, Dr. Ngolo, Datuk Bahaman, dan lain lain nama yang ternama tu, Mak Jah ni seperti melukut di lantai saja. Tapi oleh kerana Mak Jah telah di jemput oleh jawatankuasa revolusi militant (hahahaha….acah saja Madey weiii..jangan terkincit pulak ya…tahu lah ko tu bunyi militant saja, mula lah naik angin ahmar ko tu) untuk menulis mengupas ucapan Madey yang tidak lapuk di telan zaman (banyak yang lapuk busuk kohong semacam T**K ayam belakang rumah Mak Jah tu…tapi T**K ayam Mak Jah ada guna nya buat baja bunga ros tu). Anyway (aduh cakap orang putih lak Mak Jah), kita terus ke ucapan Madey di atas tu……Jom kita kupas (jangan tak kupas…Mak Jah nak londehkan Madey sepuas puasnya)

“Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO……”

Aduh, aduh sedapnya….perjuangan UMCINO (nama yang betul) saja ??? Apa rakyat yang bukan UMCINO tu tak buat apa apa ka??? Setahu Mak Jah setiap rakyat telah sama sama berjuang dan berkorban segalanya untuk menikmati kehidupan yang ada hari ini. Alih alih UMCINO saja yang dapat nama….Aduh kesian lembu belakang rumah Mak Jah tu….Sapi (Madey) jugak yang dapat nama!!!! Hebat, hebat…..Tak terfikir langsungkah untuk bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa???? Apakah segala-galanya bukan pemberian dari Allah semata-mata???

“….kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah mengisikan kemerdekaan ini dengan pembangunan”

Aduh..sememangnya itu lah tujuan UMCINO memerintah …untuk material semata-mata. Tidak ada sekelumat pun untuk membentuk masyarakat di bidang kerohanian!!! Pembangunan kerohanian di abaikan….dan lihatlah berapa orang anak anak Mak Jah yang reti baca Quran…itu pun baca saja bukan mendalami apa yang di baca. Kalau dulu Mak Jah di ajar segala macam bidang agama di sekolah rendah, tetapi sekarang bila Mak Jah lihat buku agama cucu Mak Jah….aduh….ini saja kah yang di ajar??? Cukup kah untuk menguatkan keimanan cucu Mak Jah bila berhadapan dengan Black Metal yang sedang rancak sekarang ini???? Sememang nya TIDAK! Atau, apakah dengan pembanguan material seperti Petronas Twin Tower yang masih banyak yang kosong, Mahligai Airmata Rakyat untuk sorang PM, pembelian jet peribadi, dan bermacam projek mega dapat mengisi “kemerdekaan” ini???? Ini kah tanda “kemerdekaan” yang di laungkan UMCINO????

“:….kita telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu dengan menggunakan kekuatan UMNO”

Aduh kan main lagi dia ekonomi dan pelajaran orang Melayu dah meningkat??? Meningkat kepala atok dia lah…Ekonomi dah makin merundum sekarang ni tambah tambah dengan bail out demi bail out semua agensi yang di swastakan oleh Madey tu. Ekonomi kroni pulak yang meningkat malah menjulang julang ke langit pulak tu…..sedap sungguh mereka membaham duit rakyat. Semua orang tahu bail out MAS, Renong, LRT, Bakun, Time Dot Com dan lain lain…..yang rakyat miskin, penoreh getah masih di tahap itu jugak. Pelajaran orang Melayu??? Pelik juga…kalau badan badan swasta di bail out habis habisan…tetapi kalau tang pelajaran orang Melayu ni….habis program Matrikulasi, program Pusat Pendidikan Persediaan di hapuskan demi ekonomi yang merosot!!!! Kalau si Tajudin Ramli bolot saham MAS sampai 8RM satu share tak apa pulak….Kocek sapa lagi yang masuk tu Cek Det oiii???? Cucu Mak Jah tak dapat pergi luar negeri melanjutkan pelajaran walaupun semua persiapan telah lengkap dek kerana ekonomi merosot tak ada pulak Cek Det nak bail out!!!!!!

“….Ingatlah tidak ada seorang pun daripada kita termasuk saya yang penting..... Yang penting ialah pertubuhan ini, UMNO, sebagai sebuah badan untuk mengubah nasib orang Melayu,"

Tepat sekali Cek Det weehhhh….ko memang tak penting….Siapa Madey??? Berdesing pulak soalan tu kat telinga semua orang bila M. Nasir melaungkan nya. Masa tu wadduuuhhh…semua orang marah…… Betul betul ke sedar yang awak tu tak penting lagi?? Atau nak bersandiwara lagi??? Memang awak tu kuat bersandiwara….. arwah Neng Yatimah pun kalah kalau dia masih ada. Memang awaklah yang menang pelakon airmata taik tu!!! (oopps..sorry terkeluar perkataan kegemarannya pulak). Kalau dah memang sedar yang awak tu tak penting, TURUN lah!!! UNDUR lah!!! Nak kena penangan lebah dan undur-undur seperti di Kulim tempoh hari tu ke??? Nampaknya sekarang bukan saja manusia tak suka, binatang pun nak naik benci cek oiiiiiii……

Memang tepat sekali UMCINO adalah teramat PENTING badan yang akan mengubah nasib orang Melayu menjadi sehaprak mungkin, hina dina di bumi sendiri, menjadikan mereka mengemis untuk sebarang hak. Kita dah jelak dengan perkataan Melayu ni Cek Det oiiiii….Akhir zaman ni perkataan tu dah tak RELEVEN lagi…yang releven adalah ISLAM. Oleh itu Mak Jah nak menyeru lah kepada Cek Det….jom tobat sama sama semuga Allah akan ampunkan semua dosa kita tu…..Lagi pun umur tu bukan dah masuk maghrib….dah nak ke subuh dah!!!!!!! Takut takut nanti, rumah dah kata pergi, kubur pun tak ingin…masa tu susah lah nanti mereka yang tinggal ni nak tanam. Oleh itu, kembali lah ke pangkal jalan Cek Det oiiiiiiii…..asaalamualaikum…mintak maaf banyak banyaklah ya kerana apa yang diceritakan di atas memang betul belaka dan semua orang tahu.
 

Mak Jah nenek Damak

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!