.... Universiti UMNO: UiTM 
Oleh: Ketua Pemuda Batu

Serangan ke atas kelompok mahasiswa Melayu bermula selepas pemuda umno gagal melepasi ujian kelayakan di setiap kampus universiti di Malaysia.  Selepas menuduh penuntut Melayu lemah dan ketinggalan dalam bidang akademik.  Perosak bangsa di umno meneruskan lagi agenda mereka dengan menjalankan dakyah songsang mereka dengan mengatakan "black metal" ini turut melibatkan pelajar sekolah agama.  Sandiwara murahan ini tidak tamat begitu malahan diteruskan lagi dengan isu yang cukup jelas untuk meraih undi masyarakat Cina - meritokrasi.  Sebutannya saja sudah susah apatah lagi perlaksanaannya pasti amat menyusahkan.  
 
Sesi-sesi dialog dan pertemuan yang diadakan oleh pemuda dan puteri umno sering kali menemui kegagalan dan kehampaan.  Mereka sedar ketidakmampuan mereka untuk bergerak di kampus (dikalangan cerdik pandai).  Kita sorot kembali debat di sebuah universiti tempatan tidak lama dulu, diikuti dengan dialog di Cambridge (tidak silap saya) jelas menunjukkan daya intelektual yang cukup membimbangkan dikalangan pemuda dan puteri umno.  Betul mereka ada ramai "Dr" dan "Master" tapi sahihkah "title" ini dipakai, sebenarnya masih boleh dipertikaikan.
 
Saya ingin membawakan satu fenomena kurang sihat yang diterajui oleh umno melalui pencacainya gpms dalam percubaan mereka untuk menguasai kampus terbesar mahasiswa melayu - UiTM.  Selepas MCA berjaya dalam gagasannya untuk mendapat taraf U bagi TAR College dan MIC juga sudah mendapat kelulusan untuk membangunkan U mereka di Sungai Petani, tampillah umno untuk mengumnokan keseluruhan UiTM di semenanjung, Sabah dan Sarawak.  Khabarnya yang saya dapat dari Pejabat VC, untuk melaksanakan meritokrasi ini nama UiTM ini akan ditukar lagi, kali ini MARA (Majlis Amanah Rakyat) akan dihapuskan dan digantikan dengan perkataan DIRAJA.  Inikah perjuangan melayu umno?  Cukuplah dulu Ibrahim Katak terkial-kial tukar nama dari I besar kepada U besar.
 
Proses pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP-UiTM) dijadualkan pada bulan ini.  10 Ogos, pembubaran JPP yang lama, 14 pencalonan dan saya kurang pasti bilakah pemilihan.  VC - Dato Ibrahim Abu Shah tanpa memperdulikan kredibiliti dan jawatannya sanggup menghinakan diri untuk turun berkempen untuk memenangkan calon-calon "kerajaan".  JPP belumpun dibubarkan tapi VCnya yang terlebih ghairah.  Tahulah awak dulu bekas student ITM yang tak pernah jadi calon, janganlah over sangat Dato' - buruk orang tengok.  Dalam satu siri kempen di Kolej Perindu, beliau menggesa agar mahasiswa memilih calon yang membawa aspirasi kerajaan.  Dalam kempennya di Stadium UiTM pula, kepada mahasiswa semester 1 & 2 beliau sekali lagi memainkan isu perkauman dan 13 Mei... apalah punya VC nie, ingatkan dia lebih bagus dari Ir. Zaidee Laidin, rupanya lebih teruk.
 
Bilik-bilik gerakan/persatuan yang dikhuatiri akan menentang "calon-calon aspirasi kerajaan" telah dipantau, malah ada yang dikawal 24 jam.  Ini sudah tentunya tidak menggunakan pengawal UiTM, sudah tentu SB PDRM yang digunakan.  Menyamarlah mereka nie jadi student, tapi muka kalau dah bodoh tu, buatlah macamanapun, orang tetap kenal.
 
Puteri dan pemuda umno akan menjemput Dolah untuk hadir dalam satu program yang dipanggil Power Walk hari sabtu nie (4 Ogos 2001).  Sebab takut student tak ramai program nie tak berapa digembar-gemburkan.  Apapun selepas pilihanraya yang lepas, umno telah menaja dan membiayai beberapa pergerakan pelajar antaranya:-
 
1.  Kelab Wawasan
2.  Persatuan Permata 
3.  Majlis Kepimpinan strategik pelajar (MINDSA)
 
Modus Operandi semua grup ini tidak lain tidak bukan aktiviti sosial yang keterlaluan dan melampau,  yang sering membabitkan pergaulan lelaki dan perempuan yang sukar untuk saya tuliskan.  Mereka cuba untuk merosakkan seramai mungkin anak bangsa untuk mengimbangi gerakan Islam yang cukup berperanan didalam UiTM.
 
Saya akan sambung lagi esok untuk mendedahkan lagi kepincangan yang berlaku di UiTM terutamanya di Shah Alam.  Dengan penyalahgunaan kuasa, "merger" antara fakulti, fitnah-memfitnah, duit 56 juta ye Dato Ibrahim Shah, dan lain-lain.  Tunggu... mata dan telinga KeADILan dan reformasi bukan setakat berada diluar pagar kampus UiTM, tetapi di bilik-bilik student, di bilik-bilik pensyarah, didewan makan, di PTAR 1 & 2, di kalangan komander, kalangan ROTU, kalangan kakitangan am, kakitangan akademik, para pengawal, para pemandu dan juga di Bilik Vice Chancellor sendiri.... Ingat! Dato Ibrahim Abu Shah - Melayu Tidak Mudah Lupa, yang mudah lupa ialah Melayu umno.  Kita akan bertempur habis-habisan.  Dato pertahankanlah UiTM untuk umno dan kami akan gempur ketitisan darah terakhir.
 
 
Ketua Pemuda BATU.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!